16 Mei setiap tahun dipilih sebagai hari istimewa bagi merayakan dan menghargai jasa serta pengorbanan guru di seluruh negeri di Malaysia. Hari Guru merupakan penghormatan dan pengiktirafan terhadap golongan pendidik yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa ke arah pencapaian kecemerlangan dan kejayaan.
Sejarah Hari Guru Di Malaysia
Sejarah penetapan Tarikh 16 Mei sebagai Hari Guru di Malaysia bermula dari usaha masyarakat dan kerajaan untuk memberi penghormatan, menghargai jasa dan bakti guru dalam membentuk generasi serta memacu kecemerlangan bangsa.

Di Malaysia, hari guru menjadi platform mengiktiraf komitmen dan dedikasi guru yang tidak berbelah bahagi mendidik anak bangsa termasuklah menghadapi cabaran zaman serba pantas dan teknologi semakin canggih.
Perubahan Zaman Namun Tugas Guru Tetap Utuh
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas utama guru iaitu mendidik dan membekalkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Bahkan, era digital ini tanggungjawab guru semakin kompleks dan mencabar.
Guru tidak lagi sekadar pengajar di dalam kelas tetapi juga sebagai pembimbing, mentor dan rakan berkongsi cerita. Mereka perlu menguasai pelbagai kemahiran baharu, termasuk penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Selain itu, guru perlu sentiasa kreatif dan inovatif merancang aktiviti pengajaran supaya pelajar tidak mudah jemu dan dapat memahami konsep dengan lebih berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menekankan pentingnya inovasi dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Peranan Guru Dari Perspektif Pelajar
Dari sudut pandangan pelajar, guru lebih daripada sekadar pendidik. Mereka adalah rakan dan teman berbincang dan meluahkan perasaan. Guru memainkan peranan penting membentuk perkembangan emosi dan sahsiah pelajar.
Mereka mampu menjadi tempat pelajar mencari sokongan dan panduan menghadapi cabaran kehidupan, baik dari segi akademik mahupun peribadi.
Kajian menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara guru dan pelajar mampu meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, guru harus mampu membina hubungan yang berasaskan kepercayaan dan saling hormat-menghormati agar suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif.
Guru Bitara Nadi Negara
Bagi sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2026, tema yang dipilih iaitu Guru Bitara Nadi Negara mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan penting golongan pendidik sebagai agen perubahan dalam masyarakat.

Tema ini menegaskan bahawa guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu tetapi juga sebagai pemimpin perubahan yang mampu memperkenalkan inovasi dan memperkasakan pendidikan demi mencapai matlamat nasional.
Dalam Perkara ini, guru diharap dapat menjadi pemangkin kepada revolusi pendidikan yang lebih inklusif, berdaya saing dan relevan dengan keperluan zaman. Mereka harus sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan serta bersedia menerima cabaran baharu demi memastikan pelajar mendapat pendidikan terbaik.
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026
Hari Guru adalah hari untuk menghormati dan mengucapkan terima kasih kepada semua pendidik yang telah berkorban dan berbakti tanpa jemu. Mereka adalah tulang belakang pembangunan bangsa dan negara.
Semoga sambutan Hari Guru 2026 ini menjadi medan mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dan komitmen memperjuangkan pendidikan berkualiti. Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik, kerana mereka adalah sebenarnya pemacu utama transformasi dan kemajuan negara ke arah masa depan yang lebih cerah.
Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru.
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Tarikh | 15 hingga 16 Mei 2026 |
| Lokasi | Perak |
Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat dianjurkan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke-56 Tahun 2026 yang akan berlangsung dari 15 hingga 16 Mei 2026 di negeri Perak antaranya seperti lampiran di bawah (akan dikemaskini).
Senarai Tema Sambutan Hari Guru Setiap Tahun
| Tahun | Tema |
|---|---|
| 2025 | Guru Pemacu Reformasi Pendidikan |
| 2024 | Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani |
| 2023 | Guru Insani Pemangkin Generasi Madani |
| 2022 | Guru Tunjang Sekolah Sejahtera |
| 2021 | Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu |
| 2020 | Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu |
| 2019 | Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi |
| 2018 | Guru Pemacu Transformasi Pendidikan |
| 2017 | Guru Pembina Negara Bangsa |
| 2016 | Guru Pembina Negara Bangsa |
| 2015 | Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak |
| 2014 | Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi |
| 2013 | Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda |
| 2012 | Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara |
| 2011 | Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara |
| 2010 | Guru Pembina Negara Bangsa |
| 2009 | Guru Pembina Negara Bangsa |
| 2008 | Guru Cemerlang Negara Terbilang |
| 2007 | Guru Penjana Modal Insan Cemerlang |
| 2006 | Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan |
| 2005 | Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan |
| 2004 | Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan |
| 2003 | Guru Berkualiti Aspirasi Negara |
| 2002 | Guru Berkualiti Aspirasi Negara |
| 2001 | Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama |
| 2000 | Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan |
| 1999 | Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang |
| 1998 | Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama |
| 1997 | Guru Bestari Sekolah Bestari |
| 1996 | Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia |
| 1995 | Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan |
| 1994 | Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan |
| 1993 | Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan |
| 1992 | Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan |
| 1991 | Ke Arah Pendidikan Cemerlang |
| 1990 | Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera |
| 1989 | Guru Pembina Budaya Ilmu |
| 1988 | Guru Pengasas Budaya Membaca |
| 1987 | Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan |
| 1986 | Pendidikan Teras Nasionalisme |
| 1985 | Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan |
| 1984 | Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan |
| 1983 | Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan |
| 1982 | Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu |
| 1981 | Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat |
| 1980 | Pendidikan Teras Perpaduan Negara |
| 1979 | Murid Sejahtera Negara Jaya |
| 1978 | Guru Pembentuk Generasi Akan Datang |
| 1977 | Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan |
| 1976 | Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan |
| 1975 | Guru dan Pembangunan Negara |
| 1974 | Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi |
| 1973 | Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan |
| 1972 | Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara |


