Tarikh Buka Sekolah 2026 Selepas Cuti Akhir Persekolahan

Cuti akhir persekolahan adalah saat dinanti-nantikan oleh setiap murid-murid ataupun pelajar. Ia adalah waktu untuk berehat, bersantai dan menikmati pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, selepas cuti panjang ini, tibalah masa untuk kembali ke rutin harian yang penuh dengan pembelajaran dan ilmu pengetahuan.

Tarikh Naik Sekolah 2026

Tarikh rasmi pembukaan sekolah berdasarkan kalendar akademik sesi 2026 adalah penting bagi semua pelajar untuk bersiap sedia menghadapi cabaran baru dalam sesi persekolahan baharu. Kembalinya ke sekolah tidak hanya pengulangan rutin tetapi juga peluang untuk menuntut ilmu dan mencapai kejayaan.

Mari kita sambut tahun 2026 dengan semangat dan azam baharu untuk terus belajar. Selamat kembali ke sekolah.

Maklumat Tarikh Pembukaan Sekolah 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan menerbitkan takwim atau Kalendar Akademik Sesi 2026. Ini termasuklah tarikh kemasukan pelajar ke sekolah bagi tahun baharu serta tarikh akhir persekolahan bagi tahun tersebut. Kami sentiasa mengemas kini maklumat dari sumber rasmi untuk mendapatkan tarikh yang tepat dan terkini.

Sekolah Kumpulan A

Kedah, Kelantan, dan Terengganu

  • Tarikh Buka Sekolah: 11 Januari 2026 (Ahad)

Sekolah Kumpulan B

Melaka, Johor,  Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

  • Tarikh Buka Sekolah: 12 Januari 2025 (Isnin)

Maklumat lengkap, sila rujuk: Kalendar Akademik Sesi 2026 Dan Cuti Penggal Persekolahan

Kembali Ke Sekolah Dengan Semangat Baharu

Kembalinya pelajar ke sekolah bukan sahaja menandakan permulaan sesi persekolahan yang baru, tetapi juga peluang untuk memulakan lembaran baharu dalam pembelajaran. Selama cuti, para pelajar mungkin telah mengisi masa mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan kini adalah masa untuk menerapkan semula fokus kepada pendidikan.

Pelbagai silibus yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang interaktif, sesi persekolahan 2026 diharapkan dapat memberikan lebih pengetahuan kepada setiap pelajar.

Persiapan Awal Persekolahan

Sebagai pelajar dan ibu bapa, persiapan awal adalah penting untuk memastikan sesi persekolahan berjalan lancar. Berikut adalah beberapa tips untuk membuat persiapan sebelum kembali ke sekolah:

  • Semak Senarai Keperluan
    Pastikan semua keperluan sekolah seperti buku teks, alat tulis dan uniform telah disediakan.
  • Rancang Jadual Pembelajaran
    Luangkan masa untuk merancang jadual harian agar dapat mengimbangi waktu belajar dan waktu berseronok.
  • Sediakan Mental dan Fizikal
    Ambil masa untuk menyesuaikan diri semula dengan rutin harian. Tidur yang cukup dan pemakanan yang baik adalah penting untuk memastikan minda dan badan bersedia untuk belajar.
  • Berhubung dengan Rakan-Rakan
    Kembali ke sekolah juga bermakna bertemu rakan-rakan. Ambil peluang ini untuk berbincang dan berkongsi pengalaman semasa cuti.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."