Dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan sistem kesihatan negara, kerajaan Malaysia sentiasa memberi perhatian serius terhadap golongan B40 dan golongan yang memerlukan bantuan khasnya dari segi keperluan asas, termasuklah aspek kesihatan. Keprihatinan ini tercermin melalui pelbagai inisiatif dan program yang dirancang khusus untuk memastikan setiap rakyat, tidak kira latar belakang ekonomi, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik. Salah satu langkah terkini yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperjuangkan hak kesihatan golongan B40 ialah pengenalan Skim Perubatan Madani.
Inisiatif Skim Perubatan MADANI
Kesihatan adalah nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Ia menjadi asas utama dalam menentukan kualiti hidup seseorang. Tanpa tubuh badan yang sihat, seseorang tidak mampu menjalankan tugas harian, menyara keluarga, apatah lagi menyumbang kepada pembangunan negara. Justeru itu, akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik adalah keperluan utama yang perlu dipenuhi oleh setiap kerajaan di dunia, termasuk Malaysia.
Berdasarkan data daripada Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019, sebanyak 2.91 juta isi rumah di Malaysia tergolong dalam golongan B40. Angka ini menunjukkan bahawa golongan berpendapatan rendah ini adalah sebahagian besar daripada masyarakat Malaysia yang memerlukan perhatian dan bantuan dari segi keperluan asas, termasuklah kesihatan. Kerajaan sedar bahawa memastikan golongan B40 mendapat rawatan yang sewajarnya adalah satu tanggungjawab moral dan sosial demi memastikan mereka tidak terpinggir dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
Pelbagai Inisiatif Kerajaan Untuk Golongan B40
Sejak dahulu lagi, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan B40. Antara program yang terkenal ialah Sumbangan Tunai Rahmah yang berfungsi sebagai bantuan kewangan langsung bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Selain itu, program-program lain dan pelbagai inisiatif pendidikan dan latihan turut dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup golongan ini.
Dari sudut kesihatan awam pula, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan bersubsidi di Klinik Kesihatan Awam. Rakyat yang sakit biasanya akan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan berhampiran rumah mereka dengan bayaran serendah RM1 bagi setiap lawatan. Sistem ini sangat membantu golongan berpendapatan rendah kerana mereka tidak perlu bimbang mengenai kos rawatan yang tinggi di klinik swasta. Walau bagaimanapun, situasi ini turut menyebabkan kesesakan di klinik-klinik kerajaan, kerana ramai rakyat yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta memilih untuk menggunakan kemudahan awam.
Mengukuhkan Komitmen Melalui Skim Perubatan Madani
Melihat kepada cabaran dan keperluan semasa, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia memperkenalkan satu inisiatif baru yang dinamakan Skim Perubatan Madani. Skim ini adalah satu program rintis yang bertujuan untuk menawarkan rawatan perubatan percuma khas kepada golongan B40. Dengan adanya skim ini, diharapkan golongan yang benar-benar memerlukan dapat menikmati perkhidmatan kesihatan tanpa perlu risau tentang kos rawatan yang tinggi.
Skim Perubatan Madani bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan golongan B40, malah turut meningkatkan tahap kesihatan mereka secara menyeluruh. Ia diharap dapat mengurangkan kadar sakit yang tidak dirawat, mempercepatkan proses rawatan dan mengurangkan beban sistem kesihatan awam yang sering kali menghadapi kesesakan. Lebih dari itu, skim ini juga menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar komited dalam memastikan hak kesihatan rakyat diutamakan dan dilindungi.
Skim Perubatan MADANI: Impak Positif dan Harapan Masa Depan
Penggunaan skim ini diharapkan dapat memberi impak yang signifikan terhadap kesihatan awam negara. Dengan akses kepada rawatan percuma, golongan B40 berpeluang mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik, yang secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan keluarga mereka. Selain itu, program ini juga mampu memperkukuhkan sistem kesihatan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka.
