Senarai Terkini Orang Paling Kaya Di Malaysia 2025-2026

Senarai Terkini Orang Paling Kaya Di Malaysia 2025-2026. Perincian jumlah nilai kekayaan orang terkaya di Malaysia yang tersenarai dalam laporan Forbes.

Penentuan individu atau orang paling kaya bukanlah satu tugas mudah. Ia memerlukan analisis teori dan kaedah sistematik yang teliti serta data terkini bagi memastikan penilaian adil dan anggaran hampir tepat. Sebuah majalah dalam talian iaitu Forbes yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam penilaian ini dilihat secara konsisten menerbitkan laporan senarai individu paling kaya di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Penilaian Forbes terhadap individu paling kaya atau hartawan Malaysia adalah hasil dapatan daripada pendekatan analisis bersepadu dan berasaskan data. Mereka menggabungkan pelbagai faktor seperti nilai aset bersih, pegangan saham, aset tidak ketara (intangible) dan liabiliti untuk mendapatkan gambaran anggaran nilai keseluruhan kekayaan dimiliki.

orang kaya malaysia forbes

Cara Forbes Menilai Individu Paling Kaya Di Malaysia

Forbes menggunakan pendekatan menyeluruh untuk menilai kekayaan individu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Pendekatan ini melibatkan pengumpulan data daripada pelbagai sumber, analisis kewangan serta pengesahan maklumat agar penilaian yang diperoleh itu adalah tepat dan boleh dipercayai.

Kriteria Utama Dalam Penilaian Forbes

  • Nilai Aset Bersih (Net Worth)
    Asas utama dalam penilaian Forbes ialah jumlah aset bersih individu tersebut. Ini termasuk aset tidak ketara seperti saham, hartanah, syarikat milik sendiri serta aset kewangan lain. Forbes menilai nilai pasaran saham yang dimiliki, nilai hartanah dan aset lain berdasarkan data terkini.
  • Saham dan Ekuiti dalam Syarikat
    Bagi individu yang memiliki syarikat atau pegangan ekuiti besar, Forbes menilai nilai syarikat tersebut berdasarkan laporan kewangan, penilaian pasaran dan potensi pertumbuhan syarikat tersebut.
  • Kepemilikan dan Pegangan Saham
    Penilaian juga mengambil kira jumlah saham dimiliki oleh individu tertentu dan nilai pasaran saham tersebut. Untuk syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau platform antarabangsa, data ini biasanya lebih mudah diperolehi.
  • Aset Tidak Ketara
    Selain aset fizikal dan kewangan, Forbes turut menilai aset tidak ketara seperti kekayaan intelektual, jenama dan hak cipta yang bernilai, jika ada.
  • Liabiliti dan Hutang
    Untuk mendapatkan nilai aset bersih yang tepat, Forbes juga mengambil kira liabiliti dan hutang dimiliki oleh individu tersebut. Pengurangan hutang dari jumlah aset memberikan gambaran sebenar kekayaan bersih.

Proses Pengumpulan dan Pengesahan Data Orang Paling Kaya

Forbes tidak bergantung semata-mata kepada maklumat yang diberikan oleh individu itu sendiri. Sebaliknya, mereka melakukan penyelidikan komprehensif melalui pelbagai sumber, termasuklah;

  • Laporan kewangan syarikat
    Terutama bagi individu yang memiliki syarikat awam dan swasta.
  • Data bursa saham
    Untuk menilai nilai saham pegangan individu.
  • Sumber media dan laporan industri
    Meliputi berita terkini tentang perniagaan dan kekayaan individu.
  • Penyelidikan lapangan
    Temu bual dan pengesahan maklumat secara langsung dengan individu atau pihak berkaitan.
  • Dokumen awam dan rekod kerajaan
    Seperti pendaftaran hartanah, cukai dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Setelah data dikumpulkan, Forbes melakukan analisis dan penilaian yang teliti, memastikan setiap maklumat adalah terkini dan sah.

orang terkaya di malaysia

Senarai Terkini 20 Orang Terkaya Di Malaysia 2025/26

Di Malaysia, proses penilaian oleh Forbes tidak jauh berbeza dengan proses di negara lain. Mereka menyelidik secara khusus pegangan saham dalam syarikat tempatan, hartanah utama serta aset kewangan dimiliki individu di Malaysia. Contohnya, seorang hartawan tempatan yang memiliki syarikat perniagaan besar, pelaburan hartanah dan pegangan saham dalam syarikat tersenarai awam akan dinilai berdasarkan nilai pasaran terkini dan laporan kewangan yang sah.

Forbes juga memberi perhatian kepada struktur pemilikan syarikat dan peranan individu dalam perniagaan, termasuk sama ada mereka adalah pengasas, pemegang saham utama atau pelabur utama. Ini membantu mereka mendapatkan gambaran yang komprehensif mengenai kekayaan individu tersebut.

Berikut adalah senarai 20 individu terkaya di Malaysia tahun 2025/2026 berdasarkan laporan Forbes: Malaysia’s 50 Richest yang lengkap dengan gambar dan profil serta maklumat penuh nilai kekayaan masing-masing.

  1. Robert Kuok: $11.4B
  2. Quek Leng Chan: $9.8B
  3. Adik beradik Teh: $5.9B
  4. Koon Poh Keong & Adik beradik: $5.4B
  5. Keluarga Krishnan: $5.3B
  6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng: $5.2B
  7. Francis Yeoh & Adik beradik: $3.6B
  8. Lee Thiam Wah: $3.5B
  9. Jeffrey Cheah: $3B
  10. Chia Song Kun & Keluarga: $2.3B
  11. Syed Mokhtar Albukhary: $2.2B
  12. Tan Yu Yeh, Yu Wei & Keluarga: $2.15B
  13. Keluarga Gnanalingam: $2.1B
  14. Lim Kok Thay: $1.8B
  15. Yaw Teck Seng & Chee Ming: $1.4B
  16. Lee Oi Hian & Hau Hian: $1.3B
  17. Lau Cho Kun: $1.25B
  18. Surin Upatkoon: $1.24B
  19. Kuan Kam Hon & Keluarga: $1.2B
  20. Cheah Cheng Hye: $1.15B

Objektif Penilaian Forbes

Selain daripada menampilkan senarai individu terkaya, tujuan utama Forbes adalah memberi gambaran jelas dan objektif tentang kekayaan dan kedudukan ekonomi individu dan keluarga terkaya di Malaysia. Ia juga berfungsi sebagai rujukan penting bagi pelabur, pelajar, penganalisis ekonomi dan media dalam memahami perkembangan kekayaan ekonomi di negara ini.

Melalui penilaian telus dan berasaskan data yang kukuh, Forbes berusaha mengelakkan sebarang penilaian bersifat subjektif atau berat sebelah. Ini menjadikan laporan Forbes bukan sahaja sebagai panduan popular malah sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai dan menjadi bahan rujukan di seluruh dunia.

Kongsi Artikel