Piala Thomas 2026 Malaysia Jadual Keputusan Kedudukan Carta

Pasukan Badminton Malaysia menggalas cabaran negara dalam kejohanan badminton Piala Thomas edisi ke-34 pada tahun 2026 bagi berpasukan lelaki manakala pasukan badminton wanita pula bersaing untuk kejohanan Piala Uber.

Badminton Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas telah bermula sejak tahun 1948-1949 sekali gus menjadikannya salah satu kejohanan tertua dalam dunia badminton. Ia dinamakan sempena nama Sir George Alan Thomas iaitu seorang tokoh penting badan pengurusan badminton dunia (BWF) yang juga seorang bekas pemain dan pegawai sukan terkenal.

Pada tahun 1939, Sir George Alan Thomas menderma piala ini sebagai simbol persaingan berpasukan lelaki di peringkat antarabangsa. Dengan inisiatif beliau, pertandingan ini mula diadakan sebagai satu platform untuk memperlihatkan kehebatan pasukan dari negara yang bertanding.

Kejohanan yang berlangsung setiap dua tahun (dwitahunan) ini memperlihatkan semangat kesukanan dan keazaman memenangi maruah negara. Ia menjadi medan menunjukkan kekuatan mental, taktikal dan kerjasama pasukan dalam usaha merebut gelaran jaguh badminton berpasukan lelaki.

sejarah badminton piala thomas malaysia

Format Badminton Berpasukan Piala Thomas

Kejohanan ini terdiri daripada lima aksi utama setiap perlawanan iaitu tiga perseorangan dan dua beregu. Setiap aksi memainkan peranan penting bagi menentukan kemenangan keseluruhan kerana kemenangan setiap perlawanan tidak bermaksud pasukan tersebut akan terus mara, sebaliknya setiap perlawanan adalah peluang menonjolkan kehebatan individu dan secara berkumpulan (kolektif).

Saingan bermula dengan peringkat kumpulan yang dijalankan secara round robin tunggal. Dalam format ini, setiap pasukan akan bertemu dengan semua lawan kumpulan mereka dan setiap kemenangan akan memberi mata kedudukan di carta kumpulan.

Selepas peringkat kumpulan tamat, dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan melangkah ke peringkat kalah mati. Sistem ini bermula dengan suku akhir, diikuti separuh akhir dan kemuncaknya adalah perlawanan akhir yang menentukan juara keseluruhan.

Sistem kalah mati ini memerlukan setiap pasukan untuk bermain dengan penuh fokus dan strategi terbaik kerana satu kekalahan sahaja boleh mengakhiri perjalanan mereka pada kejohanan ini.

pemain lelaki badminton thomas cup 2026

Senarai Pemain Badminton Lelaki Malaysia Piala Thomas 2026

Pada kejohanan Piala Thomas 2026 skuad badminton lelaki negara telah diundi berada dalam kumpulan B bersama Jepun, England dan Finland.

Berikut adalah senarai skuad badminton lelaki negara yang akan mewakili Malaysia pada kejohanan ini sepertimana diumumkan oleh Badminton Association of Malaysia (BAM).

Senarai Penuh Pemain Lelaki Malaysia Kejohanan Badminton Piala Thomas 2026
Kategori/AcaraNama Pemain
PerseoranganLee Zii Jia
Leong Jun Hao
Justin Hoh
Aidil Sholeh Ali Sadikin
BereguAaron Chia – Soh Wooi Yik
Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani
Man Wei Chong – Tee Kai Wun

Tarikh Dan Tuan Rumah Piala Thomas 2026

Kejohanan Piala Thomas 2026 edisi ke-34 menyaksikan Denmark selaku negara tuan rumah dijadualkan berlangsung di bandar Horsens bermula 24 April hingga 3 Mei 2026.

