Pelajar Tingkatan Enam (T6) dibenarkan memakai pakaian (biasa) kasual atau tradisional ke sekolah selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat perlaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan 6.
Etika Pakaian Pelajar Tingkatan 6 Ke Sekolah
Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam tersebut, ia telah diluluskan oleh Kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203. Ia sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.
Bagaimanapun, pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:
Pelajar Lelaki
Etika pakaian bagi pelajar lelaki Tingkatan 6 adalah seperti berikut:
- Dibenarkan pakai baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan.
- Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.
- Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan.
- Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
- Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
- Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking.
- Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
- Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
Pelajar Perempuan
Untuk pelajar perempuan Tingkatan 6 pula, etika pakaian adalah seperti berikut:
- Baju kurung atau pakaian tradisional.
- Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
- Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
- Pakaian ketat juga tidak dibenarkan.
- Hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki.
- Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
- Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
Keterangan
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan etika pakaian pelajar tingkatan 6, sila klik pada judul pautan di bawah



