Bonus Dividen ASB 2025-2026 Tarikh Diumumkan

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah dana unit amanah yang diwujudkan khas untuk Bumiputera Malaysia. Ia dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 2 Januari 1990 sebagai satu inisiatif kerajaan untuk membantu bumiputera menyimpan serta melabur secara lebih sistematik dan berkesan. Tujuan utama penubuhan ASB adalah untuk menyediakan satu alternatif simpanan yang mampu menjana keuntungan secara konsisten dalam jangka masa panjang.

ASB Pilihan Pelaburan Terbaik

Sebenarnya, kejayaan ASB terletak pada keupayaannya menawarkan pulangan stabil dan konsisten setiap tahun. Berbeza dengan pelaburan lain dilihat lebih berisiko tinggi. ASB memberi jaminan harga seunit tetap yang bermaksud pelabur tidak perlu risau tentang perubahan harga unit dana. Selain itu, sebarang jualan atau penebusan unit tidak akan dikenakan caj atau yuran tambahan.

Pelabur boleh melabur sehingga RM300,000 dan jumlah ini dianggap sebagai had maksimum. Namun, sekiranya jumlah modal yang anda miliki melebihi had tersebut, ia tidak akan memberi kesan kepada akaun pelaburan anda. Satu lagi kelebihan ASB adalah anda bebas untuk melabur sebanyak mana dan bila-bila masa sahaja, tanpa kekangan tertentu.

info asb

Pendapatan Pelaburan ASB

Satu faktor utama menyumbang kepada populariti ASB adalah pulangan pendapatan atau dividen yang konsisten. Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, ASB tetap mampu memberikan pulangan stabil sekali gus menjadikannya pilihan utama rakyat Malaysia sebagai pelaburan jangka panjang.

Selain itu, ASB juga dianggap sebagai pelaburan selamat dan mudah diakses. Tidak perlu pengetahuan mendalam tentang pasaran saham atau risiko tinggi, pelabur hanya perlu menabung dan melabur secara berkala. Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur daripada pelbagai golongan.

Manfaat Melabur ASB

Selain pulangan dividen yang stabil, pelaburan ASB juga membantu dalam membina simpanan masa depan. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pendidikan anak-anak, pembelian rumah atau sebagai dana kecemasan. Berdasarkan sejarah pengagihan pendapatan yang konsisten, ia memberi keyakinan kepada pelabur untuk merancang kewangan dengan lebih baik.

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2025

Berdasarkan maklumat bagi tahun sebelumnya, pengumuman Kadar Dividen dan Bonus ASB biasanya dibuat pada bulan Disember. Pelabur (pemegang unit) boleh menjangkakan pengumuman dividen sekitar minggu ketiga atau terakhir Disember 2025.

Pelabur disarankan untuk sentiasa mengikuti laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad atau Facebook Rasmi ASNB bagi mendapatkan pengumuman terkini dan sebarang maklumat lanjut yang berkaitan.

  • Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2025: 19 Disember 2025.

Tarikh Penangguhan Urus Niaga ASB

urusniaga asb 2026

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan tarikh penangguhan urus niaga ASB bermula pada 27 hingga 31 Disember 2025 sebagai langkah untuk mengira pendapatan akhir tahun kewangan 2025. Penangguhan ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua transaksi, termasuk pelaburan baru, pengeluaran dan pengiraan dividen dapat dilakukan dengan lebih telus dan tepat. Semua urus niaga ASB akan dibuka semula pada 1 Januari 2026.

Antara sebab utama penangguhan ini adalah untuk memberi ruang kepada PNB untuk melaksanakan audit dan pengesahan terhadap semua transaksi yang telah berlaku. Dalam dunia pelaburan, ketepatan data adalah kritikal. Sebarang kesilapan pengiraan pendapatan boleh memberi kesan besar kepada pelabur.

Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2025

PNB bakal mengumumkan kadar dividen dan bonus ASB yang pastinya menarik perhatian ramai. Selain itu, PNB juga mengumumkan bonus yang diberikan kepada pelabur ASB. Bonus ini adalah insentif tambahan kepada pelabur.

Bagi tahun kewangan berakhir 2025, PNB dijangka akan terus memberikan pulangan pendapatan yang kompetitif, bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk melabur dalam ASB.

Berikut kami sertakan info pengagihan Dividen (+) Bonus Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 2025 hingga 1990. Maklumat bagi tahun kewangan berakhir 2025 akan dikemaskini dari sebaik sahaja perkara ini diumumkan.

Maklumat Dividen Dan Bonus ASB 2025

  • Pengagihan Pendapatan (Dividen): 5.75 sen seunit

jumlah dividen asb 2025

Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB

Rekod Dividen ASB Tahun 2025 – 1990 (Sen / Seunit)
TahunDividenBonus
20255.75
20245.500.25
20234.251.00
20223.351.25 + 0.50 (untuk 30,000 unit pertama) sen seunit
20214.250.75
20203.500.75 + 0.75 (untuk 30,000 unit pertama) sen seunit
20195.000.50
20186.500.50
20177.000.25 + 1.00 (Bonus Khas Ulang Tahun)
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.701.00
20107.501.25
20097.301.20
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50 + 2.0 (2 sen bonus istimewa)
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00 + 2.0 (2 sen bonus istimewa)
199510.03.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."