Selangor FC berdepan satu ujian besar yang mampu menentukan hala tuju mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2). Perlawanan menentang kelab dari Indonesia, Persib Bandung merupakan medan utama untuk membuktikan keupayaan sebenar Selangor FC di pentas kelab bola sepak Asia Tenggara.
Perlawanan ini berpotensi menjadi titik penentu kepada perjalanan pasukan Selangor FC dalam ACL2 musim ini. Kemenangan pertama bukan sahaja akan memberi semangat baru kepada pemain dan penyokong malah mampu membina keyakinan yang kukuh untuk menghadapi cabaran seterusnya.
Cabaran Selangor FC Vs Persib Bandung ACL 2 2025/26
Pengurusan dan barisan kejurulatihan Selangor FC sedar bahawa perlawanan ini sangat kritikal. Mereka telah melakukan persiapan rapi termasuk meneliti corak permainan Persib Bandung dan menyesuaikan strategi untuk mengekang kekuatan lawan.
Selain aspek taktikal, mental dan motivasi pemain turut diperkukuh bagi memastikan mereka tampil dengan persembahan terbaik. Kejayaan pada perlawanan ini akan memberi kelebihan moral dan meningkatkan peluang pasukan untuk memperbaiki kedudukan dalam kumpulan mereka.
Misi Kemenangan Pertama
Melakar kemenangan ke atas Persib Bandung adalah misi utama Selangor FC selain mencapai impian melangkah lebih jauh dalam ACL2. Apa yang menarik perhatian adalah keupayaan Selangor untuk memperbaiki kelemahan mereka selepas mengharungi dua perlawanan sebelum ini dengan kekalahan berturut-turut.
Analisis mengenai dua kekalahan sebelum ini menunjukkan mereka berdepan dengan kekurangan terutama dari segi peluang penyudah dan kelemahan pertahanan. Menghadapi Persib Bandung, Selangor harus mempamerkan keupayaan mereka tidak hanya dari segi taktikal tetapi juga mental dan fizikal.
Siaran Langsung Selangor FC Vs Persib Bandung ACL2 2025/26
Perlawanan ketiga saingan ACL2 2025/26 kumpulan G membabitkan Selangor FC menentang Persib Bandung akan berlangsung di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Indonesia pada hari Khamis, 23 Oktober 2025 bermula jam 8:15 malam waktu Malaysia turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian Siaran Langsung Selangor Lwn Persib Bandung ACL Dua 2025/26
Selain siaran langsung di televisyen, penyokong skuad Red Giants boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi ACL 2.
- Perlawanan ke-3 Kumpulan G ACL2: Selangor FC Vs Persib Bandung.
- Tarikh: 23 Oktober 2025 (Khamis).
- Venue: Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Indonesia.
- Sepak Mula: 8:15 Malam (Waktu Malaysia).
- Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.
Keputusan Selangor Vs Persib Bandung
| Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|
| Persib | 2 | 0 | Selangor FC | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| 30′ Adam Alis 66′(P) Andrew Jung | ||||


