Penyokong dan peminat pasukan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), juara Liga Super sebelas (11) musim berturut-turut boleh melihat rekaan jersi baru pasukan JDT sebaik sahaja majlis pelancaran jersi berkenaan yang bakal diadakan pada 3 Ogos 2025, Hari Ahad di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Jersi baharu pasukan Johor Darul Ta’zim bagi kempen Liga Malaysia dan AFC Champions League Elite (ACLE) musim 2025 – 2026 merupakan jersi rekaan jenama pengeluar pakaian terkemuka di dunia iaitu Nike
Pada musim sebelum ini, JDT telah menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ beserta “Third Kit” terbaharu yang direka khas serta meletakkan JDT Fan Token sebagai logo penaja di bahagian hadapan.
Gambar Terkini Dan Harga Jersey Pasukan JDT Jenama Nike Musim 2025 – 2026
Sebelum ini, pasukan Johor DT pernah menggunakan jersi dari jenama Nike untuk beberapa musim pada tahun 2024, 2023, 2022, 2021, 2020, 2019, 2018, 2017, 2015 dan 2014. Pada musim 2013 pula, JDT menggunakan jersi jenama Kappa dan tahun 2016 dari jenama Adidas
Mengenai majlis pelancaran jersi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim, pelbagai program menarik akan diadakan untuk penyokong serta pelbagai jualan barangan keluaran Johor Southern Tigers
Untuk musim ini, JDT memperkenalkan jersi ‘Home’ berwarna biru dan merah yang ikonik, jersi ‘Away’ berwarna merah, serta jersi ‘Alternate’ dalam rona ‘hyper turquoise’ yang telah dilancarkan lebih awal pada 23 Julai 2025 yang lalu.
Rekaan jersi ‘Home’ mengekalkan identiti bendera Johor, dengan warna biru (blue void) sebagai asas dan jalur menegak merah (sport red) di bahagian hadapan serta belakang. Sementara itu, jersi ‘Away’ tampil lebih garang dengan rekaan serba merah, diserikan dengan kemasan biru di hujung lengan dan leher.
Bahagian belakang jersi turut memaparkan peta Negeri Johor bersama warna bendera negeri dan slogan ‘Move Your World’, selari dengan kempen global penaja utama, Toyota. Logo Toyota Motor sebagai Rakan Mobiliti Rasmi JDT dipaparkan di bahagian hadapan jersi.
Antara elemen baharu musim ini ialah kehadiran bendera Johor dan Malaysia pada lengan jersi, melambangkan semangat kebangsaan dan misi kelab dalam mewakili negara ke pentas lebih tinggi seperti Liga Juara-Juara AFC Elite dan Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup).
Jersi JDT edisi 2025–2026 kini boleh didapati menerusi JDT Online Store dan JDT Direct Megastore dengan harga RM299 untuk jersi ‘Home’ dan ‘Away’, RM189 untuk ‘Alternate’ serta RM235 bagi versi ‘Home Youth’.
Berikut adalah di antara gambar menarik jersi JDT musim 2025 – 2026 buat rujukan peminat bolasepak di Malaysia.
Jersi Home
Jersi Away
Jersi Ketiga
Jersi JDT 2013, 2014, 2015, 2016, 2017
Jersi JDT 2018
Jersi JDT 2019
Jersey Pasukan JDT 2020
Maklumat Lanjut Jersi JDT 2020
- JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ untuk musim 2020
- Jersi terbaharu ini direka khas oleh pengeluar syarikat barangan sukan terkemuka dunia, Nike
- Nike mengeluarkan dua varian jersi iaitu Home dan Away. Bagi jersi Home ianya berorak ‘stripes’ Merah dan Biru. Dan untuk jersi Away pula, ianya berwarna putih dan emas
- Warna Merah Biru di jersi home melambangkan negeri Johor. Warna Putih di jersi away melambangkan stadium baharu manakala warna emas simbolik pada kejayaan-kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT)
Jersi JDT 2021
Gambar Jersi JDT Home 2021
Gambar Jersi JDT Away 2021
Jersi JDT 2022
Gambar Jersi JDT Home 2022
Gambar Jersi JDT Away 2022
Jersi JDT 2023
Gambar Jersi JDT Home 2023
Gambar Jersi JDT Away 2023
JDT sekali lagi melancarkan dua helai jersi sahaja untuk musim 2023. Harga jualan kit atau jersi adalah seperti berikut:
- Home : RM299
- Away : RM299
- Kanak-kanak : RM235
Jersi JDT 2024 Home
Jersi JDT 2024 Away
Jersi JDT 2024 (Third Kit)
JDT telah melancarkan jersi Home, Away dan Third Kit untuk musim 2024 yang boleh didapatkan di JDT Direct Megastore, Stadium Sultan Ibrahim. Harga jualan kit atau jersi adalah seperti berikut:
- Home : RM299
- Away : RM299
- Third : RM189
Pelancaran Jersi Home dan Away 2024 akan dibuat pada 24 April 2024 jam 7 hingga 10 malam secara rasmi di Stadium Sultan Ibrahim.