Salah satu penanda aras utama mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar pra-universiti di Malaysia adalah melalui Malaysian University English Test (MUET). Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memainkan peranan penting memastikan proses pelaksanaan MUET berjalan lancar.
Malaysian University English Test
MUET diperkenalkan bagi mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Ia diiktiraf sebagai syarat wajib bagi pelajar melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan termasuk pelajar matrikulasi, asasi, STPM dan diploma.
Melalui MUET, pihak universiti dapat menilai tahap kemahiran bahasa Inggeris calon sebelum mereka memasuki alam universiti sekali gus memastikan mereka mampu mengikuti pengajian dalam bahasa Inggeris dengan berkesan.
Struktur Dan Komponen Peperiksaan MUET
Peperiksaan MUET terdiri daripada empat komponen utama bagi mengukur kemahiran bahasa Inggeris secara menyeluruh:
- Listening Test (Ujian Pendengaran)
Selama 30 minit (45 markah). Calon perlu memahami pelbagai jenis teks lisan yang didengar. - Speaking Test (Ujian Lisan)
Selama 30 minit (45 markah). Calon akan diuji dari segi kemahiran bercakap dalam situasi sebenar. - Reading Test (Ujian Pemahaman)
Selama 90 minit (120 markah). Meliputi soalan objektif yang menguji kefahaman terhadap pelbagai teks. - Writing Test (Ujian Penulisan)
Selama 90 minit (90 markah). Calon perlu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan sesuai dengan tajuk diberikan.
Jumlah keseluruhan markah adalah sebanyak 300 dan keputusan peperiksaan akan dinilai berdasarkan gred atau Band yang menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris calon.
Jadual Sesi Peperiksaan MUET
Setiap tahun, MUET dijalankan sebanyak tiga kali sesi utama, iaitu:
- Sesi Mac atau April
- Sesi Jun atau Julai
- Sesi Oktober atau November
Tarikh-tarikh ini ditetapkan oleh MPM dan diumumkan lebih awal bagi membolehkan calon membuat persediaan serta pendaftaran. Bermula tahun 2018, MPM memperkenalkan sistem baru yang dinamakan MUET on Demand (MoD), di mana calon mempunyai pilihan menduduki peperiksaan di luar sesi utama, menyesuaikan dengan keperluan mereka.
Kalendar Peperiksaan MUET 2026 Dan Pendaftaran
MPM menguruskan seluruh proses berkaitan MUET iaitu bermula daripada pendaftaran calon, pelaksanaan peperiksaan hinggalah kepada pengumuman keputusan.
Kalendar peperiksaan MUET bagi setiap tahun biasanya dikeluarkan sekitar bulan Oktober tahun sebelumnya. Tujuan utama penerbitan kalendar ini adalah membantu calon merancang jadual mereka lebih teratur dan bersedia menghadapi peperiksaan.
| Perkara | Sesi 1 | Sesi 2 | Sesi 3 |
|---|---|---|---|
| Pendaftaran Dibuka | 15 Disember 2025 | 9 Mac 2026 | 4 Ogos 2026 |
| Pendaftaran Ditutup | 25 Januari 2026 | 20 April 2026 | 4 September 2026 |
| Ujian Lisan (Speaking) | 14, 15, 16, 20, 21 dan 22 April 2026 | 15, 16, 18, 23, 24 dan 25 Jun 2026 | 6, 7, 8, 12, 13 dan 14 Oktober 2026 |
| Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening) | 25 April 2026 | 27 Jun 2026 | 17 Oktober 2026 |
| Nota: Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia | |||
Sumber: MPM MUET 2026

Calon disarankan menyemak dan mengemaskini maklumat terkini melalui laman web rasmi MPM termasuk semakan slip daftar bagi memastikan pendaftaran mereka berjaya dan tidak berlaku sebarang kekeliruan.
Tarikh pendaftaran dan ujian bagi setiap sesi boleh berbeza-beza dan calon perlu peka terhadap tarikh-tarikh penting ini. Sebagai contoh, calon sesi pertama mungkin perlu mendaftar seawal bulan tertentu sebelum tarikh peperiksaan dan mereka yang gagal dalam satu sesi boleh memilih untuk mengulanginya pada sesi berikutnya.
Hanya untuk Calon MUET Yang Mengulang
Istilah ini merujuk kepada calon yang telah menduduki MUET dalam satu sesi tertentu tetapi tidak mencapai gred minimum atau ingin meningkatkan markah mereka. Mereka dibenarkan mengulang ujian pada sesi lain selepas mengetahui keputusan mereka.
Sekiranya mereka ingin memperbaiki pencapaian dan memenuhi syarat kemasukan ke universiti, mereka perlu mendaftar semula selepas tarikh pendaftaran dibuka.


