Info JDT Vs Sabah FC Final Piala FA 2025/26 (Live Streaming)

Saingan Piala FA musim 2025-2026 kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila menyaksikan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah bersedia mempertahankan kejuaraan musim lalu dengan berhadapan Sabah FC dalam perlawanan akhir (final).

Sebagai juara bertahan dan pasukan yang sudah mencipta nama di peringkat domestik, JDT muncul sebagai pilihan utama untuk menjuarai Piala FA kali ini. Reputasi besar mereka miliki, ditambah pula dengan kejayaan cemerlang dalam kejohanan tempatan, memberi mereka kelebihan dari pelbagai sudut.

Malah, rekod mereka yang konsisten dalam meraih kejayaan seolah-olah memberi gambaran bahawa kejuaraan buat kali ke-5 ini hanya menunggu di depan mata.

Cabaran JDT Vs Sabah FC Final Piala FA 2025

Namun dalam bola sepak, tiada siapa boleh meramal keputusan akhir secara pasti. Kejayaan Sabah FC mara ke final Piala FA musim ini adalah satu kejutan. Mereka membuktikan bahawa dengan usaha, semangat dan taktikal yang tepat, mereka mampu mencabar dominasi pasukan gergasi.

Penyingkiran pasukan hebat seperti Selangor di peringkat separuh akhir jelas menunjukkan bahawa Sabah FC tidak boleh dilihat sebagai pasukan underdog tetapi sebuah pasukan yang boleh mencipta kejutan tanpa diduga sekaligus memberi harapan kepada penyokong bahawa kejayaan besar mungkin sahaja menanti mereka di Bukit Jalil.

JDT Pasukan Pilihan Juara Piala FA 2025/26

Mengulas tentang peluang, ramai pemerhati dan penyokong menyatakan bahawa final kali ini jauh daripada mudah. Meskipun JDT dilihat sebagai pasukan pilihan, Sabah FC telah membuktikan bahawa mereka mampu memberi cabaran sengit dan tidak akan berkompromi dalam usaha merebut trofi berprestij ini. Ia jelas menunjukkan bahawa perlawanan ini diibaratkan sebagai pertembungan antara pengalaman, kekuatan serta ketahanan mental.

Kejayaan Menjulang Trofi Piala FA

Kejayaan sesebuah pasukan dalam arena bola sepak tidak semata-mata bergantung kepada taktikal yang dirancang tetapi juga terletak pada komitmen dan disiplin pemain di atas padang. Sekiranya mereka gagal menterjemahkan arahan jurulatih dan strategi yang dirangka, peluang untuk menjulang trofi akan menjadi semakin tipis.

Selain daripada sokongan padu daripada penyokong yang sentiasa memberi semangat dan aura kekuatan di stadium, kejayaan sesebuah pasukan juga bergantung kepada usaha pemain di atas padang. Jika mereka bermain sambil lewa atau tidak menunjukkan komitmen penuh, padah yang menanti bukan sahaja kekalahan malah kehilangan peluang untuk menjulang trofi berprestij ini.

Oleh itu, setiap pemain harus sedar bahawa mereka bukan sahaja beraksi untuk diri sendiri tetapi juga untuk maruah pasukan dan penyokong yang setia mengharapkan yang terbaik.

final piala fa 2025 rtm

Siaran Langsung JDT Vs Sabah 14 Disember 2025

Perlawanan akhir saingan Piala FA Malaysia musim 2025/26 membabitkan JDT menentang Sabah FC berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Ahad, 14 Disember 2025 bermula jam 9 malam akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena dan RTM TV Okey bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.

Perincian JDT Lwn Sabah FC Piala FA 2025/26

Penyokong setia kedua-dua pasukan boleh juga menonton aksi final ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

  • Final Piala FA 2025/26: JDT Vs Sabah FC.
  • Tarikh: 14 Disember 2025 (Ahad).
  • Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
  • Sepak Mula: 9:00 malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola dan RTM TV Okey.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi RTM TV Okey, Sooka dan AstroGO.

Keputusan Juara Piala FA 2025 JDT Vs Sabah

PasukanMasa PenuhPasukan
JDT50Sabah
Penjaring GolPenjaring Gol
8′ Jonathan Silva
20′ (OG) Rawilson Batuil
22′ Jairo
64′ Oscar Aribas
90’+2 Manuel Hidalgo

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."