Info JDT Vs Sanfrecce Hiroshima ACLE 2026 (Live Streaming)

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di persimpangan penting dalam usaha mereka menembusi pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Perlawanan kedua timbal balik peringkat 16 pasukan terbaik menentang kelab terkenal dari Jepun, Sanfrecce Hiroshima bakal menentukan nasib skuad Harimau Selatan sama ada mampu ke suku akhir.

Cabaran JDT Vs Sanfrecce Hiroshima ACL Elite 2026

Perlawanan menentang Sanfrecce Hiroshima menjadi cabaran JDT mempertahankan kelebihan dimiliki berikutan pasukan lawan memiliki barisan pemain berkualiti dan corak permainan moden.

Sanfrecce Hiroshima sudah tentu tidak akan memberi peluang mudah kepada JDT apatah lagi mereka beraksi di gelanggang sendiri. Xisco Munoz perlu menurunkan kesebelasan terbaik agar mampu mengimbangi kekuatan pasukan Sanfrecce Hiroshima.

Selain itu, barisan pemain JDT yang diturunkan perlu tampil bersama mentaliti kemenangan, berani menghadapi tekanan dan bermain dengan corak permainan berintensiti tinggi.

JDT Perlu Pertahankan Kelebihan

Kemenangan 3-1 pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim merupakan pencapaian membanggakan dan memberi sinar harapan kepada seluruh pasukan JDT. Namun, perjalanan penuh cabaran masih menanti di hadapan dan tugas utama Xisco Munoz kini adalah memastikan kelebihan tersebut dapat dikekalkan dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Selepas kemenangan tempoh hari, JDT perlu menilai kembali corak permainan pasukan, mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki dan menyesuaikan strategi supaya pasukan tidak mudah dihancurkan oleh tekanan lawan.

Siaran Langsung JDT Vs Sanfrecce Hiroshima 11 Mac 2026

Aksi kedua pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia 2025/26 membabitkan JDT menentang Sanfrecce Hiroshima berlangsung di Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima pada hari Rabu, 11 Mac 2026 bermula jam 6 petang waktu Malaysia.

Pertembungan ini turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Sanfrecce Hiroshima ACLE

Penyokong setia dan peminat skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.

  • Perlawanan 2 Pusingan 16 ACL Elite 2025/26: JDT Vs Sanfrecce Hiroshima.
  • Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu).
  • Venue: Stadium Edion Peace Wing, Hiroshima.
  • Sepak Mula: 6:00PM (Waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO atau saluran penyiaran Jepun.

Keputusan JDT Vs Sanfrecce Hiroshima

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Sanfrecce10JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
90′(P) K.Kinoshita
Aggregate
Sanfrecce23JDT

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."