Bantuan Lesen Motosikal Percuma 2026: MyLesen B2 Perlis

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Program MyLesen B2 Tahun 2026 peringkat negeri Perlis. Program ini membantu golongan B40 dan tanggungannya mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma khususnya bagi mereka yang berhasrat menunggang motosikal di bawah 250cc.

Program MyLesen B2 Motosikal Tahun 2026

Selain daripada manfaat langsung kepada individu mendapatkan lesen motosikal secara percuma, program ini juga bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya. Apabila memiliki lesen yang sah, penunggang motosikal lebih bertanggungjawab sekali gus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang sering melibatkan penunggang motosikal tanpa lesen atau tidak mahir.

JPJ Negeri Perlis menegaskan bahawa kuota permohonan adalah terhad kepada 1500 orang sahaja. Oleh itu, adalah amat penting kepada warga Perlis yang berminat dan menepati syarat kelayakan untuk segera membuat permohonan. Mereka yang terpilih akan menerima latihan penuh secara percuma termasuk kos ujian memandu sehinggalah memperoleh lesen motosikal yang sah.

mylesen b2 perlis 2026

Syarat Kelayakan Program MyLesen B2 Perlis 2026

Program ini terbuka kepada semua warga Perlis yang memenuhi syarat tertentu, antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun ke atas.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungannya (dikenal pasti melalui STR).
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  • Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.
  • Keutamaan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar IPT.

Syarat kelayakan lengkap boleh dirujuk melalui borang permohonan yang disediakan. Pastikan anda membawa dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, bukti keahlian kadet JPJ (jika ada), salinan bukti bantuan B40 dan salinan kad pengenalan waris atau ahli keluarga semasa pendaftaran.

Cara Permohonan Dan Tempat Pendaftaran

Pendaftaran program ini akan dibuka selama dua hari sahaja, bermula dari 31 Januari 2026 hingga 1 Februari 2026. Sesi pendaftaran akan berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 4 petang bertempat di Dewan Besar JPJ Perlis. Semua warga Perlis yang memenuhi syarat kelayakan boleh merebut peluang mendapatkan lesen motosikal percuma dan lengkap dari segi latihan teori, praktikal dan ujian memandu.

Muat Turun: Borang Permohonan Program MyLesen B2 Perlis 2026

Untuk membuat permohonan dan menyemak syarat kelayakan, anda boleh melayari laman web rasmi JPJ Perlis, atau menghubungi talian hotline dan email yang disediakan.

  • Tarikh Pendaftaran: 31 Januari dan 1 Februari 2026
  • Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Lokasi: Dewan Besar JPJ Perlis
  • Bawa dokumen sokongan lengkap termasuk borang permohonan yang boleh diimbas melalui QR code di poster yang disediakan.

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh diajukan melalui:

  • Emel: p.perlis@jpj.gov.my atau e-Aduan@JPJ (MyJPJ)
  • Telefon: 04-9760097
  • Laman web rasmi JPJ
  • Facebook: JPJ Negeri Perlis

Sumber: Facebook Rasmi JPJ Negeri Perlis

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."