Duit STR 2026 Kurang, SARA 2026 Naik, STR Bujang 2026 Tiada

Duit STR Kurang, SARA Naik, STR Bujang 2026 Tiada tetapi dapat SARA RM600. Perincian lampiran amaun bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah & Asas Rahmah.

Berdasarkan dokumen Intipati Belanjawan 2026, kami melihat berlakunya penstrukturan semula jumlah pembayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026. Pada pandangan kami, ini adalah langkah strategik kerajaan Malaysia MADANI untuk menyeimbangkan keperluan bantuan tunai dan keperluan asas rakyat secara lebih menyeluruh serta berkesan.

Perubahan Jumlah Amaun Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Salah satu perubahan utama adalah penyesuaian terhadap bentuk dan kadar bantuan. Secara umumnya, jumlah keseluruhan bantuan yang akan diterima oleh isi rumah penerima kekal sama sepertimana sebelum ini. Namun, bagi STR 2026 terdapat pengurangan sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah.

Sebaliknya, kerajaan meningkatkan bantuan dalam bentuk kredit untuk pembelian barangan keperluan asas melalui komponen Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Anda boleh rujuk kepada lampiran di bawah sebagai perbandingan.

amaun str 2026

beza str

Transformasi Program Sumbangan Tunai Rahmah dalam Belanjawan 2026 mencerminkan satu usaha kerajaan untuk menyeimbangkan keperluan membantu rakyat secara langsung dan memastikan penggunaan sumber yang lebih berkesan.

Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan sasar seperti miskin tegar dan warga emas malah memberi gambaran bahawa kerajaan semakin peka terhadap keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Pengurangan STR RM300 Kategori Isi Rumah

Perubahan yang menarik perhatian adalah pengurangan bayaran STR sebanyak RM300 kepada semua kategori isi rumah. Walau bagaimanapun, pengurangan ini diimbangi dengan kenaikan RM300 dalam bantuan SARA menjadikan jumlah minimum bantuan SARA kepada RM1,200 setahun.

Ini bermakna, secara keseluruhan, jumlah bantuan minimum yang diterima oleh isi rumah tetap sama seperti sebelum ini tetapi komponen dan bentuk bantuan itu diubah suai untuk memberi manfaat yang lebih fokus kepada keperluan asas.

Selain itu, bagi keluarga miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih, mereka akan terus menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA. Ini menjadikan jumlah kredit pembelian barangan keperluan asas mereka sebanyak RM2,400 setahun. Pendekatan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan golongan paling memerlukan tetap mendapat manfaat yang mencukupi dan berterusan.

STR Bujang 2026 Tiada Tetapi Dapat SARA RM600

Bagi individu bujang berumur bawah 60 tahun, bantuan STR tidak lagi diberikan mulai tahun 2026. Sebaliknya, jumlah RM600 yang diterima sebelum ini akan dialihkan kepada kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan. Ini bermakna, mereka akan mendapat manfaat secara langsung dari segi keperluan asas melalui kredit yang memudahkan mereka membeli barangan keperluan harian.

Warga Emas

Kerajaan juga memastikan bahawa golongan warga emas tiada pasangan yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan tidak terkesan dengan pengurangan STR. Kadar STR sebanyak RM600 bagi kategori ini dikekalkan manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun. Langkah ini menegaskan bahawa golongan warga emas masih mendapat perlindungan yang mencukupi dan selaras dengan keperluan mereka.

bantuan tunai str sara

Bantuan Tunai Tambahan

Selain perubahan utama tersebut, kerajaan turut mengekalkan bantuan tambahan sebanyak RM100 dalam bentuk SARA yang akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada Februari 2026. Ini menunjukkan bahawa kerajaan tetap komited dalam memperkasa kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Perincian lengkap mengenai struktur baru bantuan ini telah diterbitkan dalam dokumen Belanjawan 2026, memberi gambaran jelas tentang usaha kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat yang lebih berkesan.

Kongsi Artikel