Kemiskinan merupakan salah satu isu yang sangat membimbangkan di negara kita. Kewujudan golongan yang tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan asas adalah satu realiti yang perlu dihadapi oleh semua pihak. Dalam usaha untuk menangani masalah ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sistem e-Kasih, sebuah pangkalan data yang berfungsi untuk menghimpunkan maklumat mengenai isi rumah miskin. Dengan matlamat untuk merancang, melaksanakan dan memantau program kemiskinan, e-Kasih menjadi pangkalan data penting dalam usaha membasmi kemiskinan di negara ini.
e-Kasih
e-Kasih bukanlah sekadar satu program bantuan tetapi ia adalah pengkalan data yang dikelolakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Sistem ini bertujuan untuk mengumpul dan menyimpan data tentang isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar. Maklumat yang dikumpulkan melalui e-Kasih akan digunakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam merancang program-program pembasmian kemiskinan yang lebih berkesan dan tepat sasaran.
Siapa Yang Perlu Mendaftar?
Menurut Portal Rasmi e-Kasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM2,660 di kawasan bandar atau RM2,342 di luar bandar sebulan adalah digalakkan untuk mendaftar. Ini termasuk individu yang pendapatannya adalah sama dengan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa. Pendaftaran ini adalah penting sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Cara Mendaftar e-Kasih
Terdapat beberapa cara untuk mendaftar dalam sistem e-Kasih. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah
Individu boleh pergi ke PPN atau pejabat daerah yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan dalam proses pendaftaran. - Hubungi Melalui Telefon atau E-mel
Anda juga boleh menghubungi pejabat yang berkaitan melalui telefon atau menghantar e-mel rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran. - Melalui Ahli Pemimpin Tempatan
Pendaftaran juga boleh dilakukan dengan bantuan pemimpin tempatan, seperti ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP). Mereka boleh membantu anda dalam proses pendaftaran dan memberikan maklumat yang diperlukan.
Proses Pendaftaran e-Kasih
Orang ramai perlulah memanfaatkan sistem pemberi bantuan yang diwujudkan dalam Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional dengan memaklumkan maklumat mengenai kemiskinan yang dihadapi dengan mengunakan borang permakluman ekasih secara dalam talian (online).
- Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional
Pautan: https://ekasih2.icu.gov.my
Sistem e-Kasih merupakan inisiatif penting oleh kerajaan untuk memastikan bahawa bantuan yang disediakan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Dengan mendaftar dalam sistem ini, individu yang berpendapatan rendah dapat menikmati pelbagai bantuan yang dapat membantu mereka keluar dari kancah kemiskinan. Oleh itu, adalah penting untuk semua yang layak mendaftar dan mengambil langkah proaktif dalam memastikan kesejahteraan diri dan keluarga. Pastikan anda mengikuti semua langkah pendaftaran dan semakan status dengan teliti agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan yang seharusnya anda terima.
Ciri-Ciri Utama eKasih
- Penyelarasan maklumat-maklumat mengenai bantuan kemiskinan.
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis (garis kemiskinan pgk semasa).
- Kemiskinan (PGK) per kapita.
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan isi rumah.
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
- Semakan Pendaftaran eKasih
Semakan status kemiskinan secara online di pautan: Semakan Pendaftaran E-Kasih
Program Boleh Mohon (Jika Layak) Setelah Daftar e-Kasih
Terdapat beberapa program bantuan kerajaan yang boleh dimohon (jika layak) sekiranya telah berdaftar dengan e-Kasih. Antaranya adalah seperti berikut:
Bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)
Bantuan JKM juga merupakan beberapa program bantuan yang boleh dimohon setelah berdaftar di bawah eKasih. Antaranya terdapat 11 jenis bantuan JKM mengikut kategori kelayakan.
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bulanan RM150 hingga RM1000. - Elaun Pekerja Cacat (EPC)
RM500 seorang sebulan. - Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
RM300 sebulan seorang. - Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
RM500 sebulan sebulan. - Bantuan Orang Tua (BOT) / Warga Emas
RM500 sebulan seorang. - Bantuan Am Persekutuan (BA)
RM100 sebulan seorang, maksimum RM350 sebulan sekeluarga. - Bantuan Am Negeri (BA)
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM350 sekeluarga. - Bantuan Anak Pelihara (BAP)
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih. - Bantuan Latihan Perantis (BLP)
RM200 sebulan seorang. - Bantuan Geran Pelancaran (GP)
Maksimum RM2,700 sekaligus. - Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan - Tabung Bantuan Segera (TBS)
Boleh ketahui maklumat lanjut di pautan berikut: Cara Mohon Bantuan JKM