Jadual Program Jom Masuk U 2025 Tarikh Dan Lokasi

Program Jom Masuk U 2025 Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 Tarikh Dan Lokasi, karnival jom masuk u, karnival jom masuk ipt,

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau Karnival Jom Masuk U Tahun 2025 dijangka akan diadakan di beberapa lokasi atau zon di seluruh Malaysia dari hujung bulan Februari sehingga Mei 2025

Karnival KPTN akan memasuki edisi ke 19 pada tahun 2025 ini dan program karnival adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). Tujuan penganjuran adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama para pelajar dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Malaysia (ILKA)

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka adalah disarankan untuk hadir ke Karnival KPTN kerana mereka boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran. Ianya untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan

Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U Tahun 2025

Manfaat hadir ke karnival Jom Masuk U 

  1. Mendapatkan maklumat mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini termasuk pelbagai program yang ditawarkan
  2. Mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT termasuk program ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar
  3. Memudahkan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak
  4. Memberi idea dalam melanjutkan pengajian tinggi dan halatuju pengajian seterusnya
  5. Mendapat nasihat pemilihan program pengajian dari wakil IPT
  6. Memperolehi maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati
  7. Membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi yang lain

Para pelajar adalah digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini semasa di Karnival KPTN nanti

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2025 (Program Jom Masuk U)

Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, lokasi dan negeri/zon. KPTN 2025 diadakan sepanjang bulan Februari dan Mei

Zon Timur/Pahang

  • Tarikh : 22 & 23 Februari 2025
  • Lokasi : Grand Hall, Office of Campur Director, UIAM Kuantan

Zon Sabah/ Sabah

  • Tarikh : 19 & 20 April 2025
  • Lokasi : Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

Zon Timur/Terengganu

  • Tarikh : 19 & 20 April 2025
  • Lokasi : UniSZA, Kampus Gong Badak

Zon Sarawak / Sarawak

  • Tarikh : 26 & 27 April 2025
  • Lokasi : Boulevard Shopping Mall, Bintulu

Zon Selatan / Melaka

  • Tarikh : 26 & 27 April 2025
  • Lokasi : Dewan Canselor, UTeM, Ayer Keroh, Melaka

Zon Utara/ Pulau Pinang

  • Tarikh : 3 & 4 Mei 2025
  • Lokasi : Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang (Kampus Induk)

Zon Sarawak / Sarawak

  • Tarikh : 3 & 4 Mei 2025
  • Lokasi : Mydin Vista Tunku, Kuching, Sarawak

Zon Tengah/ Selangor

  • Tarikh : 10 & 11 Mei 2025
  • Lokasi : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Kampus Bangi, UKM

Zon Sabah/ Sabah

  • Tarikh : 10 & 11 Mei 2025
  • Lokasi : Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS

Zon Tengah/ Perak

  • Tarikh : 17 & 18 Mei 2025
  • Lokasi : Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen, Manjung, Perak

Nota:

  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa Karnival : 900 pagi hingga 500 petang
  • Tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2025 adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Maklumat Lanjut Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Untuk maklumat lengkap berhubung dengan Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara tahun 2025, sila layari maklumat  penting yang disertakan di bawah

jadual-karnival-jom-masuk-u-2025

Kongsi Artikel