Info JDT Vs Vissel Kobe ACLE 2026 (Siaran Langsung)

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di satu titik kritikal untuk melangkah ke peringkat seterusnya Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Perlawanan penting menentang kelab dari Jepun, Vissel Kobe menjadi penentu nasib skuad kendalian Xisco Munoz dalam usaha mereka menembusi pusingan membabitkan 16 pasukan terbaik.

Cabaran JDT Vs Vissel Kobe ACL Elite 2026

Vissel Kobe turun beraksi bersama reputasi selaku pasukan pendahulu liga zon timur, menambah lagi cabaran getir buat JDT. Kelab dari Jepun ini terkenal dengan barisan pemain berkelas dunia dan corak permainan moden yang agresif serta taktikal. Ia merupakan satu ujian sebenar buat skuad Harimau Selatan yang sedang berusaha menyesuaikan diri dengan cabaran peringkat elit Asia.

Pasukan Vissel Kobe di lihat mahu menamatkan saingan peringkat liga ACLE dengan mengukuhkan kedudukan mereka sudah tentu tidak akan memberikan laluan mudah kepada JDT untuk meraih kemenangan. Mereka pasti akan berjuang habis-habisan demi memastikan kedudukan dimiliki tidak dapat digugat oleh pencabar terdekat.

JDT Tiada Pilihan Kecuali Menang

Ya, JDT tiada pilihan lain, kecuali mendapatkan tiga mata penting kerana kemenangan ke atas Vissel Kobe dapat memperbaiki kedudukan mereka dalam carta kumpulan. Sekiranya berjaya mengekalkan momentum, skuad Harimau Selatan berpotensi menembusi lapan pasukan terbaik zon timur.

Setakat ini, JDT berada di kedudukan ketujuh dengan mengumpul lapan mata sejajar dengan dua pencabar utama lain iaitu dari Korea Selatan, Gangwon FC dan Ulsan HD FC. Perbezaan gol sahaja memisahkan mereka dari kedudukan yang lebih baik dan peluang masih terbuka untuk mara ke peringkat seterusnya.

Berdasarkan format kejohanan, pasukan yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan 1 hingga 8 akan layak ke pusingan 16. Manakala, pasukan yang berada di kedudukan 9 hingga 12 akan tersingkir dari persaingan. Oleh itu, perlawanan menentang Vissel Kobe merupakan medan pertaruhan nasib dan peluang JDT untuk menempatkan diri di kalangan elit Asia.

Siaran Langsung JDT Vs Vissel Kobe 17 Februari 2026

Aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara Asia 2025/26 bagi perlawanan kelapan zon timur membabitkan JDT menentang Vissel Kobe berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada hari Selasa, 17 Februari 2026 bermula jam 8.15 malam.

Perlawanan ini turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Vissel Kobe ACLE

Penyokong setia dan peminat skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.

  • Perlawanan Ke-8 ACL Elite 2025/26 Zon Timur: JDT Vs Vissel Kobe.
  • Tarikh: 17 Februari 2026 (Selasa).
  • Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
  • Sepak Mula: 8:15 malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.

Keputusan JDT Vs Vissel Kobe

Tuan Rumah8:15PMPelawat
JDTVissel Kobe
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."