Tahun Baru Cina atau lebih dikenali sebagai Chinese New Year (CNY) merupakan salah satu perayaan terpenting bagi masyarakat berbangsa Cina. Setiap tahun, perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan sambil merayakan permulaan baru dalam kalendar qamari Cina.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Di Malaysia
Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia sering kali meriah mengikut tradisi yang diwarisi turun-temurun. Antara tradisi paling terkenal adalah pemberian angpau iaitu sampul merah yang mengandungi wang. Selain itu, rumah akan dihias dengan pelbagai hiasan berwarna merah bagi melambangkan keberuntungan dan kebahagiaan. Makanan tradisional juga menjadi hidangan utama pada perayaan ini, masing-masing mempunyai maksud tersendiri yang berkaitan harapan tahun baru.
Bagi masyarakat Cina, Tahun Baru merupakan detik merenung dan merancang masa depan. Dalam tradisi Cina, kosong-kosong menjadi istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan permulaan baru. Ia adalah saat di mana segala kesilapan dan kesulitan tahun sebelumnya diselesaikan sambil memberi laluan kepada harapan dan peluang baru.
Kalendar Qamari Cina Dan Kitaran 12 Tahun
Kalendar qamari Cina terdiri daripada 12 tahun, di mana setiap tahun diwakili oleh haiwan tertentu. Haiwan-haiwan ini tidak hanya melambangkan tahun tetapi juga membawa sifat dan karakter yang berbeza. Tahun 2026 merupakan Tahun Kuda, dikaitkan dengan tahun yang mencabar. Masyarakat percaya bahawa tahun ini akan membawa perubahan positif, namun juga memerlukan usaha dan ketekunan bagi mencapai kejayaan.
Ucapan Chinese New Year 2026
Tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengucapkan selamat kepada rakan-rakan dan keluarga berbangsa cina di Malaysia. Ucapan Tahun Baru Cina ini dapat menyemarakkan lagi suasana perayaan terutamanya rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Berikut adalah beberapa ucapan ringkas tetapi menarik yang boleh digunapakai.
- Selamat Tahun Baru Cina 2026. Semoga Tahun Kuda membawa kejayaan.
- Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun ini dipenuhi dengan kebahagiaan kepada anda dan keluarga.
- Selamat Tahun Baru Cina. Mari kita sambut tahun Kuda dengan semangat baru.
- Semoga setiap langkah anda di tahun Kuda ini membawa kejayaan dan kebahagiaan. Selamat Tahun Baru Cina.
- Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang dan kejayaan dalam setiap usaha anda.
- Apabila teks WhatsApp ini kamu terima, aku harap di tahun baru ini ia akan membawa kebahagiaan dan kejayaan buatmu. Gong Xi Fa Cai.
- Hei..lihat ada bintang jatuh! cepat buat hajat. Kalau aku minta supaya di tahun baru ini yang baca mesej ku ini akan menjadi sahabat ku selamanya. Gong xi Fa Cai.
- Mulakan hari di tahun baru dengan membuka lembaran baru. Gong Xi Fa Cai.
- Gong Xi Fa Cai. Semoga tahun baru ini, persahabatan kita akan menjadi lebih baik meskipun kita berbeza agama, budaya dan bangsa tapi kita tetap sehati sejiwa.
- Di tahun baru ini aku percaya akan catatan kecil yang selalu mengingatkan untuk selalu tersenyum, Bahagia, bermain dan merayakan pesta bersamamu. Gong Xi Fa Cai.
- Ketika jam sudah menunjukkan jam 12.01 pagi ia bererti kita harus siap sedia menghadapi tahun baru. Semoga kebahagiaan dan kekayaan bersamamu. Gong Xi Fa Cai.
- Raihlah bintang di malam tahun baru ini, semoga apa yang menjadi keinginanmu akan tercapai. Gong xi fa cai.
- Mengharapkan tahun barumu dimulakan dengan senyuman dan hati yang bersih. Semoga berbahagia selalu. Gong xi fa cai
| Bahasa Mandarin / Dialek Cina | Bahasa Melayu |
|---|---|
| Xin Nian Kuai Le (新年快乐) | Selamat Tahun Baharu Cina |
| Shen Ti Jian Kang (身体健康) | Semoga sentiasa sihat tubuh badan |
| Da Ji Da Li (大吉大利) | Semoga mendapat keberuntungan dan rezeki yang besar |
| Bu Bu Gao Sheng (步步高升) | Semoga semakin maju dan naik pangkat setapak demi setapak |
| Sheng Yi Xing Long (生意兴隆) | Semoga perniagaan bertambah maju dan makmur |
| Wan Shi Ru Yi (万事如意) | Semoga segala urusan berjalan lancar seperti yang diinginkan |
| Gong Xi Fa Cai (恭喜发财) | Tahniah, semoga bertambah kaya dan murah rezeki |
| Nian Nian You Yu (年年有余) | Semoga ada lebihan rezeki dan kemakmuran setiap tahun |
| Kiong Hi Fat Coi, Ang Pau Na Lai (Dialek Hokkien – ayat bergurau) | Selamat Tahun Baharu, angpau jangan lupa diberikan |


