Info JDT Vs Melbourne City ACLE 2025/26 (Live Streaming)

Info JDT Vs Melbourne City ACLE 2025/26 (Live Streaming). Keputusan. Rencana pra artikel & info siaran langsung JDT Vs Melbourne City FC 25 November 2025.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang mengintai peluang untuk menambah koleksi kemenangan mereka di pentas Asia apabila berdepan dengan Melbourne City FC dari Australia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 zon timur.

Perlawanan menentang Melbourne City pastinya mencabar dan menuntut komitmen serta fokus daripada barisan pemain JDT. Kelab dari Australia ini terkenal dengan corak permainan taktikal yang tersusun, menjadikan perlawanan ini satu ujian mencabar buat pasukan JDT. Oleh itu, pemain-pemain JDT perlu beraksi sehabis baik mungkin serta meningkatkan lagi kualiti permainan mereka agar dapat menandingi keupayaan pasukan lawan.

Cabaran JDT Vs Melbourne City FC ACL Elite 2025/26

Memang tidak dinafikan bahawa perlawanan ini bakal penuh cabaran. Namun, pasukan JDT yakin bahawa dengan latihan yang rapi, disiplin taktikal serta sokongan padu daripada penyokong setia skuad Harimau Selatan, mereka mampu mencipta kejutan meskipun beraksi di tempat lawan.

Melbourne City FC terkenal dengan gaya permainan High pressing football iaitu penguasaan bola secara dominan di padang dengan pemain-pemain mereka sentiasa berusaha untuk mengawal permainan melalui hantaran-hantaran teratur dan pergerakan kreatif.

Melihat kepada kekuatan dan strategi Melbourne City, pasukan Johor Darul Ta’zim perlu merancang strategi yang cukup rapi agar dapat mencuri peluang serta memecah penguasaan bola lawan.

Strategi JDT Melawan Melbourne City FC

  1. Kawal Bahagian Tengah
    Fokus mengawal kawasan tengah bagi menyekat kreativiti pemain seperti Andreas Kuen. Dengan mengganggu hantaran dan pergerakan mereka, peluang City untuk serangan dari tengah dapat dikurangkan.
  2. Tutup Ruang Sayap dan Elak Overlap
    Pemain sayap dan full-back JDT perlu bekerjasama menutup ruang dan menghalang pergerakan overlap lawan. Ini akan menyukarkan Melbourne City melakukan kombinasi di tepi dan membuka ruang serangan.
  3. Serangan Balas Pantas
    Manfaatkan peluang selepas mendapatkan bola dengan menyerang pantas. Serangan balas yang agresif dan tersusun mampu memecah penguasaan bola lawan dan memaksa mereka menyesuaikan semula taktikal yang digunakan.
  4. Disiplin Taktikal dan Pertahanan Kukuh
    Jaga disiplin dalam formasi dan elak tekanan terburu-buru. Komunikasi dan struktur pertahanan yang mantap penting untuk mengelak ruang belakang dieksploitasi oleh pihak lawan.
  5. Ganggu Penguasaan Bola Lawan
    Gunakan pressing berkesan dan reposition pemain secara dinamik untuk memaksa Melbourne City bermain di luar zon selesa mereka. Strategi ini membantu JDT mencuri peluang dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Siaran Langsung JDT Vs Melbourne City 25 November 2025

Perlawanan kelima saingan Liga Juara-Juara Asia 2025/26 zon timur membabitkan JDT menentang Melbourne City FC berlangsung di Stadium AAMI Park, Melbourne Australia pada hari Selasa, 25 November 2025 bermula jam 3.45 petang waktu Malaysia akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Melbourne City FC ACLE 2025/26

Selain siaran langsung di televisyen, penyokong setia skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO dan Sooka.

  • Perlawanan Ke-5 ACL Elite 2025/26 Zon Timur: JDT Vs Melbourne City.
  • Tarikh: 25 November 2025 (Selasa).
  • Venue: Stadium AAMI Park, Melbourne Australia.
  • Sepak Mula: 3:45 petang (waktu Malaysia).
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.

Keputusan JDT Vs Melbourne City FC

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Melbourne20JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
3′ Max Caputo
90’+2 Medin Memeti

Kongsi Artikel