Buffet Ramadhan Pulau Pinang 2026 Senarai Lokasi Harga Murah

Ramadan merupakan bulan kesembilan sebagai bulan mulia, di mana Allah SWT menurunkan rahmat dan keberkatan yang melimpah ruah kepada hamba-Nya. Ia bukan sahaja masa untuk memperbanyakkan ibadah tetapi juga peluang umat Islam memperbaiki diri, meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Pencipta.

Buffet Berbuka Puasa Bulan Ramadan

Selain bazar Ramadan terkenal di seluruh negeri, hotel dan resort turut menawarkan pakej buffet Ramadan yang menampilkan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan, Timur Tengah bahkan masakan antarabangsa. Pakej buffet ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan yang pelbagai secara santai dan selesa. Ia juga memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan berkumpul dan merayakan bulan penuh keberkatan ini bersama-sama.

Sikap Berjimat Dan Bersyukur

Walaupun nafsu ingin menikmati makanan pelbagai, umat Islam diingatkan agar tidak terlalu boros dan membazir. Sikap berjimat dan berpada-pada adalah amalan mulia perlu dipupuk sebagai tanda syukur atas nikmat rezeki dikurniakan Allah SWT. Malah, berbelanja secara berhemah bukan sahaja membantu menjaga kesederhanaan tetapi juga mengelakkan pembaziran tidak berfaedah.

Di sebalik kemewahan juadah, kita diingatkan sentiasa bersederhana dan berhemat, sebagai tanda syukur terhadap nikmat Allah SWT. Semoga Ramadan tahun ini membawa keberkatan berpanjangan kepada semua dan kita mampu menjadikan bulan mulia ini sebagai titik tolak untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan. Selamat menjalani ibadah puasa dan menikmati keindahan bulan Ramadan penuh rahmat ini.

Senarai Lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadan Penang 2026

Di Pulau Pinang, terdapat banyak hotel dan resort menawarkan pakej buffet Ramadan berpatutan. Bagi rakyat Pulau Pinang yang berminat berbuka puasa secara santai dan memuaskan hati, boleh merujuk kepada senarai buffet Ramadan Pulau Pinang 2026 dikemaskini dari semasa ke semasa. Ini memudahkan anda memilih tempat yang sesuai dengan citarasa dan keperluan bajet masing-masing.

Senarai Lokasi Buffet Ramadan Di Negeri Pulau Pinang 2026
LokasiNo & AlamatDewasaKanak-KanakWarga Emas
Eastern & Oriental Hotel04-222 2000
Lebuh Farquhar, George Town, Pulau Pinang.
RMRMRM
The Light Hotel04-382 1111
Lebuh Tenggiri, Bandar Seberang Jaya, George Town.
RMRMRM
Eastin Hotel04-612 1111
Solok Bayan Indah, Queensbay, Bayan Lepas.
RMRMRM
DoubleTree Resort04-892 8000
Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
RMRMRM
Royale Chulan Hotel04-259 8888 ext 8910
1 & 2, Pengkalan Weld, George Town, 10300, Penang.
RMRMRM
Vouk Hotel Suites04 370 8333
57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, 10050, Pulau Pinang.
RMRMRM
Hotel Royal Penang04-226 7888
Jalan Larut, George Town, Pulau Pinang.
RMRMRM
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas04-575 6700
Kepala Batas, Pulau Pinang.
RMRMRM
Lain-lain

Kongsi Artikel

Sarah Hakim

Sarah Hakim

Penulis kedua laman web mysumber berpengalaman lebih 4 tahun ditugaskan mengemas kini artikel berdasarkan maklumat sahih, relevan dan terkini supaya pembaca terus mendapat info yang tepat.

"Hobi termasuk menulis, edit ayat yang sama 20 kali dan akhirnya guna ayat pertama."