Menjelang perlawanan penting Malaysia menentang Nepal dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027, skuad Harimau Malaya sedang berada di puncak prestasi terbaik mereka dengan sasaran utama untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang menghadapi cabaran aksi kelayakan.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan seluruh peminat bola sepak tanahair malah memperlihatkan keupayaan pasukan kebangsaan untuk mencipta sejarah baharu bagi melayakkan Malaysia ke Piala Asia.
Prestasi Malaysia Kelayakan Piala Asia
Sejak awal saingan kelayakan, Harimau Malaya telah menunjukkan peningkatan prestasi memberangsangkan. Pasukan kendalian jurulatih berpengalaman, Peter Cklamovski berjaya membentuk sebuah skuad yang terbaik. Hasilnya, Malaysia berjaya mengharungi cabaran kelayakan tanpa sebarang kekalahan setakat ini.
Rekod ini merupakan pencapaian yang jarang dilakukan oleh pasukan kebangsaan dan ia memberi suntikan semangat serta motivasi kepada pemain untuk terus merealisasikan impian ke Piala Asia. Lebih membanggakan lagi, pencapaian ini turut mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak tempatan dan juga penggiat sukan di peringkat antarabangsa.
Fokus Malaysia Vs Nepal Kelayakan Piala Asia 2027
Aksi menentang Nepal, Harimau Malaya tidak hanya berusaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah tetapi juga ingin memastikan kedudukan mereka dalam kumpulan F saingan Kelayakan Piala Asia 2027 terus kukuh.
Jurulatih Peter Cklamovski menegaskan bahawa pasukan kini dalam keadaan terbaik dengan pemain-pemain utama menunjukkan komitmen penuh di sesi latihan dan persediaan taktikal yang rapi.
Strategi utama pasukan adalah untuk mengawal perlawanan dari awal, menampilkan permainan menyerang yang berstruktur dan disiplin dalam aspek pertahanan. Keyakinan tinggi terhadap gandingan Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim turut menjadi faktor utama dalam usaha mereka mengekalkan rekod cemerlang ini. Selain itu, aspek mental dan psikologi juga diberikan penekanan, memastikan pemain kekal fokus dan tidak tertekan dengan tekanan perlawanan ini.

Siaran Langsung Malaysia Vs Nepal Aksi Kelayakan Piala Asia 2027
Aksi kelayakan Piala Asia 2027 bagi perlawanan kelima kumpulan F membabitkan Malaysia menentang Nepal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (Bola) saluran 801, 803 serta di RTM TV Okey dan Sukan RTM bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian Siaran Langsung Malaysia Lwn Nepal
Selain siaran langsung di televisyen, penyokong skuad Harimau Malaya boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Astro dan RTMKlik.
- Perlawanan Kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia Vs Nepal
- Tarikh: 18 November 2025 (Selasa).
- Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
- Sepak Mula: 9:00 Malam.
- Siaran Langsung: Astro Arena (Bola) 801 & 803, RTM TV Okey, Sukan RTM.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi RTMKlik Sukan RTM.
Keputusan Malaysia Vs Nepal
| Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|
| Malaysia | 1 | 0 | Nepal | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| 56′ Faisal Halim | ||||
Kedudukan Terkini Carta Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027
| No | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Malaysia | 5 | 5 | 0 | 0 | 15 | 1 | +14 | 15 |
| 2 | Vietnam | 4 | 3 | 0 | 1 | 9 | 5 | +4 | 9 |
| 3 | Laos | 4 | 1 | 0 | 3 | 3 | 14 | -11 | 3 |
| 4 | Nepal | 5 | 0 | 0 | 5 | 2 | 9 | -7 | 0 |
Hanya juara kumpulan (kedudukan pertama) yang mara ke Piala Asia AFC 2027.


