Semakan Budi Madani RON95 Kelayakan Beli Petrol Subsidi

Semakan Budi Madani RON95 Kelayakan Beli Petrol Subsidi. Perincian cara semak kelayakan BUDI95 melalui portal rasmi Budi MADANI https://www.budimadani.gov.my.

Rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega dengan pelaksanaan program Budi MADANI RON95 (BUDI95). Program BUDI95 merupakan satu inisiatif penting dalam usaha kerajaan untuk menstruktur semula pemberian subsidi petrol RON95 dengan lebih telus, adil dan berkesan.

Berpandukan mekanisme mudah seperti semakan kelayakan menggunakan MyKad, kemudahan pembayaran di pam minyak melalui beberapa pilihan pembayaran serta paparan nilai subsidi dan jumlah dibayar, pengguna kini mempunyai kawalan terhadap perbelanjaan petrol bulanan mereka. Had maksimum 300 liter sebulan membolehkan pembahagian subsidi lebih adil kepada semua pengguna yang layak.

semakan ron95

BUDI95 Subsidi Petrol RON95

BUDI95 adalah inisiatif kerajaan untuk menguruskan subsidi petrol RON95 secara lebih efisien. Melalui sistem ini, pengguna boleh menyemak kelayakan mereka sebelum dan semasa pengisian petrol seterusnya membayar selebihnya pada harga subsidi ditetapkan RM1.99 seliter. Tujuan utama program ini ialah memastikan subsidi petrol disalurkan kepada pengguna yang benar-benar layak, mengurangkan pembaziran dan mengekalkan kestabilan harga bagi pengguna biasa tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan di stesen minyak.

portal rasmi budi95

Cara Semak Kelayakan Di Portal Rasmi Budi MADANI

Langkah Utama Semakan

  1. Layari portal rasmi pada tarikh mula atau selepas itu.
  2. Klik butang pautan BUDI95 Individu untuk semakan kelayakan program BUDI95.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda untuk proses pengesahan kelayakan.
  4. Sistem akan memaparkan status kelayakan anda sama ada layak atau tidak layak untuk mendapatkan manfaat BUDI95 .

Nota penting Semakan

  • Semakan kelayakan memerlukan kad pengenalan anda untuk pengesahan identiti. Pastikan nombor MyKad dimasukkan adalah tepat.

subsidi ron95 budi95

Kongsi Artikel