Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) yang dikeluarkan oleh pihak pengendali lebuh raya itu bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan teruk.
Jadual Waktu Perjalanan Lebuhraya Plus
TTA memainkan peranan penting membantu mengagihkan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas di musim perayaan dan waktu-waktu puncak.
TTA terbukti berkesan apabila membantu pengguna menikmati perjalanan selesa dan lancar untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota serta mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
Apabila setiap pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mematuhi jadual perjalanan ini, ia sekali gus dapat mengelakkan kenderaan menuju pelbagai destinasi di utara dan selatan daripada bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama.

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Tahun Baru Cina 2026
Diskaun tol 50% sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dilaksanakan bermula dari 14 Februari 2026 jam 12.01 pagi sehingga 15 Februari 2026 jam 11.59 malam.
Ia memberi peluang kepada pengguna jalan raya Kelas 1 menikmati potongan harga sekali gus mengurangkan beban kewangan yang seringkali membelenggu rakyat ketika musim perayaan. Inisiatif ini sejajar dengan usaha kerajaan memastikan perjalanan rakyat berjalan lebih lancar, selamat dan berpatutan terutama sekali semasa musim perayaan.
Aplikasi MyPLUS – TTA Tahun Baharu Cina
Satu ciri baharu telah diperkenalkan iaitu MyPLUS-TTA yang boleh digunakan oleh para pengguna lebuhraya merancang perjalanan semasa musim perayaan. Ciri ini menggunakan data dan analisis dikumpulkan oleh PLUS pada musim perayaan lalu dan memberikan cadangan waktu perjalanan yang sesuai kepada pengguna lebuhraya sepanjang musim perayaan berlangsung.
Oleh itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi PLUS bagi mengikuti cadangan waktu perjalanan disediakan oleh pihak PLUS pada musim perayaan kali ini.

Penerangan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS
- Orang ramai dari Lembah Klang menuju ke destinasi yang jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 9 pagi.
- Manakala orang ramai dari Lembah Klang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
- Pengguna lebuhraya yang ingin pulang ke Kuala Lumpur pula dinasihatkan agar memasuki lebuhraya sebelum jam 9 pagi bagi memastikan aliran trafik secara berperingkat bergerak daripada semua kawasan ke Lembah Klang.
- Apabila mematuhi TTA, pergerakan trafik di lebuhraya menjadi lebih lancar disebabkan oleh pengagihan trafik yang dapat mengelakkan pertembungan trafik di satu-satu lokasi kritikal.
- Analisa dilakukan pihak PLUS menunjukkan pengguna yang memulakan perjalanan lebih lewat berbanding disarankan oleh TTA bakal mengalami pertambahan tempoh perjalanan antara 30 hingga 80 peratus lebih lambat.
Tips Umum Keselamatan Pengguna Lebuh Raya
- Rancang perjalanan berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).
- Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
- Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan.
- Berhenti rehat di R&R atau Hentian Sebelah sekiranya anda berasa mengantuk.
- Pastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n’ Go anda mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda.
- Pengguna RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-Wallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.
- Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh polis atau pihak yang terbabit.
- Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat.
- Pakai tali keledar.
- Patuhi had laju yang ditetapkan.
- Hormati had anda dan had kemampuan kenderaan anda.
- Pandu dengan berhemah pada setiap masa.
Maklumat Lanjut
PLUS akan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan di lebuhraya buat sementara waktu selain menyediakan kren dan trak tunda di kawasan yang strategik sepanjang lebuhraya.
Pihak PLUS juga berusaha menjaga keselamatan para pengguna terutama pada waktu puncak dengan mempertingkat kolaborasi dengan pihak berkuasa (Polis DiRaja Malaysia, pasukan bomba dan penyelamat, ambulans, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan RELA) selain menambahkan jumlah kakitangan PLUS untuk bersiap siaga menghulurkan bantuan kecemasan sepanjang musim perayaan tersebut.
Tandas awam dan tangki air bergerak juga disediakan dalam jumlah yang lebih banyak di lokasi-lokasi di lebuhraya di samping menyediakan 70 kiosk tambah nilai layan diri (mesin SSK) untuk menampung bilangan trafik yang meningkat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan maklumat trafik terkini, sila rujuk kepada butiran di bawah:
- PLUSLine : 1800 88 0000
- Twitter @plustrafik


