Pasukan Selangor FC mengorak langkah untuk menempuh cabaran getir di peringkat Asia apabila mereka menghadapi cabaran saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (AFC Champions League Two) musim 2025/26 buat kali kedua dalam sejarah kelab. Kelayakan ini adalah hasil pencapaian cemerlang mereka sebagai naib juara Liga Super Malaysia musim 2024/25 yang lalu sekaligus membuka lembaran baharu buat skuad Red Giants bagi mengembalikan kegemilangan di kejohanan kelab bola sepak Asia.
Bagi Selangor FC, ini merupakan peluang untuk mengukur kemampuan mereka menentang kelab-kelab dari liga lebih kompetitif serta menguji daya tahan fizikal dan taktikal pemain dalam jadual perlawanan yang padat dan intensif.
Peluang Selangor Liga Juara-Juara Dua AFC 2025/26
Selangor FC mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke peringkat seterusnya selepas pengundian kumpulan. Penempatan mereka dalam Kumpulan G terdiri daripada Bangkok United, Lion City Sailors dan Persib Bandung dilihat sebagai peluang terbaik buat skuad Red Giants untuk membuktikan keupayaan mereka di pentas Asia Tenggara.
Lawan dari negara jiran mempunyai kekuatan tersendiri tetapi lebih mampu diatasi berdasarkan aspek kekuatan semasa dan rekod terdahulu. Dengan adanya lawan dari Thailand, Singapura dan Indonesia, peluang untuk mencapai peringkat pusingan 16 menjadi lebih cerah memandangkan persaingan tidak seteruk dari kalangan kumpulan pasukan liga utama Asia Timur seperti Korea Selatan, Jepun atau China.
Pasukan Kumpulan G ACL 2
Setiap pasukan dalam kumpulan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Bangkok United dikenali dengan corak permainan pantas dan teknikal manakala Lion City Sailors mempunyai pelaburan besar dan pemain bintang tempatan serta import. Persib Bandung pula adalah kelab dari Indonesia, terkenal dengan sokongan luar biasa daripada penyokong mereka.
Selangor FC perlu berwaspada dan tampil konsisten dalam setiap perlawanan baik di halaman sendiri mahupun di gelanggang lawan. Dalam kejohanan seumpama ini, kesilapan kecil boleh membawa padah dan setiap detik di atas padang boleh menjadi pemisah antara kemenangan dan kegagalan.
Format Liga Juara-Juara Dua AFC
Musim 2025/26 menandakan edisi kedua Liga Juara-Juara Dua AFC. Kejohanan ini menampilkan 32 kelab dari seluruh Asia yang dibahagikan kepada 8 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan) merangkumi zon Asia Timur dan Asia Barat. Format perlawanan adalah dua perlawanan tempat sendiri dan tempat lawan dalam peringkat kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dan kemudiannya bersaing dalam format kalah mati hingga ke peringkat akhir.
Jadual, Keputusan Terkini Kedudukan Carta Selangor FC ACL 2 2025/26
Berikut adalah maklumat pasukan Selangor FC bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Dua musim 2025/26 merangkumi tarikh, keputusan perlawanan serta kedudukan carta bermula dengan peringkat kumpulan.
Kedudukan Carta Kumpulan G
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Bangkok Utd | 1 | 1 | 0 | 0 | 4 | 2 | +2 | 3 |
2 | Lion City | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
3 | Persib | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | +0 | 0 |
4 | Selangor FC | 1 | 0 | 0 | 1 | 2 | 4 | -2 | 0 |
BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bilangan Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan Gol | Gol Bolos | Perbezaan Gol | Mata |
Pasukan berada di kedudukan 1 (juara) dan 2 (naib juara) kumpulan G akan mara ke peringkat pusingan 16. Manakala pasukan yang berada di kedudukan 3 dan 4 tersingkir dari persaingan.
Jadual & Keputusan Perlawanan
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
18 September: Khamis | |||||
6:00PM | Selangor FC | 2 | 4 | Bangkok Utd | |
1 Oktober: Rabu | |||||
6:00PM | Lion City | Selangor FC | |||
23 Oktober: Khamis | |||||
8:15PM | Persib | Selangor FC | |||
6 November: Khamis | |||||
8:15PM | Selangor FC | Persib | |||
26 November: Rabu | |||||
8:15PM | Bangkok Utd | Selangor FC | |||
10 Disember: Rabu | |||||
8:15PM | Selangor FC | Lion City |