Info Badminton Piala Thomas 2026
PerkaraButiran
Badminton Piala Thomas 202624 April – 3 Mei 2026
Edisi34
PeringkatAntarabangsa
Jumlah Negara Bertanding16
VenueForum Horsens
Tuan RumahHorsens, Denmark
Laman Web Rasmibwfthomasubercups.com

senarai pasukan negara piala thomas 2026

Jadual Keputusan Dan Kedudukan Carta Badminton Thomas Cup 2026

Berikut adalah perincian yang merangkumi jadual perlawanan waktu Malaysia dan keputusan melibatkan pasukan lelaki badminton semua negara bertanding dalam kejohanan Piala Thomas 2026 bermula dengan saingan peringkat kumpulan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual & Keputusan Kumpulan A

Jadual Dan Keputusan Kumpulan A
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
24 April: Jumaat
2:30PMIndia41Canada
2:30PMChina50Australia
27 April: Isnin
2:30PMIndia50Australia
2:30PMChina41Canada
29 April: Rabu
4:00PMCanada50Australia
4:00PMChina32India

Carta Kedudukan Kumpulan A

Carta Kumpulan A
PasukanBPMKMT
1China3303
2India3212
3Canada3121
4Australia3030

Jadual & Keputusan Kumpulan B

Jadual Dan Keputusan Kumpulan B
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
25 April: Sabtu
6:00PMMalaysia32England
26 April: Ahad
12:30AMJapan50Finland
27 April: Isnin
6:00PMMalaysia41Finland
6:00PMJapan50England
29 April: Rabu
4:00PMJapan32Malaysia
30 April: Khamis
12:00AMEngland41Finland

Carta Kedudukan Kumpulan B

Carta Kumpulan B
PasukanBPMKMT
1Japan3303
2Malaysia3212
3England3121
4Finland3030

Jadual & Keputusan Kumpulan C

Jadual Dan Keputusan Kumpulan C
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
25 April: Sabtu
12:30AMDenmark41S.Korea
2:30PMC.Taipei50Sweden
27 April: Isnin
12:30AMDenmark41Sweden
2:30PMC.Taipei23S.Korea
30 April: Khamis
12:00AMS.Korea50Sweden
12:00AMC.Taipei32Denmark

Carta Kedudukan Kumpulan C

Carta Kumpulan C
PasukanBPMKMT
1Chinese Taipei3212
2Denmark3212
3South Korea3212
4Sweden3030

Jadual & Keputusan Kumpulan D

Jadual Dan Keputusan Kumpulan D
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
24 April: Jumaat
6:00PMFrance14Thailand
25 April: Sabtu
12:30AMIndonesia50Algeria
26 April: Ahad
2:30PMFrance50Algeria
2:30PMIndonesia32Thailand
29 April: Rabu
12:00AMThailand50Algeria
12:00AMIndonesia14France

Carta Kedudukan Kumpulan D

Carta Kumpulan D
PasukanBPMKMT
1Thailand3212
2France3212
3Indonesia3212
4Algeria3030

knockout stage thomas cup

Peringkat Kalah Mati

Hanya dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan melangkah ke peringkat kalah mati bermula suku akhir. Dari suku akhir, empat pasukan akan melangkah ke separuh akhir.

Keputusan di peringkat ini menjadi penentu sama ada sebuah pasukan mampu meneruskan perjuangan mereka ke perlawanan akhir (final) yang kemudiannya akan menentukan juara keseluruhan badminton Piala Thomas 2026 edisi ke-34.

Suku Akhir

Jadual Dan Keputusan Suku Akhir
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
1 Mei: Jumaat
4:00PMChinaMalaysia
4:00PMIndiaC.Taipei
2 Mei: Sabtu
12:00AMThailandDenmark
12:00AMFranceJapan

Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Separuh Akhir
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
3 Mei: Ahad
12:00AM
12:00AM

Final

Jadual Dan Keputusan Akhir (Final)
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
4 Mei: Isnin
12:00AM

Pasukan Juara Piala Thomas 2026

  • Juara bertahan: China

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."