Bola Sepak Sukan SEA 2025 Malaysia Jadual, Keputusan Terkini

Bola Sepak Sukan SEA 2025 Malaysia Jadual, Keputusan Terkini. Perincian acara bola sepak lelaki SEA Games 2025 peringkat kumpulan hingga final & pasukan juara.

Skuad Bawah 23 tahun (B-23) Malaysia mengalas cabaran negara dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA (SEA Games) 2025 di Thailand. Acara dwitahunan yang cukup berprestij di rantau Asia Tenggara telah menjangkau usia penganjuran ke-33 kali.

Bola sepak lelaki merupakan antara acara tumpuan peminat sukan dalam temasya Sukan SEA setiap kali ia dianjurkan. Pemburuan ibu segala pingat ini menjadi rebutan setiap pasukan negara bertanding.

Malaysia Bola Sepak Lelaki SEA Games

Sejarah pencapaian bola sepak Malaysia di Sukan SEA tidaklah terlalu membanggakan sejak beberapa edisi terakhir. Pada edisi 2023 di Kemboja, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan manakala di edisi 2021 di Vietnam, mereka hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan keempat.

Penantian selama lebih satu dekad untuk meraih semula pingat emas akhirnya menjadi aspirasi utama pasukan B-23 tahun ini.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, satu pencapaian kekal dalam ingatan peminat bola sepak tanah air. Selepas itu, pencapaian berikutnya hanyalah pingat perak yang diraih pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Kini, seluruh rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi terhadap skuad muda ini untuk mengembalikan kejayaan dan membuktikan bahawa generasi muda negara mampu bersaing di peringkat Asia Tenggara.

kumpulan bola sepak sukan sea 2025

Senarai Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2025

  • Kumpulan A
    Thailand, Singapura dan Timor Leste.
  • Kumpulan B
    Vietnam, Malaysia dan Laos.
  • Kumpulan C
    Indonesia, Myanmar dan Filipina.

Sasaran Malaysia Acara Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025

Malaysia meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir namun Skuad Bawah 23 tahun tetap berhasrat untuk melangkah ke perlawanan akhir dan berusaha keras merebut pingat emas yang selama ini menjadi impian bagi menamatkan kemarau emas 14 tahun acara bola sepak lelaki Sukan SEA.

Mampukah skuad bawah 23 (B-23) tahun negara menamatkan penantian 14 tahun untuk memenangi kembali pingat emas di pentas Sukan SEA?. Sama-sama kita nantikan.

Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Carta Bola Sepak Sukan SEA 2025

Berikut adalah perincian bagi acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2025 yang merangkumi jadual perlawanan, keputusan dan kedudukan carta terkini melibatkan semua pasukan bermula dengan saingan peringkat kumpulan hingga perlawanan akhir.

  • Kejohanan: Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025.
  • Tuan Rumah: Thailand.
  • Tarikh: 3 – 18 Disember 2025.
  • Venue: Stadium Rajamangala (Bangkok) & 700th Anniversary Stadium (Chiang Mai).
  • Tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

Kumpulan A

Jadual Dan Keputusan Kumpulan A
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
3 Disember: Rabu
8:00PMThailand61Timor Leste
6 Disember: Sabtu
8:00PMSingapura13Timor Leste
11 Disember: Khamis
8:00PMThailand30Singapura
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan A
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Thailand220091+86
2Timor Leste210147-33
3Singapura200216-50

Kumpulan B

Jadual Dan Keputusan Kumpulan B
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
3 Disember: Rabu
5:00PMLaos12Vietnam
6 Disember: Sabtu
5:00PMMalaysia41Laos
11 Disember: Khamis
5:00PMVietnam20Malaysia
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan B
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Vietnam220041+36
2Malaysia210143+13
3Laos200226-40

Kumpulan C

Jadual Dan Keputusan Kumpulan C
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
5 Disember: Jumaat
7:00PMMyanmar02Filipina
8 Disember: Isnin
7:00PMFilipina10Indonesia
12 Disember: Jumaat
7:00PMIndonesia31Myanmar
Kedudukan Carta Terkini Kumpulan C
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Filipina220030+36
2Indonesia210132+13
3Myanmar200215-40
Singkatan Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata

Kedudukan Semasa Naib Juara Kumpulan Terbaik

Kedudukan Pasukan Naib Juara Kumpulan
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1(B) Malaysia210143+13
3(C) Indonesia210132+13
2(A) T. Leste210147-33

* Malaysia mara ke separuh akhir dengan kelebihan jaringan gol.

Peringkat Separuh Akhir

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Separuh Akhir
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
15 Disember: Isnin
4:30PMVietnam20Filipina
9:00PMThailand10Malaysia

Perlawanan Pingat Gangsa

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Penentuan Pingat Gangsa
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
18 Disember: Khamis
4:30PMMalaysia21Filipina

Final Perlawanan Pingat Emas

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Penentuan Pingat Emas
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
18 Disember: Khamis
8:30PMThailand23Vietnam

Kedudukan Akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025

Pemenang Pingat Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2025
MedalPemenangPasukan
pingat emasPingat EmasVietnam
pingat perakPingat PerakThailand
pingat gangsaPingat GangsaMalaysia

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Saya, Azam Hairi ialah penulis utama laman web mysumber yang menerbitkan pelbagai info berguna tentang topik umum, pendidikan, sukan, hiburan dan agama.

Menggunakan gaya penulisan yang mudah dan jelas serta profesional dengan bertujuan memberikan pembaca maklumat relevan dan terkini sepertimana diperlukan.