Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam Selangor Bajet 2026

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam Selangor Bajet 2026.Tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) kakitangan awam negeri Selangor 2025/2026 3 bulan gaji.

Semua anggota perkhidmatan awam atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira iaitu menerima Bonus atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak tiga bulan gaji.

Sebagai makluman, pembayaran dilakukan secara dua peringkat iaitu pembayaran pertama BKK sebanyak satu bulan setengah gaji telahpun disalurkan pada awal tahun ini manakala BKK bayaran kali kedua sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM1,000 akan disalurkan pada 18 Dis 2025.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Besar, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2026 (Bajet 2026) Negeri Selangor yang dibentangkan pada hari Jumaat, 14 November 2025.

Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Kakitangan Awam Selangor 2026

Pengumuman ini bukan sahaja merupakan satu bentuk penghargaan yang amat dihargai tetapi juga sebagai satu dorongan dan motivasi kepada penjawat awam negeri Selangor untuk terus berbakti dan memperkukuhkan komitmen dalam menyumbang ke arah pembangunan negeri yang lebih maju, makmur dan berdaya saing.

Ia juga menandakan keprihatinan kerajaan negeri bagi memberikan sokongan penuh kepada barisan penjawat awam yang telah memainkan peranan penting demi memastikan pelaksanaan dasar dan program negeri berjalan lancar serta berjaya.

Selain itu, ia menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor amat menghargai peranan dan sumbangan mereka yang selama ini menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan bertanggungjawab. Pemberian BKK ini mampu meningkatkan lagi semangat kerja serta mengukuhkan hubungan baik antara kerajaan dan penjawat awam.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2026 Selangor

Secara keseluruhannya, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak tiga bulan gaji ini sebagai penghargaan terhadap penjawat awam negeri Selangor.

Ia mencerminkan komitmen kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan penjawat awam sentiasa diutamakan sekaligus memperlihatkan bahawa negeri Selangor berada di landasan tepat untuk menuju era baharu Selangor Juara iaitu negeri maju dari segi pembangunan fizikal serta unggul dari aspek sumber manusia dan pengurusan pentadbiran yang cekap dan berintegriti.

bonus penjawat awam selangor 2026

Perincian Bayaran BKK Penjawat Awam Negeri Selangor

Berikut adalah perincian maklumat pembayaran Bantuan Khas Kewangan atau lebih dikenali sebagai bonus sepertimana diumumkan oleh Menteri Besar, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Bin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2026 (Bajet 2026) Negeri Selangor.

Bayaran Pertama

  • Satu Bulan Setengah Gaji
    Telahpun disalurkan pada awal tahun 2025.

Bayaran Kedua

  • Satu Bulan Setengah Gaji
    Akan disalurkan pada 18 Disember 2025.

Kongsi Artikel