Kerajaan Malaysia MADANI terus menunjukkan keprihatinan dan komitmen kukuh melalui pelbagai inisiatif sokongan pendidikan berkualiti agar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu inisiatif utama yang sentiasa dinantikan setiap tahun ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Kerajaan terus mengekalkan dan memperkukuh bantuan ini dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah di seluruh negara, termasuk pelajar Tingkatan 6 bagi tahun 2026
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan adalah inisiatif kerajaan yang berobjektif untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka. Sejumlah RM150 yang diberikan secara one-off (sekali bayar), bantuan ini diharapkan dapat membantu murid-murid dan pelajar membeli buku, alat tulis dan barang-barang keperluan lain yang diperlukan untuk sesi awal persekolahan.
Selain itu, bantuan ini turut menyokong usaha kerajaan dalam memastikan akses pendidikan yang saksama untuk semua tanpa mengira latar belakang ekonomi (tanpa mengambil kira had pendapatan Ibu Bapa/Penjaga). Ia selaras dengan agenda pembangunan pendidikan nasional yang berteraskan keadilan sosial dan peluang sama rata untuk semua murid.

Tarikh Agihan Duit Bantuan Sekolah BAP 2026
Bagi memastikan penyampaian bantuan ini berjalan lancar, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memilih pendekatan penyaluran secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dan ibu bapa.
Melalui pendekatan ini, pemberian wang secara langsung di sekolah akan memudahkan ibu bapa dan pelajar menerima bantuan tanpa perlu melalui proses birokrasi yang rumit. Ia juga memberi peluang kepada pihak sekolah dan guru untuk berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa.
- Tarikh Agihan: Bermula 11 Januari 2026
- Cara Penerimaan: Melalui program pertemuan dengan ibu bapa yang diaturkan oleh pihak sekolah
Siapa Layak Menerima BAP?
Bantuan ini terbuka kepada semua murid yang bersekolah di institusi pendidikan yang diiktiraf, termasuk:
- Murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 6 bagi sesi persekolahan 2026.


