Info JDT Vs Terengganu Liga Super 2025/26 (Live Streaming)

Info JDT Vs Terengganu Liga Super 2025/26 (Live Streaming). Keputusan. Rencana pra perlawanan & siaran langsung Terengganu FC Vs JDT 31 Oktober 2025.

Terengganu FC (TFC) berdepan satu ujian getir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), gergasi bola sepak tanahair yang tidak asing lagi dengan rekod tanpa kalah dan dominasi mereka dalam saingan Liga Super. Pertembungan ini bakal menjadi medan kepada skuad Penyu membuktikan bahawa mereka mampu memberikan saingan sengit sekali gus mengekalkan harapan untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata di hadapan penyokong sendiri.

Cabaran Terengganu FC Vs JDT Liga Super 2025/26

Menghadapi cabaran JDT yang terkenal dengan corak permainan pantas, agresif dan berintensiti tinggi tidaklah mudah. Bagaimanapun, dengan keazaman dan persiapan rapi, Terengganu pasti mampu mengekang setiap serangan bertali arus daripada pihak lawan.

JDT adalah sebuah pasukan yang berkualiti dan sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan mereka selain mempunyai banyak kelebihan dari segi taktikal serta keupayaan individu pemain.

Perlawanan ini turut menjadi ujian keupayaan moral dan mental pemain Terengganu FC untuk bangkit dan mengejar kemenangan di tempat sendiri. Ia bukan sahaja tentang tiga mata semata-mata malah peluang terbaik untuk mempamerkan kemampuan sebenar pasukan bagi mengharungi cabaran seterusnya dalam saingan Liga-Malaysia musim ini.

JDT Waspada Ancaman Terengganu FC

JDT berwaspada menentang Terengganu kerana ia adalah cabaran terutamanya dari taktikal selain mental dan fizikal pemain kerana mereka menghadapi jadual padat dengan tempoh yang singkat antara perlawanan sebelum ini dan aksi di tempat lawan memerlukan proses pemulihan pemain yang maksimum.

Selain itu, kemenangan pada perlawanan ini sangat penting bagi JDT untuk mengekalkan momentum dan kedudukan teratas dalam carta Liga Super. Ia juga memberi mesej kepada pihak lawan bahawa pasukan juara tidak mudah ditewaskan malah mampu berdepan dengan pelbagai cabaran meskipun beraksi di tempat lawan.

Siaran Langsung JDT Vs Terengganu FC 31 Oktober 2025

Perlawanan minggu ke-9 saingan Liga Super 2025/26 membabitkan Terengganu FC menentang JDT berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada hari Jumaat, 31 Oktober 2025 bermula jam 9 malam akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Terengganu FC Liga Super 2025/26

Selain siaran langsung di televisyen, penyokong setia skuad Penyu mahupun Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.

  • Perlawanan Liga Super (LS9): Terengganu FC Vs JDT.
  • Tarikh: 31 Oktober 2025 (Jumaat).
  • Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
  • Sepak Mula: 9:00 Malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.

Keputusan JDT Vs Terengganu

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Terengganu05JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
Bergson 5′
Romel Morales 31′
Jairo 77′,71′,64′

Kongsi Artikel