Keputusan Senarai Finalis AJL 40 Lagu Layak Ke Final 2026

Debaran kemuncak final Anugerah Juara Lagu 40 kian terasa apabila 10 buah lagu terbaik telah terpilih untuk ke konsert pentas akhir AJL 40. Ini adalah satu pencapaian yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat muzik tanah air setelah para penyanyi berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA).

Keputusan Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 40

Keputusan pemilihan senarai finalis AJL40 telah diumumkan selepas saringan yang berlangsung secara langsung di Studio 1 Glenmarie, Shah Alam. Separuh akhir AJL40 ini bersiaran selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 April 2026 dengan menyaksikan persaingan sengit antara 20 buah lagu terbaik yang telah menggemparkan industri muzik sepanjang tahun 2025.

Dengan pengumuman senarai finalis, peminat muzik kini boleh menjangkakan satu persaingan yang penuh dengan kejutan pada malam kemuncak final AJL40. Setiap lagu yang layak ke peringkat akhir mempunyai kisah tersendiri dan sudah pasti bakal menampilkan persembahan yang terbaik.

Pemilihan lagu-lagu layak ke pentas akhir AJL40 bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan penilaian teliti dan profesional daripada juri-juri berpengalaman.

Dalam saingan Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir, lagu-lagu tersebut telah diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada Datuk Acis dengan LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis. Setiap juri membawa perspektif dan pengalaman masing-masing, yang tentunya memberikan impak kepada keputusan akhir sepertimana diumumkan.

finalis ajl40

Senarai 10 Lagu Final Anugerah Juara Lagu 2026

Senarai finalis ini mencerminkan pelbagai genre dan gaya muzik sekali gus menunjukkan betapa bervariasinya industri muzik Malaysia. Keberanian para penyanyi untuk menyampaikan karya-karya yang unik dan berkualiti sememangnya memberi warna kepada pentas muzik tanah air.

Berikut adalah senarai penyanyi membawa karya terbaik mereka yang berjaya mara ke konsert pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-40:

  1. Tiwikarma – K.O.I
    Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
    Penulis lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam
  2. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
    Komposer: Ryenald Guntabid
    Penulis lirik: Ryenald Guntabid
  3. Kamu – Aina Abdul
    Komposer: Aina Abdul
    Penulis lirik: Aina Abdul
  4. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
    Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
    Penulis lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
  5. Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
    Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
    Penulis lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam
  6. Tak Adil – Aisha Retno
    Komposer: Aisha Retno, Radi
    Penulis lirik: Aisha Retno
  7. Nurcinta – Amir Masdi
    Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
    Penulis lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
  8. Lemah – Dayang Nurfaizah
    Komposer: Hael Husaini
    Penulis lirik: Hael Husaini
  9. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
    Komposer: Marsha MilanPenulis lirik: Hazama
  10. Semacam Pandora – Hazama
    Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
    Penulis lirik: Zel Hadauan

Tarikh Konsert Final AJL 40

Malam kemuncak final Anugerah Juara Lagu ke-40 dijangka diadakan pada bulan Ogos 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan pastinya, semua mata akan tertumpu kepada pentas berprestij ini.

Para peminat juga tidak sabar untuk melihat bagaimana para finalis akan menampilkan kreativiti dan bakat mereka dalam menyampaikan lagu-lagu yang telah berjaya menambat hati juri.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."