Semakan Keputusan STPM 2026 Semester 2 Online Dan SMS

Calon-calon peperiksaan STPM Semester 2 (S2) Tahun 2026 boleh membuat penyemakan keputusan masing-masing bermula pada tarikh yang akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tarikh Keputusan STPM Semester 1 Tahun 2026 Diumumkan

Keputusan peperiksaan STPM Semester 2 Tahun 2026 akan diumumkan pada bulan Oktober 2026. Tarikh tepat dan masa pengumuman dimaklumkan selepas semua proses penilaian, pengesahan markah dan semakan akhir selesai dilaksanakan.

Berdasarkan maklumat tahun-tahun sebelumnya, keputusan biasanya diumumkan pada hari bekerja sekitar jam 10 pagi melalui pelbagai saluran rasmi MPM.

Calon-calon dinasihatkan agar sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada MPM agar tidak terlepas sebarang pengumuman penting. Sebarang perubahan tarikh atau maklumat tambahan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi MPM dan saluran komunikasi rasmi lain.

  • Tarikh: Oktober 2026.
  • Masa: Jam 10 Pagi.

Kaedah Semakan Keputusan

Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui sistem semakan online dan perkhidmatan SMS. Berikut adalah panduan kepada calon-calon yang ingin mengetahui keputusan mereka:

Semakan Secara Online
Kaedah ini amat mudah diakses dan boleh dilakukan di mana sahaja asalkan calon mempunyai capaian internet yang stabil.

  • Layari laman web rasmi MPM di https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTS2
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran dalam ruangan yang disediakan.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul sebelum menekan butang Hantar.
  • Keputusan peperiksaan akan dipaparkan.

Nota Penting: Pada hari pertama sistem dibuka, kemungkinan besar laman web akan mengalami kesesakan trafik yang tinggi. Untuk mengelakkan masalah capaian, disarankan calon melayari laman tersebut pada waktu bukan puncak seperti awal pagi atau lewat malam.

Semakan Melalui SMS
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan melalui perkhidmatan SMS yang disediakan oleh MPM. Berikut adalah panduan penggunaannya:

  • Taip : STPM (jarak) RESULTS2 (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
  • Contoh : STPM RESULTS2 980224136414 Dan Hantar Ke 15888

Pastikan nombor kad pengenalan lengkap dan betul untuk memastikan keputusan dapat diterima tanpa sebarang masalah.

Maklumat Lanjut

Calon-calon dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia. Segala maklumat penting termasuk tarikh pengumuman rasmi, panduan semakan serta sebarang maklumat yang berkaitan.

Selain itu, calon juga boleh mengikuti media sosial rasmi MPM serta saluran komunikasi lain yang disediakan bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang maklumat penting.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."