Piala Malaysia 2025-2026 bakal kembali memperlihatkan pasukan-pasukan layak bertanding termasuk gabungan dari saingan Liga Super dan Liga A1 Semi-Pro yang akan mempersembahkan persaingan kompetitif.
Persaingan Piala Malaysia 2025-26
Pada edisi kali ini, tiga pasukan dari Liga A1 Semi-Pro layak bersaing bersama 13 kelab dari Liga Super untuk merebut kejuaraan berprestij dalam kancah bola sepak tanah air. Penyertaan ini memberikan peluang kepada pasukan dari liga yang lebih bawah untuk turut sama bersaing di kejohanan utama sekali gus bakal menambah kejutan dalam setiap perlawanan.
Kehadiran pasukan ini juga dilihat mampu memberi nafas baharu kepada saingan Piala Malaysia 2025/26 selain dapat membuktikan bahawa pasukan dari liga bawah juga mampu memberi cabaran dan mencipta kejutan.

Format Perlawanan
Saingan Piala Malaysia musim 2025/26 terus menggunakan format perlawanan kalah mati. Semua perlawanan peringkat kalah mati termasuk pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan.
Peraturan sedia ada yang diperkenalkan oleh Malaysia Football League (MFL) sejak edisi sebelumnya turut memberi nafas baru kepada kejohanan ini. Sistem peraturan gol tempat lawan di peringkat kalah mati termasuk pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir tidak lagi digunakan.
Sebaliknya, jika berlaku keputusan seri secara agregat selepas masa biasa, masa tambahan akan dimainkan untuk menentukan pemenang. Jika keputusan masih seri selepas masa tambahan, perlawanan akan diteruskan ke peringkat penentuan melalui penalti.

Pasukan Pilihan Piala Malaysia 2025-2026
Dari segi pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku juara bertahan tetap menjadi tumpuan utama peminat dan pemerhati bola sepak tempatan. Kehebatan skuad Harimau Selatan ini terbukti melalui pencapaian cemerlang mereka.
JDT salah satu pasukan pilihan hanya menanti undian lawan mereka. Selain JDT, pasukan lain yang turut menanti lawan masing-masing adalah Kuching City, Selangor, Kuala Lumpur City, Terengganu, Negeri Sembilan, Brunei DPMM dan Sabah.
Sementara itu, pasukan Imigresen FC, Kelantan The Real Warriors, Penang, Melaka, PDRM, Perak FA, UM-Damansara United dan Kelantan Red Warriors FC menjadi penentu lawan kepada pasukan pilihan (Seeded).

Tarikh Penting Saingan Piala Malaysia Musim 2025-26
Saingan Piala Malaysia musim ini bakal bermula dengan undian rasmi yang dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat 2 Januari 2026. Perlawanan pusingan 16 akan berlangsung awal bulan Januari, diikuti peringkat suku akhir, separuh akhir dan aksi kemuncak iaitu perlawanan akhir dijadualkan sekitar bulan Mei 2026.
- Perlawanan Pusingan 16: Januari 2026
- Perlawanan Suku Akhir:
- Perlawanan Separuh Akhir:
- Perlawanan Akhir: Mei 2026

Siaran Langsung Majlis Undian Piala Malaysia 2025-2026
Majlis undian Piala Malaysia edisi ke-99 akan dilangsungkan pada hari Jumaat, 2 Januari 2026 bermula jam 8:30 malam. Majlis pengundian bagi menentukan setiap lawan masing-masing turut disiarkan secara siaran langsung dan live streaming di Astro Arena, Arena Bola, Youtube Astro Arena dan juga aplikasi AstroGo serta laman web penstriman rasmi Sooka.
Format Pengundian Pasukan
- Pasukan Seeded: Diisi oleh lapan pasukan teratas Liga Super.
- Penentu Lawan: Mengandungi lima pasukan yang berada di kedudukan terbawah Liga Super, termasuk tiga pasukan yang layak dari Liga A1 Semi-Pro.
| Pasukan Seeded | Pasukan Penentu |
|---|---|
| Johor Darul Ta’zim | Imigresen FC |
| Kuching City FC | Kelantan The Real Warriors |
| Selangor FC | Melaka FC |
| Kuala Lumpur City FC | Penang FC |
| Terengganu FC | PDRM FC |
| Negeri Sembilan FC | Perak FA |
| Brunei DPMM FC | UM-Damansara |
| Sabah FC | Kelantan Red Warriors FC |
Keputusan Undian Lawan Piala Malaysia 2025-26
Berikut adalah keputusan undian setiap pasukan bagi lawan masing-masing di peringkat kalah mati bermula dengan pusingan 16 pasukan.