Dalam jangka panjang, keberkesanan Skim Perubatan Madani mampu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan membentuk masyarakat yang lebih sihat, produktif dan sejahtera. Ia juga merupakan manifestasi nyata bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk memastikan setiap warga negara mendapat hak ke atas kesihatan yang adil dan saksama.
Info Dan Panduan Skim Perubatan MADANI 2025
Kerajaan Malaysia sentiasa menyanjung tinggi prinsip keadilan sosial dan memastikan golongan B40 tidak terpinggir dalam aspek keperluan asas termasuklah kesihatan. Melalui pelbagai inisiatif, kerajaan menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira latar belakang ekonomi. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan setiap rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang memerlukan, dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, bermakna dan berdaya saing. Semoga usaha ini terus diperkasakan dan menjadi tonggak kejayaan dalam membangun Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing di masa hadapan.
Apa Itu Skim Perubatan Madani?
Skim yang diperkenalkan ini adalah sebuah program rintis yang diperkenalkan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini menawarkan inisiatif rawatan secara percuma bagi golongan B40 berkelayakan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah di klinik perubatan swasta (GP) yang bedaftar di bawah skim ini. Rawatan tersebut adalah bagi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
Senarai Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut
Bagi rawatan percuma yang ditawarkan dalam skim ini iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut adalah merangkumi:
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepada
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk pula adalah:
- Imunisasi Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
- Perancangan Keluarga Rutin
- Perkhidmatan Rehabilitasi
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Syarat Kelayakan
Lebih kurang 700,000 isi rumah yang akan mendapat manfaat daripada skim ini. Kelayakan bagi penerima Skim ini adalah seperti berikut:
Siapa yang layak?
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
- Berkeluarga : Senarai Isi rumah yang berdaftar dengan LHDNM
- Warga Emas (tanpa pasangan) : Berumur 60 tahun ke atas
- Bujang : Berumur antara 21 – 59 tahun (OKU berumur antara 19 – 59 tahun)
Permohonan Kelayakan
- Kelayakan adalah secara Automatik
- Bagi mereka yang layak wajib untuk membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan / kerajaan negeri / agensi perubatan lain
Cara Semak Kelayakan & Mendapatkan Rawatan
Untuk menyemak kelayakan penerimaan dan mendapatkan rawatan menggunakan skim ini, ikuti langkah berikut:
Langkah 1 : Semak Kelayakan Online
Semak kelayakan di laman sesawang seperti pautan berikut:
Langkah 2 : Hadir Ke Klinik
Hadir ke salah satu klinik perubatan swasta GP yang berdaftar dengan Skim ini (boleh dikenalpasti melalui pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan. Boleh cari klinik berhampiran melalui pautan berikut:
Lokasi Skim
Untuk fasa rintis Skim ini, ianya akan dilaksanakan di daerah:
- Johor Bahru (Johor)
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor)
- Kinta (Perak)
- Timur Laut (Pulau Pinang)
- Kuching (Sarawak)
- Kota Kinabalu (Sabah)
Untuk fasa 2 mulai minggu ke-2 dan minggu ke-4 Ogos 2023:
- Kota Setar, Kedah
- Kuala Muda, Kedah
- Kuala Terengganu
- Kuala Nerus, Terengganu
- Perlis
- Kota Bharu, Kelantan
- Pasir Mas, Kelantan
- Kuantan, Pahang
- Melaka Tengah
- Seremban, Negeri Sembilan
- Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Langkah 3 : Terima Rawatan
Sekiranya layak, dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
Langkah 4 : Baki Manfaat
Setelah selesai mendapatkan rawatan, had manfaat Skim ini akan ditolak dan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang
Manfaat Rawatan Skim
Manfaat rawatan bagi Skim yang bermula 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023 adalah seperti berikut:
- RM 250 : Isi Rumah Berkeluarga
- RM 125 : Warga Emas (tanpa pasangan)
- RM 75 : Bujang
Video Penjelasan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang soalan mengenai Skim Perubatan MADANI, sila rujuk perincian yang disertakan di bawah: