Semak Status IPU Terkini Indeks Pencemaran Udara Malaysia

Semakan IPU Terkini Indeks Pencemaran Udara Malaysia Online, MyJAS EQMS Cara semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu atau (Air Pollutant Index / API) di Malaysia.

Baru-baru ini, Malaysia sedang menghadapi satu bencana pencemaran udara yang merbahaya untuk kesihatan iaitu jerebu. Ianya berlaku atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan antaranya seperti kebakaran hutan. Kini penduduk Malaysia boleh membuat semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui satu sistem yang akan dikongsikan dibawah. Hal ini agar semua dapat mengetahui tahap pencemaran udara di kawasan tempat tinggal masing-masing sama ada baik ataupun buruk serta berbahaya untuk kesihatan

Pencemaran udara dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API). Indeks ini dapat membantu mengenalpasti tahap pencemaran udara berdasarkan ketinggian nilai bacaan IPU. Jika nilai sesuatu bacaan IPU itu tinggi, maka tahap pencemaran udara atau jerebu di sesuatu kawasan tersebut adalah teruk dan berbahaya. Di negara seperti Singapura pencemaran udara dinilai dengan indeks yang serupa melalui Pollutant Standards Index (PSI)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia telah menyediakan sistem semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi setiap kawasan di negara ini. Bacaan IPU (indeks jerebu) boleh disemak mengikut lokasi atau kawasan yang berdekatan secara (real time) menerusi peta interaktif yang disediakan. Pengguna boleh memilih kawasan yang dicari di dalam peta sekiranya ia tidak tersenarai. Perincian dan graf perubahan bacaan IPU sesuatu kawasan (berpandukan stesen pemantauan kualiti udara terdekat) boleh dilihat dengan mengklik pada bacaan IPU sesuatu kawasan tersebut

Setiap warna yang terdapat pada bacaan IPU yang ditunjukkan menandakan klasifikasi tahap pencemaran pada sesuatu kawasan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia, pengguna boleh padankan warna pada bacaan IPU dengan jadual implikasi kesihatan yang turut dikongsikan. Sekiranya keadaan IPU kawasan tersebut melebihi paras bahaya, maka penduduk di sekitar kawasan itu dianjurkan mengambil langkah berjaga-jaga seperti kurangkan aktiviti luar dan memakai topeng muka

Semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Terkini Secara Online

KENYATAAN MEDIA
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM

19 JULAI 2025

JEREBU RENTAS SEMPADAN

Merujuk kepada pencerapan yang dilakukan oleh MET Malaysia, jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Berdasarkan analisis daripada imej satelit NOAA-20 pada 18 Julai 2025, laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera yang berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu berkenaan yang dibawa oleh tiupan angin barat daya. MET Malaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahan arah tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar. Orang ramai turut dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia atau menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: MET MALAYSIA

DR. MOHD HISHAM BIN MOHD ANIP
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Untuk kemudahan semua, berikut dikongsikan peta interaktif untuk menyemak nilai IPU di kawasan secara online yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar

Pautan Online Semakan Indeks Pencemaran Udara

Sebagai alternatif, orang ramai boleh juga mengetahui tahap kualiti udara di kawasan mereka dengan mengunjungi

Klasifikasi Nilai Bacaan IPU

IPU Tahap Pencemaran Udara Kesan Terhadap KesihatanPeringatan
0 – 50SihatKualiti udara dianggap memuaskan dan pencemaran udara yang tidak memudaratkanTiada
51 – 100SederhanaKualiti udara boleh diterima. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah bahan pencemar mungkin boleh menjadi masalah kesihatan secara sederhana untuk sejumlah kecil orang yang sangat sensitif terhadap pencemaran udaraKanak-kanak dan orang dewasa yang aktif serta mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma harus mengurangkan pendedahan atau aktiviti di luar rumah
101 – 200Tidak sihatSemua orang mungkin akan mengalami kesan terhadap kesihatan; individu-individu yang sensitif mungkin mengalami kesan terhadap kesihatan yang lebih seriusKanak-kanak dan orang dewasa yang aktif serta mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma harus mengelak daripada melakukan aktiviti luar yang berpanjangan; semua orang, terutamanya kanak-kanak, harus membataskan aktiviti luar yang berpanjangan
201 – 300Sangat tidak sihatAmaran kesihatan tahap kecemasan. Seluruh penduduk lebih cenderung kepada kesan buruknya
Kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif serta mereka yang mempunyai penyakit pernafasan seperti asma harus mengelakkan semua aktiviti luar; semua orang, terutamanya kanak-kanak, harus membataskan aktiviti di luar
300+BerbahayaAmaran kesihatan: semua orang mungkin mengalami kesan kesihatan tahap seriusSemua orang harus mengelakkan aktiviti luar sama sekali

