Zakat Fitrah di bulan Ramadan merupakan tanggungjawab wajib dilaksanakan oleh setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan. Ia bertujuan untuk membersihkan jiwa dan harta serta membantu golongan memerlukan terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran Zakat Fitrah
Umat Islam dinasihatkan menunaikan zakat fitrah di awal bulan Ramadan. Ini bukan sahaja bagi memastikan agihan kepada golongan yang layak dapat disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tetapi juga dapat mengelakkan kesesakan dan kekeliruan pada saat akhir terutamanya pada Hari Raya Pertama.
Selain itu, umat Islam dinasihatkan membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan juga memastikan resit bayaran dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Ia penting bagi memastikan bahawa bayaran dibuat adalah sah.
Pembayaran zakat secara dalam talian (online) turut disediakan bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih cepat dan mudah.
Waktu Membayar Zakat Fitrah

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2026 Seluruh Negeri
Kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1447H-2026M ini adalah berdasarkan pengumuman oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga dilengkapkan. Oleh itu, adalah penting merujuk kepada ruangan kemaskini di bawah bagi mendapatkan maklumat terkini.
| Negeri | Tahun 2026 (Terkini) | Tahun 2025 (Terdahulu) |
|---|---|---|
| Perlis | Belum diumumkan | RM9 |
| Kedah | RM7 / RM14 | |
| Pulau Pinang | RM7 / RM10 / RM15 / RM25 | |
| Perak | RM10/ RM16 / RM27 | |
| Selangor | RM7 / RM15 / RM22 | |
| Negeri Sembilan | RM7.50 / RM12 / RM22 | |
| Melaka | RM7 / RM15 / RM22 | |
| Johor | RM7 / RM12 / RM20 | |
| Pahang | RM7 / RM14 / RM21 | |
| Terengganu | RM10 / RM21 | |
| Kelantan | RM8 / RM14 / RM21 | |
| Sarawak | RM7.50 | |
| Sabah | RM7.50 | |
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Labuan | RM7 / RM15 / RM22 |
- Negeri Mempunyai Lebih Satu Kadar Zakat
Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras menjadi makanan mereka.
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun lalu. Rebutlah keberkatan Ramadhan dengan berpuasa, memperbanyak amal-amal kebaikan dan berzakat. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Lafaz Niat Bayar Zakat Fitrah



