Live Streaming ABPBH 2025 Anugerah Bintang Popular BH 37

Malam yang penuh gemilang bakal kembali menghiasi kalendar industri hiburan Malaysia apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 bakal berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh penggiat seni tanah air ini tidak hanya sebagai acara penghargaan malah merupakan cerminan terhadap bakat seni Malaysia.

Tema yang dipilih untuk edisi kali ini adalah SATU Keunggulan sambil menyaksikan penganjur menegaskan komitmen mereka dalam menampilkan keunikan, kekuatan dan keunggulan artis dan penggiat seni yang menjadi tonggak industri ini.

Kategori Dipertandingkan ABPBH 37

Tahun ini, sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan. Antara kategori yang paling dinanti-nantikan termasuklah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular serta kategori-kategori utama seperti Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular dan Aktres TV Popular.

Kehadiran kategori ini menunjukkan betapa luas dan pelbagai bakat seni yang mewarnai industri hiburan Malaysia, sekaligus menegaskan bahawa setiap kategori mempunyai persaingan tersendiri.

Pengacara ABPBH 2025

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2025 turut menyaksikan Raja Azura dan Shiha Zikir sebagai pengacara atau hos utama ABPBH 37. Gandingan Raja Azura dan Shiha bakal memberi sesuatu kelainan berbanding edisi sebelum ini dalam memastikan objektif acara penganugerahan iaitu meraikan karyawan, penggiat seni dan peminat tercapai.

Manakala bagi acara karpet merah akan dihoskan oleh Ariana Yusof digandingkan bersama penyampai berita Buletin Utama TV3, Amirulhakim Lokman turut disiarkan secara langsung melalui siaran di TikTok MBuzz Terhangat bermula jam 8.00 malam.

Persembahan Penyanyi Di ABPBH 2025

Selain daripada penganugerahan dan pengumuman pemenang, malam ABPBH 37 bakal dihangatkan dengan persembahan bertenaga artis pelbagai generasi. Ia bukan sahaja sebagai hiburan semata-mata malah sebagai cerminan keunggulan seni muzik dan seni persembahan Malaysia yang mampu merentasi zaman dan genre. Antara nama besar yang bakal memukau penonton di pentas ialah:

  • Dayang Nurfaizah
  • Hael Husaini
  • Haqiem Rusly
  • Afieq Shazwan
  • Tajul
  • Amira dan Irfan Haris
  • Wani Kayrie
  • Aisha Retno
  • Akim Ahmad

jadual siaran abpbh 2025

Siaran Langsung ABPBH 2025 TV3

Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-37 yang diadakan pada hari Jumaat 12 Disember 2025 bermula jam 9 malam di Hotel Premiera Kuala Lumpur selaku lokasi rasmi turut disiarkan secara siaran langsung di TV3. Manakala acara karpet merah ABPBH pula boleh di tonton secara live streaming menerusi TikTok MBuzz pada jam 8 malam.

Perincian Anugerah Bintang Popular BH 37

Peminat hiburan tanah air turut boleh menonton malam kemuncak penyampaian Anugerah Bintang Popular BH ke-37 dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Tonton.

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-37
  • Tarikh: 12 Disember 2025 (Jumaat).
  • Venue: Hotel Premiera Kuala Lumpur.
  • Masa: 9 Malam.
  • Siaran Langsung: TV3.
  • Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi Tonton (Anugerah) dan TikTok MBuzz (Karpet Merah).

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."