Kalkulator Merit UPU: Cara Kira Markah Lepasan SPM-STPM

Salah satu faktor utama menentukan kejayaan dalam permohonan UPU lepasan SPM, lepasan STPM setaraf bagi kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah markah merit yang diperoleh.

Purata Markah Merit UPU

Purata Markah merit adalah penilaian digunakan bagi menentukan kelayakan dan kedudukan pelajar semasa pemilihan program pengajian di IPTA. Ia berfungsi sebagai ukuran objektif mengutamakan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar.

Melalui sistem merit ini, universiti dapat memastikan pelajar yang terbaik dan paling layak mendapat tempat berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka.

Selain itu, markah merit membantu pelajar merancang dan menyusun strategi permohonan mereka. Apabila mengetahui jumlah mata merit yang diperoleh, pelajar dapat mengenal pasti program pengajian yang mempunyai peluang lebih cerah untuk diterima masuk ke universiti pilihan mereka.

Panduan Kiraan Merit UPU Online

Terdapat dua komponen utama dalam pengiraan merit yang digunakan oleh UPU:

Markah Akademik (90%)

  • Mata pelajaran universal (40%)
  • Mata pelajaran pakej (30%)
  • Mata pelajaran terbaik (10%)

Markah Kokurikulum (10%)

Pengiraan ini memberi penekanan utama kepada pencapaian akademik pelajar di mana markah dari mata pelajaran tertentu dan pencapaian kokurikulum akan diambil kira bagi menentukan ranking purata merit keseluruhan.

Formula Kiraan Merit Lepasan SPM

kira merit upu spm

Formula Kiraan Merit Lepasan STPM Setaraf

kira merit upu stpm

Kalkulator Merit UPU Online

Bagi membuat pengiraan, sila layari judul pautan berikut:

Cara Kiraan Merit UPU Online

Berpandukan pengiraan merit, pelajar dapat membuat penilaian lebih tepat semasa memilih program pengajian. Sebagai contoh, jika markah merit mereka tinggi, mereka boleh mempertimbangkan program pengajian kompetitif. Sebaliknya, jika markah mereka sedikit rendah, mereka boleh menumpukan perhatian kepada program yang memiliki merit minimum lebih mudah dicapai.

program kompetitif upu

Selain itu, pemahaman ini membantu pelajar mengenalpasti aspek akademik dan kokurikulum yang perlu mereka perbaiki agar peluang kemasukan lebih cerah. Mereka juga dapat mengelakkan daripada membuat permohonan yang tidak realistik dan berpotensi ditolak disebabkan oleh kekurangan syarat khas ditetapkan oleh program tertentu.

Syarat Khas Program

Walaupun markah merit sangat penting, ia bukan satu-satunya faktor yang menentukan kelayakan pelajar. Setiap program pengajian di IPTA biasanya mempunyai syarat khas yang perlu dipenuhi. Contohnya, program Asasi Undang-Undang di UIAM memerlukan calon memperoleh Gred B dalam subjek Sejarah.

Sekiranya pelajar memperoleh markah merit yang tinggi tetapi gagal memenuhi syarat khas ini, permohonan mereka akan ditolak secara automatik.

Pelajar harus memberi perhatian yang sama terhadap syarat-syarat khas program apabila mengisi permohonan UPU. Kegagalan memenuhi syarat ini boleh menyebabkan program tersebut tidak muncul dalam pilihan mereka, walaupun markah merit mereka melebihi merit minimum.

Contoh Situasi

Sebagai contoh, seorang pelajar memperoleh markah merit 95% dalam SPM, namun hanya mendapat Gred C+ dalam Sejarah. Walaupun pencapaian akademiknya cemerlang, permohonan untuk program Asasi Undang-Undang di UIAM tetap tidak layak.

Begitu juga, jika pelajar mengambil sembilan mata pelajaran dan memperoleh 8A+, tetapi tidak memenuhi syarat Gred B dalam Sejarah, mereka tetap tidak layak memohon program tersebut.

tip pilih program upu

Semakan Merit Di UPUPocket

Selain itu, aplikasi mudah alih UPUPocket turut disediakan bagi memudahkan calon-calon mengakses maklumat dan kemudahan berkaitan permohonan UPU. Boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store, calon boleh menyemak purata markah merit, syarat khas program dan maklumat lain yang berkaitan dengan lebih mudah dan pantas.

aplikasi upu pocket

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."