Info Selangor Vs Bangkok United ACL 2 2025 (Live Streaming)

Info Selangor Vs Bangkok United ACL 2 2025/26 (Live Streaming). Keputusan. Rencana pra aksi & siaran langsung Selangor FC Vs Bangkok United 26 November 2025.

Pasukan Selangor FC meneruskan saingan kejohanan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2) musim 2025/26 dengan satu perlawanan penting menentang kelab Thailand, Bangkok United. Penyokong skuad Red Giants berharap perjuangan dan tekad pasukan Selangor dalam usaha membuktikan keupayaan mereka di pentas Asia.

Aksi menentang Bangkok United merupakan medium untuk menilai semula keupayaan dan kematangan pemain di samping mengekalkan kestabilan serta kekuatan pasukan. Prestasi cemerlang pada perlawanan ini diharap dapat memberi impak positif meskipun Selangor FC dilihat telahpun tersingkir awal dari persaingan.

Pra Aksi Selangor Vs Bangkok United ACL 2

Perlawanan menentang Bangkok United tidak hanya penting dari segi mata dan carta kedudukan kumpulan malah ia menjadi medan penentuan kepada arah tuju matlamat pasukan. Adakah Selangor mampu mencipta kemenangan pertama? atau sebaliknya, adakah mereka akan berdepan cabaran getir dari pasukan Thailand yang terkenal dengan permainan pantas dan taktikal berdisiplin? Semua persoalan ini akan terjawab dan peluang terbuka luas untuk mereka menunjukkan keupayaan sebenar.

Cabaran Selangor Kumpulan G ACL Dua

Dalam saingan peringkat kumpulan G, Selangor diundi bersama tiga pasukan hebat dari rantau Asia Tenggara. Selain Bangkok United, pasukan Lion City Sailors dari Singapura dan Persib Bandung dari Indonesia turut menjadi cabaran utama.

Bangkok United sebagai naib juara Liga Thailand musim lalu, bukan calang-calang lawan. Mereka memiliki rekod prestasi yang baik dan pemain-pemain berbakat dilihat mampu mengancam pertahanan lawan.

Siaran Langsung Selangor FC Vs Bangkok United 26 November 2025

Untuk peminat dan penyokong yang tidak dapat hadir ke BG Stadium, Thailand, perlawanan ini turut disiarkan secara siaran langsung menerusi Astro Arena Bola saluran 803. Anda boleh menyaksikan aksi Selangor berjuang untuk meraih kemenangan pertama. Sokongan padu dari seluruh penyokong sangat diharapkan agar memberi semangat kepada pasukan Selangor bagi mendapatkan tiga mata berharga.

Perincian Selangor Lwn Bangkok United ACL Dua 2025/26

Penyokong setia Selangor boleh juga menyaksikan perlawanan ini di mana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Sooka dan AstroGO.

  • Perlawanan Ke-5 Kumpulan G ACL2: Selangor FC Vs Bangkok United.
  • Tarikh: 26 November 2025 (Rabu).
  • Venue: BG Stadium, Thailand.
  • Sepak Mula: 8:15 malam (waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.

Keputusan Selangor Vs Bangkok United

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Bangkok Utd11Selangor FC
Penjaring GolPenjaring Gol
51′ RungrathChrigor 90’+4

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat input yang tepat dan bermanfaat.