Info JDT Vs Chengdu Rongcheng ACLE 2025/26 (Live Streaming)

Info JDT Vs Chengdu Rongcheng ACLE 2025/26 (Live Streaming). Keputusan. Rencana pra artikel & info siaran langsung JDT Vs Chengdu Rongcheng FC 21 Oktober 2025.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi perlawanan yang berpotensi menentukan hala tuju mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2025/26. Pertembungan menentang kelab China, Chengdu Rongcheng FC adalah medan utama JDT bagi mendapatkan kemenangan pertama selain membuktikan keupayaan sebenar mereka menghadapi saingan ACLE pada musim ini.

Kemenangan pertama yang diimpikan menjadi motivasi untuk terus memberi cabaran kepada pasukan lawan. Umum sedia maklum bahawa perjalanan JDT ke peringkat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka telah melalui pelbagai cabaran daripada menembusi saingan domestik hingga ke peringkat Asia dan kini mereka berhadapan dengan sebuah pasukan dari China yang terkenal dengan kekuatan fizikal dan taktikal mereka.

Cabaran JDT Vs Chengdu Rongcheng ACL Elite 2025/26

Apa yang menarik perhatian adalah keupayaan JDT untuk memperbaiki kelemahan mereka selepas mengharungi dua perlawanan sebelum ini di mana JDT belum lagi menemui sentuhan kemenangan meskipun pada musim ini mereka tampil dengan skuad lebih mantap dan strategi lebih tersusun.

Analisis terhadap dua perlawanan awal yang diharungi oleh JDT sebelum ini menunjukkan mereka berdepan dengan sedikit kekurangan terutama dari segi peluang penyudah dan kelemahan pertahanan. Menghadapi Chengdu Rongcheng FC, JDT harus menunjukkan keupayaan mereka tidak hanya dari segi taktikal tetapi juga mental dan fizikal.

Misi Kemenangan Pertama

Misi Kemenangan pertama menjadi objektif utama bagi JDT kerana ia pastinya akan meningkatkan keyakinan dan moral pasukan untuk menghadapi cabaran sengit dari kelab-kelab elit Asia. Kemenangan ini juga mampu menyuntik semangat dan motivasi kepada pemain serta penyokong setia skuad Harimau Selatan. Perlawanan ini boleh dirumuskan sebagai ujian serta kemampuan Johor Darul Ta’zim untuk terus mengharungi saingan seterusnya.

Siaran Langsung JDT Vs Chengdu Rongcheng Aksi ACLE 2025/26

Perlawanan ketiga saingan ACLE 2025/26 zon Asia timur membabitkan JDT menentang Chengdu Rongcheng FC akan berlangsung di Stadium The Phoenix Hill Sports Park Football, China pada hari Selasa, 21 Oktober 2025 bermula jam 6 petang turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 803 bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian Siaran Langsung JDT Lwn Chengdu Rongcheng FC ACL Elite 2025/26

Selain siaran langsung di televisyen, penyokong skuad Harimau Selatan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi ACL Elite.

  • Perlawanan Ke-3 ACL Elite 2025/26 Zon Timur: JDT Vs Chengdu Rongcheng.
  • Tarikh: 21 Oktober 2025 (Selasa).
  • Venue: The Phoenix Hill Sports Park Football Stadium.
  • Sepak Mula: 6:00 Petang.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.

Keputusan JDT Vs Chengdu Rongcheng

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Chengdu02JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
Óscar Arribas 5′
Nacho Méndez 62′

Kongsi Artikel