Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat sekali gus menandakan permulaan hala tuju seterusnya bagi pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Belanjawan ini diharapkan dapat memacu transformasi Malaysia menuju kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Belanjawan 2027 Dan RMK13
Belanjawan 2027 merupakan belanjawan kedua yang akan menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Belanjawan ini akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
Berdasarkan pendekatan strategik dan komprehensif, Belanjawan 2027 diharapkan dapat memacu kemajuan negara ke arah mencapai matlamat RMK13.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim juga merangkap Menteri Kewangan pastinya merancang Bajet 2027 dengan teliti, mengambil kira pelbagai cabaran dan peluang yang dihadapi oleh negara. Salah satu fokus utama Belanjawan adalah memperkukuh ruang fiskal negara. Ini adalah langkah penting bagi memastikan Malaysia dapat menangani pelbagai cabaran ekonomi dengan lebih efektif.

Bajet 2027 Dan Ekonomi MADANI
Belanjawan 2027 meneruskan prinsip Ekonomi MADANI memperkasa rakyat serta mendukung matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai teras pembangunan ekonomi Malaysia iaitu:
Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara
- Menjana kesan berganda merentasi rantaian ekonomi melalui inisiatif strategik dan inovatif.
- Penggerak strategik untuk transformasi industri Malaysia ke arah lebih berdaya saing dan berorientasikan teknologi.
- Pengesuaian insentif bagi meningkatkan daya tarik pelaburan asing dan domestik.
Menaikkan Lantai Taraf Hidup Rakyat
- Reformasi pasaran buruh untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
- Memperkasa mekanisme bantuan sosioekonomi untuk kehidupan lebih sejahtera.
- Ke arah sistem penjagaan kesihatan yang saksama dan mampan.
- Reformasi sektor pendidikan untuk menjana ekonomi inklusif berdaya saing masa depan.
- Merapatkan jurang bandar-luar bandar untuk pembangunan seimbang.
- Memperkasa semua golongan untuk menyertai ekonomi yang berkembang.
Memacu Pembaharuan, Tatakelola Baik
- Memperkukuh integriti dan tadbir urus fiskal untuk meningkatkan akauntabiliti.
- Memodenkan kewangan awam melalui penggunaan teknologi.
- Mempertingkatkan GovTech & perkhidmatan rakyat yang lebih cekap dan mesra pengguna.
- Reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan kerajaan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Senarai Ringkasan Intipati Kandungan Belanjawan 2027
Belanjawan 2027 dibentangkan pada hari Jumaat, 9 Oktober 2026 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Berikut kami sertakan ringkasan intipati (touchpoint) kandungan Bajet 2027 atau belanjawan Malaysia yang dikemaskini sepanjang ucapan pembentangan belanjawan berlangsung.

- Belanjawan
Belanjawan MADANI Ke-5 (2027) - Tema
Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi - Peruntukan Bajet: RM510 Bilion meliputi;
RM376.8 Bilion mengurus
RM83 Bilion Pembangunan
RM25 Bilion Pelaburan GLIC
RM11 Bilion Pelaburan Awam-Swasta
RM14.2 Bilion Pelaburan BBP dan Syarikat MKD
Sila Dapatkan:
- Peruntukan Subsidi Bantuan Dan Insentif 2027
RM80 Bilion termasuk subsidi bahan api RM40 bilion dan bantuan JKM hampir RM3.3 bilion. - Peruntukan STR, SARA 2027 Dinaikkan
