Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) merupakan salah satu acara paling berprestij dalam dunia sukan hoki Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Anjuran Malaysian Hockey Confederation (MHC), kejohanan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Federation International Hockey (FIH) sekali gus menjadi platform utama bagi pasukan-pasukan hoki terbaik dari seluruh dunia untuk bersaing dan menunjukkan kehebatan mereka di Stadium Hoki Ipoh.
Sejarah Hoki Piala Sultan Azlan Shah
Kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai acara dwi-tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan mutu permainan hoki di Malaysia serta menampilkan pasukan-pasukan berkualiti dari seluruh dunia.
Pada masa itu, ia dikenali sebagai satu kejohanan yang berprestij dan menjadi platform penting untuk pasukan-pasukan mempersiapkan diri menghadapi kejohanan dunia dan Olimpik. Kejohanan ini juga berperanan sebagai medium untuk mengasah bakat pemain muda Malaysia serta memperkukuh kedudukan negara dalam arena sukan hoki antarabangsa.
Namun, bermula tahun 1998, Piala Sultan Azlan Shah telah berubah menjadi acara tahunan yang lebih kompetitif. Keputusan ini diambil untuk memberi peluang yang lebih kerap kepada pasukan-pasukan dari seluruh dunia untuk beraksi dan meningkatkan tahap permainan mereka di peringkat antarabangsa.
Pengiktirafan Federation International Hockey
Pengiktirafan oleh FIH merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi penganjur dan seluruh warga sukan hoki di Malaysia. Ia menandakan bahawa Piala Sultan Azlan Shah memenuhi standard dan kriteria dalam penganjuran kejohanan antarabangsa.
Dengan adanya pengiktirafan ini, kejohanan ini menjadi platform utama untuk pasukan-pasukan terbaik dunia menunjukkan kemampuan mereka dan menguji strategi permainan mereka di bawah keadaan yang kompetitif.
Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 telah memasuki edisi ke-31 membabitkan penyertaan 6 buah negara termasuk Malaysia. Negara yang menyertai kejohanan pada edisi kali ini adalah seperti berikut:
- Malaysia
- New Zealand
- Belgium
- India
- Kanada
- Korea Selatan
Format
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah diadakan dalam format liga sepusingan yang memastikan setiap pasukan berpeluang bertemu semua lawan mereka. Ia memberi peluang kepada pasukan-pasukan untuk memperbaiki taktikal dan menilai kekuatan lawan secara langsung.
Kejayaan pasukan-pasukan utama dalam kejohanan ini bukan sahaja dilihat dari segi kemenangan semata-mata tetapi juga sebagai indikator persiapan mereka menjelang kejohanan penting yang akan datang.
- Format perlawanan akan berlangsung secara round robin.
- Dua pasukan teratas dalam carta layak ke perlawanan akhir (final).

Siaran Langsung / Live Streaming Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak bermula 23 hingga 30 November 2025 turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena (801) dan Astro Grandstand (810). Penyokong Speedy Tigers boleh juga menonton perlawanan ini secara live streaming di laman web penstriman rasmi AstroGO.
Malaysia Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025
Malaysia, sebagai pasukan tuan rumah pastinya mengharapkan sokongan padu daripada penyokong tempatan untuk memberi semangat dan kekuatan kepada pemain-pemain. Dengan pengalaman bermain di hadapan penyokong sendiri di Ipoh, mereka berazam untuk memberikan persembahan terbaik dan mencipta kejutan di hadapan pasukan-pasukan gergasi dunia.
- Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31.
- Tarikh: 23-30 November 2025.
- Venue: Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak
- Siaran Langsung: Astro Arena (801) & Astro Grandstand (810)
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi AstroGo.
Berikut adalah perincian kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 merangkumi jadual perlawanan, keputusan dan kedudukan carta melibatkan semua pasukan bertanding termasuk Malaysia.
Jadual Dan Keputusan
| Tarikh Masa | Pasukan | Keputusan | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 23 November: Ahad | |||||
| 6:00PM | New Zealand | 2 | 2 | Malaysia | |
| 8:00PM | Belgium | 1 | 1 | Canada | |
| 10:15PM | India | 1 | 0 | S.Korea | |
| 24 November: Isnin | |||||
| 4:00PM | S.Korea | 1 | 3 | New Zealand | |
| 6:00PM | Belgium | 3 | 2 | India | |
| 10:00PM | Malaysia | 3 | 2 | Canada | |
| 26 November: Rabu | |||||
| 2:00PM | Canada | 2 | 4 | New Zealand | |
| 4:00PM | S.Korea | 2 | 6 | Belgium | |
| 6:00PM | India | 4 | 3 | Malaysia | |
| 27 November: Khamis | |||||
| 2:00PM | S.Korea | 2 | 3 | Canada | |
| 4:00PM | India | 3 | 2 | New Zealand | |
| 6:00PM | Malaysia | 1 | 9 | Belgium | |
| 29 November: Sabtu | |||||
| 2:00PM | Canada | 3 | 14 | India | |
| 4:00PM | New Zealand | 1 | 5 | Belgium | |
| 6:00PM | Malaysia | 3 | 4 | S.Korea | |
Kedudukan Carta
| No | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Belgium | 5 | 4 | 1 | 0 | 24 | 7 | +17 | 13 |
| 2 | India | 5 | 4 | 0 | 1 | 24 | 11 | +13 | 12 |
| 3 | New Zealand | 5 | 2 | 1 | 2 | 12 | 13 | -1 | 7 |
| 4 | Malaysia | 5 | 1 | 1 | 3 | 12 | 21 | -9 | 4 |
| 5 | Canada | 5 | 1 | 1 | 3 | 11 | 24 | -13 | 4 |
| 6 | South Korea | 5 | 1 | 0 | 4 | 9 | 16 | -7 | 0 |
| BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Bilangan Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan Gol | Gol Bolos | Perbezaan Gol | Mata |
| Hijau | Kuning | Biru |
|---|---|---|
| Mara Ke Final | Penentuan Tempat Ke-3 | Penentuan Tempat Ke-5 |
Perlawanan Klasifikasi
| Tarikh Masa | Pasukan | Keputusan | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 30 November: Ahad | |||||
| 4:00PM | Canada | 4 | 3 | S.Korea | |
| Tarikh Masa | Pasukan | Keputusan | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 30 November: Ahad | |||||
| 6:15PM | N.Zealand | 6 | 1 | Malaysia | |
Perlawanan Akhir
| Tarikh Masa | Pasukan | Keputusan | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 30 November: Ahad | |||||
| 8:30PM | Belgium | 1 | 0 | India | |
Kedudukan Akhir
| No | Kedudukan | Pasukan |
|---|---|---|
| 1 | Juara | Belgium |
| 2 | Naib Juara | India |
| 3 | Ketiga | New Zealand |
| 4 | Keempat | Malaysia |
| 5 | Kelima | Canada |
| 6 | Keenam | South Korea |


