Apabila menghadapi perjalanan jauh, syariat Islam memberi kelonggaran kepada mereka melalui hukum solat secara Qasar dan Jamak. Kedua-dua rukhsah ini bertujuan memudahkan urusan ibadah dan memastikan keimanan serta ketakwaan tetap terpelihara meskipun dalam keadaan bermusafir.
Hukum Solat Qasar Dan Jamak
Solat secara qasar dan jamak adalah dua rukhsah yang dibenarkan syariat kepada musafir. Menurut al-Quran dan hadis, kedua-duanya merupakan kemudahan yang Allah SWT berikan kepada umat Islam melaksanakan ibadah dengan lebih mudah ketika dalam perjalanan jauh.
Qasar bermaksud memendekkan solat fardu yang asalnya empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 101:
Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir…” (al-Nisa’, 4:101).
Rujukan Rasmi: Hukum Solat Jamak Dan Qasar Mufti Wilayah
Sementara itu, jamak pula bermaksud menggabungkan dua solat fardu yang berbeza, sama ada Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak. Ia boleh dilakukan secara taqdim (menggabungkan dua solat pada waktu yang pertama) atau ta’khir (menggabungkan pada waktu yang kedua). Para ulama bersepakat bahawa melakukan solat secara jamak adalah rukhsah yang diharuskan apabila memenuhi syarat tertentu.

Syarat Sah Qasar Dan Jamak
Seseorang bermusafir dianggap telah keluar dari kawasan yang biasa dilaluinya. Perjalanan ini mestilah di luar dari kawasan kediaman tetap untuk dikira sebagai musafir.
Apabila seseorang itu sampai ke kawasan permulaan perjalanan, ia bermakna musafirnya bermula. Sebaliknya, apabila dia kembali ke kawasan tempat tinggalnya atau kawasan yang menandakan berakhirnya perjalanan, maka dia tidak lagi berhak mengerjakan solat jamak dan qasar.
Agar rukhsah (kemudahan) ini sah dan tidak menyalahi syariat, terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi iaitu:
Syarat Qasar
- Musafir mestilah menempuh jarak sekurang-kurangnya dua marhalah (81 km). Disarankan jaraknya melebihi 3 marhalah (121.5 km) untuk keyakinan.
- Mengetahui hala tuju perjalanan sejak awal.
- Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat atau haram.
- Tidak berimamkan orang yang tidak diketahui status musafirnya.
- Berniat qasar ketika takbiratul ihram.
- Tidak melakukan perkara yang menafikan niat qasar semasa solat.
- Masih dalam keadaan bermusafir semasa solat.
- Mempelajari tatacara dan hukum qasar yang benar.
Syarat Jamak Taqdim
- Mengikuti tertib, iaitu melakukan solat pertama dahulu (contohnya Zohor sebelum Asar).
- Berniat jamak sebelum menyelesaikan solat yang pertama.
- Berturutan, tidak memisahkan dengan waktu yang lama.
- Musafir kekal sehingga selesai solat kedua.
Syarat Jamak Ta’khir
- Berniat sebelum waktu solat pertama tamat.
- Musafir kekal sehingga selesai kedua-dua solat.
- Jamak Takdim – Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor dan Maghrib)
- Jamak Takhir – Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Asar dan Isyak)
| Syarat Jamak Takdim | Syarat Jamak Takhir |
|---|---|
| Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib | Berniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama |
| Niat jamak pada waktu solat yang pertama | Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat |
| Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk) | |
| Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua |

Tatacara Menunaikan Solat Qasar Jamak
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.
Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/ Maghrib) kemudian diikuti
oleh Solat Waktu kedua (Asar/ Isya’). Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
Niat Solat Qasar Jamak Takdim (Zohor & Asar)

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan. - Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu Asar:
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Solat Qasar Jamak Takdim (Maghrib & Isyak)

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
- Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niat solat jamak (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk jamak fardhu Isyak:
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala.
Tatacara Menunaikan Solat Qasar Jamak Takhir
Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya : Menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:
“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar”
Sunat atau afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/ Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/ Maghrib). Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi.

- Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala - Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk sembahyang jamak fardhu zohor:
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isyak)
Nota: Sebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi.

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
- Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Nota: Jangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan - Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib:
- Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
- Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak iga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.
Bagi mendapatkan kefahaman dengan lebih jelas lagi, sila tonton:

Dalil Solat Jamak Dan Qasar
Nabi S.A.W. telah menggambarkan bahawa solat musafir seperti jamak dan qasar adalah dibenarkan menerusi hadis yang bermaksud;
“Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu? Jawabnya: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” [Hadis riwayat Muslim (705)]


