Dalam usaha memperkasakan pendidikan agama Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam Tahfiz ambilan tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Permohonan ini memberi peluang kepada pelajar Lepasan Tingkatan Lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 yang mempunyai minat mendalam dalam pengajian al-Quran dan ingin mendalami ilmu-ilmu keislaman secara komprehensif, sekaligus melahirkan generasi muda yang tidak hanya mahir dalam hafazan tetapi juga berakhlak mulia dan berilmu tinggi.
Tingkatan 6 Tahfiz
Tingkatan 6 Tahfiz merupakan satu langkah inovatif yang menggabungkan aspek hafazan al-Quran dengan penguasaan ilmu-ilmu berkaitan secara menyeluruh. Ia menawarkan peluang kepada pelajar untuk memperkukuh hafazan 30 juzuk al-Quran, sekaligus mendalami ilmu-ilmu berkaitan qiraat, tajwid, maharatul Quran dan ilmu-ilmu ilmiah lain yang menyokong kefahaman mendalam terhadap kandungan kitab suci. Melalui pelaksanaan yang berstruktur selama tiga semester, pelajar akan didedahkan kepada pendekatan pengajian yang holistik, membina kefahaman yang mendalam dan penghayatan yang tinggi terhadap al-Quran.
Bagi pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat Permohonan ke Tingkatan Enam Tahfiz Tahun 2025 yang merupakan langkah strategik ke arah membina generasi muda yang tidak hanya cemerlang akademik tetapi juga berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap agama dan negara.
Pastikan anda membuat permohonan selain bersedia dengan dokumen yang diperlukan serta tunjukkan komitmen sepenuh hati untuk menjejakkan kaki ke alam Tingkatan Enam Tahfiz. Semoga usaha ini diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Panduan Permohonan Tingkatan Enam Tahfiz 2025 Di SMKA Dan SABK
Permohonan ke Tingkatan Enam Tahfiz ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2024 yang memenuhi syarat kelayakan akademik dan sahih dari segi akhlak dan disiplin. Pelajar yang telah menamatkan tingkatan rendah atau setara dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran agama dan pendidikan umum adalah digalakkan untuk memohon. Semakan calon berjaya akan diumumkan selepas proses temu duga yang dilakukan secara telus dan adil bagi memastikan calon yang terpilih benar-benar berpotensi dan berbakti kepada agama serta masyarakat.
Cara Buat Permohonan
Permohonan Ke Tingkatan Enam Tahfiz Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Ambilan Tahun 2025 boleh dibuat melalui Sistem Aplikasi Dalam Talian (Online) Tingkatan Enam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah panduan dan langkah-langkah permohonan:
- Tarikh Permohonan Di Buka: Menanti Pengumuman.
- Tarikh Permohonan Di Tutup: Menanti Pengumuman.
- Pautan (Link) Sistem Permohonan: https://sst6.moe.gov.my
Semakan Keputusan dan Pengumuman Calon Berjaya
Semakan keputusan permohonan ke Tingkatan Enam Tahfiz bagi tahun 2025 boleh dibuat secara online melalui Sistem Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam yang sama. Calon yang berjaya akan menerima maklumat lengkap mengenai tarikh dan lokasi sesi temu duga serta makluman lain berkaitan proses pendaftaran. Keputusan ini diharap dapat memberi semangat baru kepada pelajar dan ibu bapa dalam merealisasikan impian melahirkan generasi hafiz yang berkualiti tinggi.
Kurikulum dan Kandungan Pengajian
Pelaksanaan Tingkatan Enam Tahfiz ini akan menggabungkan pelbagai aspek pengajian seperti hafazan al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial serta pengamalan ilmu qiraat melalui pendekatan amali dan teori. Kurikulum yang diperkenalkan menumpukan kepada:
- Pemantapan Hafazan 30 juzuk al-Quran secara berterusan dan terancang,
- Maharat Ulum al-Quran termasuk tajwid, qiraat, dan ilmu-ilmu berkaitan,
- Asas Maharat Qiraat Ilmi dan Amali Bacaan Imam Qiraat ‘Asyarah
- Maharat al-Rasm, Dhabt al-Quran dan Fawasil bagi memastikan penguasaan bacaan dan tulisan yang tepat dan berkualiti.
Pengajian ini dirancang untuk melahirkan pelajar yang tidak hanya hafiz tetapi juga mahir dalam aspek teknikal dan ilmiah berkaitan al-Quran seterusnya mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Matlamat Jangka Panjang
Tingkatan Enam Tahfiz ini tidak sekadar bertujuan melahirkan hafiz yang hebat hafazannya tetapi juga individu yang berakhlak mulia, berilmu tinggi dan mampu menjadi ikon dalam memartabatkan al-Quran di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.