Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi penting dalam sistem kewangan Islam di Malaysia. Berperanan menguruskan simpanan dan pelaburan umat Islam bagi menunaikan ibadah haji. Pendeposit pastinya menantikan pengumuman agihan keuntungan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Pengumuman mengenai kadar peratus keuntungan ini dijadual diumumkan pada pertengahan bulan Mac 2026 atau mungkin akan dilanjutkan sehingga bulan April 2026.
Agihan Keuntungan Tabung Haji
Kadar peratus bonus tahunan atau keuntungan bakal diumumkan oleh Tabung Haji dijangka kompetitif dengan kadar pulangan daripada akaun deposit tetap di perbankan Islam dan konvensional. Ini merupakan berita baik bagi pendeposit memastikan simpanan mereka berkembang dan memberi pulangan memuaskan.
Hibah Haji
Namun, perlu diingat bahawa sejak tahun 2018, Tabung Haji tidak memberikan Hibah Haji. Hal ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pendeposit mengenai kemungkinan pengagihan hibah haji. Kesukaran yang dihadapi oleh Tabung Haji dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan ramai berharap agar pengumuman kali ini membawa berita baik.
Apakah Hibah Tahunan TH?
- Merupakan bonus yang diistiharkan oleh Tabung Haji (TH) mengikut prestasi kewangan tahun semasa.
- Ia diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.
Apakah Hibah Haji?
- Merupakan bonus khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa bagi meningkatkan tabungan mereka.
- Majoriti pendeposit mendapat bonus haji ini.
Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji 2025
Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah dan agihan pendapatan peratusan bonus Tabung Haji, berikut adalah ringkasan kadar bonus yang terkini dan tahun-tahun sebelumnya:
Tarikh Pengumuman
- Tarikh: menanti pengumuman
- Hari: akan dikemaskini
Kadar Jumlah Bonus Tahunan Tabung Haji 2025
- Hibah Tahunan: ?%
- Hibah Haji: ?%
| Tahun | Hibah Tahunan | Hibah Haji |
|---|---|---|
| 2024 | 3.25% | – |
| 2023 | 3.10% | – |
| 2022 | 3.10% | – |
| 2021 | 3.10% | – |
| 2020 | 3.10% | – |
| 2019 | 3.05% | – |
| 2018 | 1.25% | – |
| 2017 | 4.5% | 1.75% |
| 2016 | 4.25% | 1.5% |
| 2015 | 5% | 3% |
| 2014 | 6.25% | 2% |
| 2013 | 6% | 2% |
| 2012 | 6.5% | 1.5% |
| 2011 | 6% | 1.5% |
| 2010 | 5.5% | 1.5% |
| 2009 | 5% | 1.5% |
| 2008 | 5% | 1.5% |
| 2007 | 5% | 2% |
| 2006 | 4.75% | 2% |
| 2005 | 4.5% | 2% |
| 2004 | 4.3% | 2% |
| 2003 | 4% | 2% |
| 2002 | 3.5% | 2% |
| 2001 | 3.25% | 2% |
| 2000 | 5.5% | 2% |
| 1999 | 8% | 2% |
| 1998 | 8% | 2% |
| 1997 | 9.5% | 2% |
| 1996 | 9.5% | 2% |
| 1995 | 9.5% | 2% |
| 1994 | 9.5% | 2% |



