Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi medan pertempuran penting apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan dengan kelab dari China, Shanghai Port FC. Pertarungan ini adalah misi wajib menang yang perlu diutamakan sekiranya JDT mahu memastikan tempat mereka kekal dalam kelompok lapan pasukan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 zon timur.
Setakat lima perlawanan, JDT kini berada di kedudukan ketujuh carta dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri. Kedudukan ini meletakkan mereka dalam keadaan kurang selesa, apatah lagi apabila mereka berdepan Shanghai Port yang pastinya membawa misi untuk meraih kemenangan pertama ACLE selepas hanya mengumpul satu mata.
Cabaran JDT Vs Shanghai Port FC ACL Elite 2025/26
Shanghai Port FC baru sahaja dinobatkan juara Liga Super China (CSL), pasti akan turun dengan semangat dan keazaman untuk memburu kemenangan pertama mereka dalam saingan ACLE ini. Kemenangan tersebut sangat penting buat mereka untuk meningkatkan moral pasukan dan memperbaiki kedudukan carta.
JDT harus tampil dengan strategi terbaik selain perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. Barisan pemain JDT perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh memberi peluang kepada lawan untuk mencuri mata.
Siaran Langsung JDT Vs Shanghai Port 9 Disember 2025
Perlawanan keenam saingan Liga Juara-Juara Asia 2025/26 zon timur membabitkan JDT menentang Shanghai Port FC berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Selasa, 9 Disember 2025 bermula jam 8.15 malam akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian JDT Lwn Shanghai Port FC ACLE 2025/26
Penyokong setia dan peminat skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.
- Perlawanan Ke-6 ACL Elite 2025/26 Zon Timur: JDT Vs Shanghai Port FC.
- Tarikh: 9 Disember 2025 (Selasa).
- Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
- Sepak Mula: 8:15 malam.
- Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.
Keputusan JDT Vs Shanghai Port FC
| Tuan Rumah | 8:15PM | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|
| JDT | S.Port | |||
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||


