Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2026: Mylesen B2 Melaka

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka membuka permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2026. Program ini menawarkan bantuan kepada golongan B40 dan tanggungan mereka memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2, khususnya untuk motosikal berkapasiti tidak melebihi 250 cc.

Program MyLesen B2 Motosikal Tahun 2026

Program MyLesen B2 Motosikal bertujuan memberikan peluang kepada warganegara Malaysia dari kalangan B40 dan penerima STR mendapatkan lesen motosikal secara sah dan berdaftar bagi memastikan golongan ini tidak hanya dapat menunggang secara sah tetapi juga meningkatkan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Program ini menawarkan latihan dan ujian lesen B2 (lesen motosikal kelas B2) kepada mereka yang layak termasuk latihan teori dan praktikal yang dijalankan oleh institusi latihan memandu diiktiraf.

mylesen motosikal melaka 2026

Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Melaka 2026

Untuk memohon program ini, calon hendaklah memenuhi beberapa syarat asas sepertimana ditetapkan oleh JPJ Melaka. Antara syarat utama termasuklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Golongan B40 dan tanggungan (penerima STR).
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu.
  • Bebas daripada senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Keutamaan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Cara Permohonan Dan Tempat Pengambilan Borang

Permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan JPJ Negeri Melaka dan cawangan-cawangan terpilih seperti JPJ Jasin, JPJ Masjid Tanah serta Pusat Transformasi Bandar (UTC). Warga Melaka disarankan datang ke bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Negeri Melaka mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bagi mendapatkan dan melengkapkan serta menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 Februari 2026.

Oleh kerana bilangan peserta adalah terhad adalah dinasihatkan agar permohonan dibuat secepat mungkin bagi memastikan tidak terlepas peluang.

Proses Latihan Dan Ujian

Salah satu keistimewaan program ini ialah latihan dan ujian akan ditanggung sepenuhnya. Peserta tidak perlu risau tentang kos latihan, bahan pembelajaran mahupun ujian kerana semuanya akan disediakan dan dibiayai sepenuhnya. Setelah lulus ujian, peserta akan diberikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 yang sah dan diiktiraf.

Maklumat Lanjut

Bagi yang berminat atau memerlukan maklumat lebih terperinci, pihak JPJ Melaka menyediakan saluran komunikasi melalui talian 06-251 4000. Selain itu, maklumat terkini berkenaan program ini dan aktiviti JPJ boleh diikuti melalui platform media sosial rasmi seperti Facebook (Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka), Instagram (@jpjnegerimelaka), dan TikTok (JPJ MELAKA).

Sumber: Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."