Cara Semakan Wang Tak Dituntut Guna Nombor MyKad (IC)

Wang Tak Dituntut (WTD) merujuk kepada sejumlah wang hak milik seseorang tetapi tidak pernah dituntut atau diambil semula dalam tempoh tertentu. Ia termasuk pelbagai jenis rekod akaun seperti simpanan, akaun semasa, simpanan tetap, insurans, gaji, dividen, deposit utiliti seperti TNB, Syabas, TM dan lain-lain. Selain itu, wang yang tidak aktif dalam akaun bank selama lebih dari 7 tahun juga termasuk dalam kategori ini.

Contoh-contoh WTD yang sering berlaku termasuk:

  • Akaun simpanan tidak aktif selama bertahun-tahun tetapi masih mengandungi sejumlah wang.
  • Tuntutan insurans telah diluluskan tetapi belum diambil.
  • Wang cagaran deposit utiliti seperti TNB, Syabas dan TM.
  • Gaji, bonus, komisen, dividen dan keuntungan belum dituntut dalam tempoh lama.
  • Draf bank, cashier’s order serta dokumen kewangan lain yang sudah luput tempoh sahnya.
  • Akaun syarikat atau perniagaan tidak aktif termasuk akaun penghutang dan pemiutang dagangan.

tuntutan wang tak dituntut

Panduan Dan Cara Semakan Jumlah Wang Tidak Dituntut

Semakan Wang Tidak Dituntut membantu individu khususnya bagi mengetahui jika mereka mempunyai sejumlah wang tidak pernah mereka tuntut. Ada di kalangan kita mungkin tidak sedar bahawa mereka mempunyai wang tertinggal di bank atau akaun lain yang sudah tidak aktif, namun hakikatnya masih berhak menuntutnya kembali.

Melalui sistem semakan dalam talian egumis disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) proses semakan ini menjadi lebih mudah, cepat dan tidak memakan masa. Berikut adalah langkah-langkah ringkas dan lengkap boleh diikuti:

check duit tak dituntut guna no ic

Carian Pantas Wang Tak Dituntut Guna Nombor MyKad

Anda boleh membuat carian pantas menyemak bilangan wang tak dituntut dengan menggunakan nombor kad pengenalan (Mykad) masing-masing. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Layari pautan: https://egumis.anm.gov.my/wtd/search
  • Kemudian masukkan no. kad pengenalan dalam ruangan diperlukan.
  • Seterusnya tanda Captcha dan klik butang Cari.
  • Jumlah bilangan Wang Tak Dituntut milik anda akan dipaparkan sekiranya terdapat dalam sistem.

daftar eGUMIS wtd

Buat Pendaftaran Pengguna Sistem eGUMIS

Setelah mendapati anda mempunyai WTD hasil carian pantas yang dijumpai dengan menggunakan nombor pengenalan. Anda perlu membuat pendaftaran jika anda pengguna sistem egumis pertama kali bagi mendapatkan maklumat terperinci menuntut Wang Tidak Dituntut tersebut. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  • Layari pautan: https://egumis.anm.gov.my/register/refunduser
  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi lain.
  • Tandakan kotak pengakuan dan captcha, kemudian klik Daftar.
  • Sila rujuk info penting dinyatakan dalam halaman yang sama.

log masuk egumis wtd

Log Masuk ke Sistem eGUMIS WTD

Setelah berjaya membuat Pendaftaran Pengguna, anda boleh daftar masuk (log masuk) sistem eGUMIS dengan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan sepertimana didaftarkan di pautan berikut:

  • Pautan: https://egumis.anm.gov.my/login
  • Setelah berjaya masuk, klik Carian Wang Tak Dituntut.
  • Hasil carian dipaparkan menunjukkan jumlah wang tidak dituntut serta butiran berkaitan.

senarai wang tak dituntut

Cara Buat Permohonan Tuntutan Secara Online

  • Jika terdapat wang yang ingin dituntut, klik Teruskan Dengan Permohonan.
  • Tambah maklumat penerima dan maklumat akaun bank untuk pembayaran.
  • Muat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, penyata bank dan dokumen berkaitan.
  • Tandakan pengakuan dan terma, kemudian hantar permohonan.
  • Maklumat lanjut anda boleh rujuk pada video panduan yang disertakan dibawah.

Semakan Dan Tuntutan WTD Secara Manual

Anda boleh juga mengunjungi Jabatan Akauntan Negara Malaysia atau cawangan negeri untuk membuat semakan dan tuntutan secara fizikal. Dokumen yang diperlukan termasuk borang UMA-7 yang lengkap diisi, salinan kad pengenalan serta dokumen sokongan lain.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."