Program MyLesen B2 peringkat JPJ Negeri Sembilan 2026 kini dibuka untuk permohonan. Ia merupakan satu inisiatif berobjektif membantu golongan kurang berkemampuan memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma.
Program MyLesen B2 Motosikal Tahun 2026
Program ini adalah satu langkah proaktif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan setiap rakyat terutamanya dari golongan B40 mempunyai akses kepada lesen memandu motosikal yang sah dan selamat.
Motosikal merupakan kenderaan utama digunakan oleh ramai rakyat Malaysia khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar sebagai pengangkutan harian untuk ke sekolah, tempat kerja, dan urusan harian lain. Program turut meningkatkan tahap keselamatan jalan raya. Penunggang motosikal yang berlesen membantu mengurangkan kadar kemalangan serta memastikan mereka memandu mengikut undang-undang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Program MyLesen B2 Negeri Sembilan 2026
Program MyLesen B2 Negeri Sembilan terbuka kepada semua warga Negeri Sembilan yang memenuhi syarat kelayakan tertentu. Antara syarat utama termasuk:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun ke atas.
- Golongan B40 dan tanggungannya, termasuk penerima STR.
- Sihat fizikal dan mental, bebas dari sebarang kecacatan yang boleh mengganggu pemanduan.
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
- Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.
- Keutamaan diberikan kepada kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Permohonan boleh dibuat di Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sembilan atau di Pejabat JPJ Cawangan berhampiran. Pastikan permohonan dilakukan sebelum tarikh tutup iaitu 7 Februari 2026. Borang permohonan juga boleh didapati di pejabat berkenaan dan perlu diisi lengkap serta diserahkan mengikut arahan yang diberikan.
Program MyLesen B2 ini menawarkan:
- Pembiayaan penuh untuk latihan teori dan praktikal.
- Ujian memandu motosikal bawah 250cc secara percuma.
- Bimbingan oleh tenaga pengajar berpengalaman.
- Peningkatan keyakinan dan kemahiran pemanduan.
- Peluang mendapatkan lesen sah dan mengelakkan risiko memandu tanpa lesen yang sah.
Selain manfaat langsung kepada individu, program ini juga menyumbang kepada usaha kerajaan dalam meningkatkan keselamatan jalan raya dan memupuk budaya memandu secara sah dan bertanggungjawab.
Cara Permohonan Dan Tempat Pengambilan Borang
- Kunjungi Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sembilan atau cawangan berhampiran.
- Ambil borang permohonan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Sertakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, surat pengesahan penerima STR dan dokumen sokongan lain.
- Serahkan borang sebelum tarikh tutup 7 Februari 2026.
Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Sembilan melalui laman web rasmi JPJ atau media sosial mereka seperti Facebook (JPJ Negeri Sembilan), Instagram (jpjjohor) dan TikTok (jpjjohorofficial).


