Program Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 bertujuan memberi manfaat secara langsung kepada isi rumah memerlukan. Program ini menunjukkan komitmen kerajaan mengurangkan beban kos sara hidup selain mencerminkan keprihatinan terhadap golongan paling terpinggir dalam masyarakat.
Program Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2026
Program Rebat Bil Elektrik RM40 diumumkan oleh kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018. Ia menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang berakhir pada Disember tahun yang sama.
Melalui pengumuman tersebut, kerajaan memastikan bantuan ini diteruskan dan diperluaskan terutamanya kepada kategori miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.
Program Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 adalah satu inisiatif terbaik membantu rakyat berpendapatan rendah. Ia menjadi satu bentuk sokongan praktikal yang membantu meringankan beban kewangan mereka.

Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik
Program ini menyasarkan Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar dan berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Pendapatan bagi kategori miskin tegar diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Secara umumnya, pendapatan purata bulanan nasional untuk miskin tegar ialah RM1,198 dan individu memenuhi syarat ini layak menerima rebat bulanan sehingga RM40.
Untuk menjadi penerima manfaat, individu atau keluarga perlu memenuhi dua syarat utama:
- Berstatus miskin tegar
- Berdaftar dalam sistem e-Kasih
Proses pendaftaran boleh dilakukan melalui pejabat Pejabat Pembangunan Persekutuan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, atau melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di peringkat negeri dan daerah.
Data dalam sistem e-Kasih dikumpulkan melalui kaji selidik dan didaftarkan bagi memastikan hanya golongan benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini.

Cara Penyaluran Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40
Rebat RM40 yang diberikan adalah maksimum bulanan dan digunakan secara automatik dalam bil elektrik KIR berdaftar. Sekiranya bil elektrik kurang daripada RM40, jumlah tersebut akan dikira sehingga jumlah bil tersebut manakala jika bil melebihi RM40, penerima perlu menanggung baki kos tersebut.
Program ini merangkumi semua caj termasuk penalti lewat bayar, memberi kemudahan dan kelegaan kepada penerima tanpa perlu risau akan caj tersembunyi.
Bagi KIR yang tidak mempunyai akaun TNB atau menyewa rumah, mereka boleh memohon bantuan melalui borang permohonan di Kedai Tenaga terdekat dan kemaskini maklumat akaun elektrik mereka secara berkala melalui kaedah disediakan.

Permohonan Dan Kelayakan Bantuan Bil Elektrik RM40
Pengguna juga boleh menyemak kelayakan dan status permohonan bantuan secara dalam talian di portal rasmi Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) atau mendapatkan maklumat secara fizikal di pejabat utility berhampiran. Untuk membuat semakan status kelayakan permohonan sila layari pautan berikut:
- Pautan Aplikasi Semakan
https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php
Menerusi Laman web sistem aplikasi tersebut pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut perkara-perkara yang berkaitan antaranya:
- Pengenalan Program Rebat Bil Elektrik RM40
- Grafik Info
- Soalan Lazim & Jawapan
- Muat Turun Borang Permohonan Kemaskini Maklumat Akaun Bil Elektrik
Maklumat Lanjut
Untuk memudahkan rakyat mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan program ini beberapa saluran disediakan iaitu:
- Hotline MyGCC di 03-8000 8000
- TNB Careline di 1-300-88-5454 atau email kepada tnbcareline@tnb.com.my
- Kedai Tenaga TNB terdekat untuk konsultasi langsung dan maklumat terkini.