Untuk maklumat yang lebih lengkap, sila rujuk kepada grafik berikut :-

Semakan IPU Terkini Di Telefon Bimbit Guna Aplikasi MyJAS EQMS (Dahulunya MyIPU)

Selain membuat semakan menerusi laman web, rakyat Malaysia juga boleh mengetahui bacaan IPU secara live di seluruh Malaysia menggunakan aplikasi MyJAS EQMS di telefon bimbit masing-masing. Aplikasi percuma ini diperkenalkan oleh Kementerian Alam sekitar dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)

MyJAS EQMS ialah versi MyIPU yang lebih baik, berfungsi sebagai sehenti untuk semua kemas kini tentang status kualiti alam sekitar terkini di Malaysia, yang diperoleh daripada Stesen Pemantauan Kualiti Udara Berterusan, Stesen Pemantauan Kualiti Sungai Berterusan, Stesen Pemantauan Kualiti Sungai Manual, dan Stesen Pemantauan Kualiti Laut Manual.

Ciri-ciri

  1. Bacaan Indeks Alam Sekitar terkini dan carta arah aliran stesen pemantauan berhampiran lokasi pengguna.
  2. Bacaan Indeks Alam Sekitar terkini untuk semua stesen CAQM, CRWQM, MRWQM dan MMWQM di Malaysia.
  3. Paparan peta dalam talian bagi bacaan IPU terkini untuk semua stesen CAQM, CRWQM, MRWQM dan MMWQM di Malaysia.
  4. Pengumuman tentang kualiti alam sekitar Malaysia.
  5. Maklumat mengenai Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air dan Indeks Kualiti Air Marin Malaysia

Aplikasi Rasmi MyJAS EQMS

Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di telefon bimbit dari Google Play Store dan Apple App Store:-

Tips Semasa Jerebu

Di antara perkara-perkara yang digalakkan sepanjang tempoh musim jerebu adalah seperti berikut :-

  1. Elakkan diri dari berada di luar sebaik mungkin
  2. Sentiasa basuh dengan air di bahagian muka dan badan yang terdedah kepada jerebu
  3. Minum bilangan air yang banyak
  4. Sentiasa peka dengan maklumat terkini berkaitan jerebu menerusi media massa serta ikut nasihat yang diberikan pihak berkuasa
  5. Bagi mereka yang memandu, kereta yang dilengkapi penghawa dingin dikehendaki berada dalam mod kitaran dalaman dan semua tingkap perlu ditutup
  6. Topeng muka (pernafasan N95) mesti dipakai bagi mereka yang melakukan aktiviti di luar lebih-lebih lagi golongan berisiko tinggi
  7. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik mestilah segera ke klinik jika keadaan menjadi teruk
  8. Perokok dinasihatkan agar tidak merokok

Panduan Memilih Topeng Muka Yang Betul Semasa Jerebu

Berikut adalah panduan yang betul bagi memilih jenis topeng muka yang sesuai untuk dipakai semasa jerebu :-

1. Jenis topeng muka penutup mulut dan hidung jenis surgical seperti gambar di bawah adalah tidak sesuai. Walaupun ia sering digunakan oleh orang ramai tetapi sebenarnya tidak sesuai untuk melindungi diri dari pencemaran udara dengan berkesan. Hal ini kerana ia tidak menutupi sepenuhnya di bahagian tepi menyebabkan sedikit partikel halus jerebu boleh memasukinya melalui ruang kecil yang terbuka di bahagian kiri dan kanan topeng.

2. Topeng muka yang sesuai untuk keadaan jerebu yang sebenar adalah jenis topeng pernafasan N95 seperti berikut. Topeng ini akan menutupi sepenuhnya kerana ia melekap pada muka setelah tali disahut dengan betul pada telinga. Tambahan pula, ia berkebolehan menapis habuk atau debu sehalus 0.3 mikrometer untuk perlindungan hidung dan mulut pemakai.

Kongsi Artikel