Kalendar 2025: Tarikh Cuti Umum Malaysia Dan Cuti Sekolah

Kalendar 2025: Tarikh Cuti Umum Malaysia Dan Cuti Sekolah. Grafik Kalendar kuda setiap bulan berdasarkan cuti hari kelepasan AM Negeri dan Persekutuan Terkini.

Setiap kali tahun baru menjelang, satu perkara tidak dapat dinafikan adalah keinginan orang ramai untuk mengetahui takwim perjalanan tahun tersebut. Tarikh-tarikh penting seperti cuti sekolah, cuti perayaan dan pelbagai hari kelepasan am menjadi tumpuan utama. Kalendar kuda telah menjadi rujukan sejak sekian lama sering kali menjadi pilihan kerana ia memberikan informasi lengkap termasuk tarikh kalendar tahun Islam dan kalendar tahun Cina. Ini membolehkan kita merancang aktiviti sepanjang tahun dengan lebih teratur.

Bagi keluarga mempunyai anak-anak masih bersekolah, perancangan cuti sekolah menjadi semakin penting. Dengan mengetahui tarikh cuti mereka dapat memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga sama ada dengan bercuti atau melakukan aktiviti bermanfaat. Bagi pasangan merancang untuk mendirikan rumah tangga, mengetahui tarikh-tarikh penting ini juga membantu dalam merancang majlis kenduri dengan lebih efisien.

Kalendar 2025: Merancang Cuti Bersama Keluarga

Merancang aktiviti dan percutian sepanjang tahun 2025 kini menjadi lebih mudah dengan adanya kalendar yang lengkap. Dengan mengetahui tarikh-tarikh penting, kita dapat memanfaatkan masa bersama keluarga dan merancang acara penting dengan lebih baik.

Jangan lupa untuk terus mengikuti kemaskini terkini agar tidak terlepas sebarang perubahan atau pengumuman penting. Selamat menyambut tahun baru dan semoga 2025 membawa lebih kebahagiaan dan kejayaan.

Perincian Cuti Setiap Negeri Dan Lampiran Kalendar 2025

Berikut adalah lampiran maklumat terperinci mengenai Kalendar 2025 yang memaparkan cuti umum, cuti bagi setiap negeri di Malaysia serta cuti penggal persekolahan.

Kalendar Bulan Januari 2025

kalendar kuda january 2025

Cuti Bulan Januari 2025

  • 1 Januari
    Tahun Baru: (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 14 Januari
    Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: (Negeri Sembilan sahaja)
  • 27 Januari
    Israk dan Mikraj: (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
  • 29 Januari
    Tahun Baru Cina: (Semua Negeri)
  • 30 Januari
    Tahun Baru Cina Hari Kedua: (Semua Negeri)

Kalendar Bulan Februari 2025

kalendar kuda bulan february 2025

Cuti Bulan Februari 2025

  • 1 Februari
    Hari Wilayah Persekutuan: (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  • 11 Februari
    Hari Thaipusam: (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)

Kalendar Bulan Mac 2025

kalendar kuda bulan march 2025

Cuti Bulan Mac 2025

  • 2 Mac
    Awal Ramadan: (Johor, Kedah & Melaka)
  • 4 Mac
    Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu: (Terengganu sahaja)
  • 18 Mac
    Hari Nuzul Al-Quran: (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  • 31 Mac
    Hari Raya Aidilfitri: (Semua Negeri)

Kalendar Bulan April 2025

kalendar kuda bulan april 2025

Cuti Bulan April 2025

  • 1 April
    Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua: (Semua Negeri)
  • 18 April
    Good Friday: (Sabah & Sarawak sahaja)
  • 26 April
    Hari Keputeraan Sultan Terengganu: (Terengganu sahaja)

Kalendar Bulan Mei 2025

kalendar kuda bulan may 2025

Cuti Bulan Mei 2025

  • 1 Mei
    Hari Pekerja: (Semua Negeri)
  • 12 Mei
    Hari Wesak: (Semua Negeri)
  • 17 Mei
    Hari Keputeraan Raja Perlis: (Perlis sahaja)
  • 22 Mei
    Hari Hol Pahang: (Pahang sahaja)
  • 30 Mei
    Pesta Kaamatan: (Labuan & Sabah sahaja)
  • 31 Mei
    Pesta Kaamatan Hari Kedua: (Labuan & Sabah sahaja)

Kalendar Bulan Jun 2025

kalendar kuda june 2025

Cuti Bulan Jun 2025

  • 1 Jun
    Hari Gawai: (Sarawak)
  • 2 Jun
    Hari Gawai Hari Kedua: (Sarawak)
  • 2 Jun
    Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong: (Semua Negeri)
  • 6 Jun
    Hari Arafah: (Terengganu)
  • 7 Jun
    Hari Raya Haji: (Semua Negeri)
  • 15 Jun
    Hari Keputeraan Sultan Kedah: (Kedah sahaja)
  • 27 Jun
    Awal Muharram: (Semua Negeri)