RM15 Bilion kepada RM16 Bilion. Semua 9 Juta penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun. - SARA MADANI 2027
RM100 sebanyak dua kali setahun, sebelum Aidilfitri dan sempena 70 tahun Merdeka. Memanfaatkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas termasuk golongan M40. - Penambahbaikan SARA 2027
Penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh di beli di 216 pasar tani FAMA seluruh negara. - Jualan Rahmah MADANI Dan Jualan Agro MADANI
RM630 kepada RM750 Juta dengan sasaran 35,000 penganjuran. - Had Pelepasan Cukai Pendapatan Individu
Daripada RM9,000 kepada RM12,000. - Kadar Cukai Pendapatan Individu Diturunkan Satu Mata Peratusan
Kepada 18% bagi pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dan kepada 24% bagi pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000. - Pelepasan Cukai Individu
Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak. Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos penvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar. - Pendapatan Bermaruah Untuk Pekerja
Gaji minimum RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027. Pengecualian bagi PMKS dengan hasil jualan di bawah RM50 juta. - Gaji Minima Pekerjaan Graduan
Gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan RM2,500. GLIC dan GC: gaji sara hidup RM3,100 kepada RM3,400 - Kebajikan Pekerja E-Hailing Dan P-Hailing
Pakej RM160 Juta oleh kerajaan dan Grab meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman perkeso. - Hak Perlindungan Pekerja Gig
Caruman wajib skim LINDUNG KENDIRI. Insentif caruman padanan KWSP RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup. BSN & Agrobank pembiayaan berniaga dan beli rumah pertama. - Peruntukan Persekutuan kepada Sabah & Sarawak
Sabah: RM18.7 Bilion (2026: RM17.6 Bilion), Sarawak: RM16.2 Bilion (2026: RM15.1 Bilion). - Tajaan JPA Kepada Anak Kelahiran Sabah & Sarawak
Peluang melanjutkan pengajian untuk 4,200 orang setiap tahun. - Stadium Negara Dan Stadium Merdeka
Pengecualian duti hiburan bagi aktiviti seni, budaya, hiburan dan sukan di kedua-dua stadium yang juga merupakan tapak warisan negara. - Prasarana Asas Desa Dipertingkatkan
RM3.3 Bilion termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti dan memperluas bekalan air bersih dan elektrik. - Program Residensi Rakyat & Rumah Mesra Rakyat (RMR)
RM1 Bilion termasuk 4 projek perumahan baru di Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; Paya Rumput, Melaka; dan Pertang, Terengganu. - Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Hingga RM20 Bilion jaminan pembiayaan perumahan yang membolehkan lebih ramai pekerja gig dan pekerja sendiri memiliki kediaman pertama. - Komuniti Angkat MADANI
RM50 Juta melibatkan kerjasama strategik antara pengurusan tertinggi kementerian dan agensi serta universiti dan institusi TVET untuk membantu komuniti khususnya penduduk PPR. - Sukuk Simpanan Runcit Bertoken
Diperkenalkan bagi membolehkan rakyat melabur dalam sukuk kerajaan dan dana disalurkan untuk pendidikan, kesihatan atau perlindungan sosial golongan miskin. - Perkasa Ekonomi Melayu Bumiputera
50 ekar tanah strategik bernilai RM1 Bilion untuk memperkukuhkan pemilikan Bumiputera. - Skim i-Emas KWSP
Ahli berusia 55 & 60 tahun boleh memilih pengeluaran bulanan sambil baki simpanan terus menjana dividen. - Ambang bankrap dinaikkan dari RM100,000 ke RM150,000.
