Info JDT Vs Shanghai Shenhua ACLE 2025/26 (Live Streaming)

Info JDT Vs Shanghai Shenhua ACLE 2025/26 (Live Streaming). Keputusan. Rencana pra artikel & info siaran langsung JDT Vs Shanghai Shenhua FC 5 November 2025.

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini bersiap sedia menghadapi satu lagi ujian getir dalam saingan peringkat kumpulan liga Zon Timur Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2025/26 menentang kelab bertaraf juara dari China, Shanghai Shenhua FC.

Apa yang lebih menarik adalah fakta bahawa Shanghai Shenhua bukanlah lawan asing buat JDT. Musim lalu, JDT menewaskan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Cabaran JDT Vs Shangai Shenhua FC ACL Elite 2025/26

Aksi menentang Shanghai Shenhua FC tetap mencabar dan memerlukan komitmen serta fokus penuh daripada barisan pemain JDT. Kelab dari China ini terkenal dengan corak permainan agresif dan taktikal yang tersusun. Oleh itu, pemain-pemain JDT perlu beraksi dengan baik serta meningkatkan kualiti permainan mereka agar dapat menyaingi keupayaan pasukan lawan.

Memang tidak dinafikan perlawanan menentang Shanghai Shenhua FC tetap sukar dan penuh dengan cabaran buat JDT. Namun, JDT pastinya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Mereka percaya bahawa dengan persiapan rapi, disiplin taktikal dan sokongan padu dari seluruh penyokong setia skuad Harimau Selatan, kemenangan mampu dicapai di laman sendiri.

Misi Meneruskan Momentum Kemenangan

Misi utama JDT adalah untuk meneruskan momentum kemenangan yang telah mereka tunjukkan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Kejayaan mengekalkan rentak kemenangan bukan sahaja akan meningkatkan keyakinan dan moral pasukan tetapi juga memberi impak positif kepada sokongan padu daripada penyokong setia mereka. Semangat juang dalam kalangan pemain akan menjadi faktor utama bagi memastikan mereka mampu menghadapi cabaran hebat dari kelab elit Asia ini.

Siaran Langsung JDT Vs Shanghai Shenhua 5 November 2025

Perlawanan keempat saingan Liga Juara-Juara Asia 2025/26 zon timur membabitkan JDT menentang Shanghai Shenhua FC berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Rabu, 5 November 2025 bermula jam 8.15 malam akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Shanghai Shenhua FC ACLE 2025/26

Selain siaran langsung di televisyen, penyokong setia skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.

  • Perlawanan Ke-4 ACL Elite 2025/26 Zon Timur: JDT Vs Shanghai Shenhua.
  • Tarikh: 5 November 2025 (Rabu).
  • Venue: Stadium Sultan Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
  • Sepak Mula: 8:15 Malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.

Keputusan JDT Vs Shanghai Shenhua

Tuan Rumah8:15PMPelawat
JDTS.Shenhua
Penjaring GolPenjaring Gol

Kongsi Artikel