Kalendar Bulan Julai 2025

kalender kuda july 2025

Cuti Bulan Julai 2025

  • 7 Julai
    Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown: (Pulau Pinang)
  • 12 Julai
    Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang: (Pulau Pinang)
  • 22 Julai
    Hari Sarawak: (Sarawak sahaja)
  • 30 Julai
    Hari Keputeraan Sultan Pahang: (Pahang sahaja)
  • 31 Julai
    Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar: (Johor sahaja)

Kalendar Bulan Ogos 2025

calendar kuda august 2025

Cuti Bulan Ogos 2025

  • 24 Ogos
    Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka: (Melaka sahaja)
  • 31 Ogos
    Hari Kebangsaan: (Semua Negeri)

Kalendar Bulan September 2025

kalendar kuda september 2025

Cuti Bulan September 2025

  • 5 September
    Maulidur Rasul: (Semua Negeri)
  • 16 September
    Hari Malaysia: (Semua Negeri)
  • 29 September
    Hari Keputeraan Sultan Kelantan: (Kelantan sahaja)
  • 30 September
    Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua: (Kelantan sahaja)

Kalendar Bulan Oktober 2025

kalender kuda october 2025

Cuti Bulan Oktober 2025

  • 4 Oktober
    Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah: (Sabah sahaja)
  • 11 Oktober
    Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak: (Sarawak sahaja)
  • 20 Oktober
    Hari Deepavali: Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)

Kalendar Bulan November 2025

kalendar kuda november 2025

Cuti Bulan November 2025

  • 7 November
    Hari Keputeraan Sultan Perak: (Perak sahaja)

Kalendar Bulan Disember 2025

kalendar kuda december 2025

Cuti Bulan Disember 2025

  • 11 Disember
    Hari Keputeraan Sultan Selangor: (Selangor sahaja)
  • 24 Disember
    Christmas Eve: (Sabah sahaja)
  • 25 Disember
    Hari Krismas: (Semua Negeri)

Sebagai makluman, sebarang pindaan rasmi terhadap tarikh cuti akan dikemaskini dengan kadar segera. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa merujuk kepada portal rasmi yang disediakan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri. Ini membolehkan orang ramai mendapatkan informasi terkini mengenai cuti umum dan negeri serta sebarang perubahan yang kemungkinan berlaku.

Jadual Cuti Panjang Tahun 2025

Berikut adalah jadual cuti panjang bagi tahun 2025 yang disenaraikan oleh kami sebagai rujukan anda berdasarkan Kalender Cuti Umum untuk tahun 2025.

cuti panjang 2025

Jadual Cuti Sekolah Dan Penggal Persekolahan 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan sistem pendidikan negara berada pada tahap yang terbaik. Dalam usaha untuk memudahkan pengurusan dan perancangan persekolahan, KPM telah menerbitkan perincian Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

Maklumat berkaitan kalendar akademik ini juga boleh didapati melalui Portal Rasmi KPM. Portal ini bukan sahaja menjadi pusat maklumat untuk kalendar akademik tetapi juga menyediakan pelbagai informasi lain yang berkaitan dengan pendidikan termasuk program-program terkini, dasar-dasar pendidikan dan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh KPM. Ibu bapa dan pelajar adalah digalakkan untuk melayari laman web ini secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Pembahagian Kumpulan Sekolah

Kalendar akademik dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pembahagian ini adalah berdasarkan sekolah di setiap negeri. Langkah ini diambil bagi memastikan pengurusan cuti dan sesi persekolahan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan efisien.

Pembahagian ini juga membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa merancang aktiviti pendidikan dan cuti dengan lebih baik. Dengan adanya maklumat yang jelas mengenai jadual penggal, para pelajar dapat membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi peperiksaan dan aktiviti kokurikulum yang lain.

Kumpulan A: Kedah, Kelantan dan Terengganu

takwim cuti sekolah terkini 2025 kumpulan a

Kumpulan B: Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

takwim cuti sekolah 2025 terkini kumpulan b

Cuti Perayaan Bagi Sekolah Tahun 2025

cuti sekolah perayaan 2025 terkini

Pentingnya Kalendar Akademik

Kalendar Akademik adalah dokumen penting yang memberikan panduan kepada semua pihak terlibat dalam proses pendidikan. Ia bukan sahaja membantu dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengatur aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Sebagai contoh, banyak program dan aktiviti luar kelas sering dirancang berdasarkan takwim persekolahan.

Ibu bapa juga boleh menggunakan kalendar akademik ini untuk merancang percutian keluarga, memastikan bahawa mereka tidak mengganggu sesi pelajaran anak-anak mereka. Dengan adanya maklumat yang tepat dan terperinci mengenai tarikh mula dan akhir penggal, cuti penggal serta cuti umum, semua pihak dapat menguruskan masa dengan lebih baik.

Kongsi Artikel