- Menjamin Kelangsungan Permintaan Elektrik Negara
Pelaburan TNB: RM15 Bilion perkukuh grid nasional; Pelaburan UEM Lestra: RM1 Bilion, penyimpanan tenaga di KLIA dan projek tenaga hibrid 1GW di Johor. - Peruntukan Untuk Peningkatan Pertahanan Negara
RM22 Bilion: Kementerian Dalam Negeri; RM22 Bilion: Kementerian Pertahanan. - Pertumbuhan Ekonomi Terus Kukuh
KDNK suku kedua: 6%; 2026: Diunjur antara 4.8% hingg 5%; 2027: Diunjur antara 4.2% hingga 5.2%. - Prestasi Dagangan Negara Kukuh
RM2.5 Trilion: Eksport naik 31.2% kepada RM1.36 Trilion. - Pelaburan Diluluskan Terus Meningkat
RM218.5 Bilion pelaburan diluluskan bagi separuh pertama 2026 meningkat 11.7%. - GLIC Pacu Pelaburan Domestik Melalui GEAR-uP
RM25 Bilion mengangkat syarikat tempatan dalam sektor bernilai tinggi dan menyokong pelaburan domestik. - New Economy Venturu Fund
RM1.25 Bilion: Sime Darby Property, KWSP dan LTAT membangunkan pusat data serta aset logistik perindustrian di Elmina, Selangor. - Malaysia Tangga Ke-15 Daya Saing Dunia
Keyakin pelabur kembali hasil reformasi MADANI. - Pas Nomad DE Rantau Dilanjutkan
Pemegang yang mencapai had 2 tahun boleh terus tinggal dan bekerja secara jarak jauh di Malaysia, tertakluk kelayakan. - JS-SEC Pacu Pelaburan, Wujudkan Peluang Pekerjaan
RM132 Bilion: Pelan induk dan Blueprint dilancar akhir tahun; Nexus Sedenak: RM12 Bilion dan 45,000 pekerjaan. - Laluan Perdagangan Tebedu Entikong
Mempercepatkan pembukaan semula laluan perdagangan Malaysia dan Indonesia serta menaik taraf jalan sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan. - Pelaburan Petronas
Kejayaan penemuan petroleum di Suriname: kerjasama yang membuka ruang kepada potensi pembangunan Medan Galkynish di Turkmenistan. - Projek Tenaga Rentas Sempadan PETRONAS dan TNB
Membuka ruang ekonomi baharu, malah menjadi asas kepada diplomas, kerjasama dan keterhubungan serantau. - Langganan AI Percuma
100 ribu lagi langganan AI percuma. - Renjer Komuniti Lindungi Biodiversiti Negara
RM65 Juta: Memanfaatkan sekitar 2,500 Renjer komuniti termasuk orang asli, pesara polis, veteran tentera & masyarakat setempat. - Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027
RM240 Juta persiapan penganjuran sebagai tuan rumah. - Pembangunan Sukan Negara
RM460 Juta: Termasuk sukan berprestasi tinggi dan road to gold, pembangunan atlet Para dan sukan Orang Pekak serta penyelenggaraan fasiliti sukan seluruh negara. - Program Budi Belia
RM100: Insentif e-dompet secara one-off kepada anak muda yang melengkapkan jam kesukarelawan bersama NGO terpilih. - Geran Rukun Tetangga
RM10,000 setahun berbanding RM6,000 bagi setiap kawasan Rukun Tetangga berdaftar yang aktif di seluruh negara. - Kempen Tahun Melawat Malaysia 2027 Dilanjutkan
RM935 Juta: Antaranya geran galakan acara, meningkatkan mutu kemudahan pelancongan dan penganjuran festival budaya. - Memartabatkan Syiar Islam
RM3.1 Bilion berbanding RM2.6 Bilion (2026), antaranya penubuhan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penglibatan tokoh ulama antarabangsa. - RUU Entiti Milik Kerajaan Akan Digubal
Memperketatkan Tatakelola syarikat kerajaan dan Badan Berkanun dalam pengurusan Wang serta aset rakyat. - Ketelusan Perolehan Kerajaan Diperkukuh
Mulai 2027, maklumat projek termasuk kontraktor dan nilai kontrak akan didedahkan. - Unjuran Kutipan Hasil Persekutuan 2027
RM380.8 Bilion - Defisit Fiskal Terus Menurun
2026: 3.6%; 2027: 3.3%; sasaran 3% menjelang 2028. - Nisbah Hutang Kerajaan Kepada KDNK Menurun
2025: 65.2%; 2026: 64.0%; 2027: 63.7% (unjuran) - Elaun Sukarelawan Dinaikkan
RM339 Juta: Petugas = RM9 sejam; Penyelia = RM10.80 sejam; hampir 50,000 sukarelawan.







































