Harga Tong Gas Ungu Petronas: Siapa Patut Guna & Perbezaan

Harga Tong Gas Ungu Petronas: Siapa Patut Guna & Perbezaan. Perihal mengenai tong gas warna purple keluaran Petronas. Siapa yang perlu pakai sebenarnya?.

Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat penambahbaikan satu inisiatif penting dalam usaha memastikan keberkesanan pengagihan subsidi gas petroleum cecair (LPG) dan mengurangkan penyelewengan yang berlaku selama ini. Langkah tersebut adalah mewajibkan penggunaan silinder gas LPG komersial berwarna ungu bertimbang 14 kilogram (kg) bagi premis perniagaan seperti hotel, restoran besar dan dapur industri yang menggunakan lebih daripada tiga tong LPG dalam satu masa.

Penggunaan tong ungu ini bertujuan membezakan antara tong subsidi dan bukan subsidi sekaligus meningkatkan tahap keselamatan serta mengawal penyelewengan yang berlaku di pasaran.

Pelaksanaan wajib penggunaan silinder gas LPG komersial 14kg berwarna ungu adalah satu langkah strategik yang sangat penting dalam usaha kerajaan memperkukuhkan sistem pengagihan subsidi serta meningkatkan keselamatan pengguna. Walaupun terdapat cabaran dari segi kos dan kekeliruan di peringkat pengguna, langkah-langkah proaktif seperti kempen penerangan dan pemantauan ketat mampu memastikan matlamat utama tercapai tanpa membebankan rakyat.

gas komersial

Objektif Utama Penambaikan Gas LPG Komersial

Penambahbaikan ini mempunyai beberapa matlamat utama yang sangat strategik. Pertama, memastikan hanya pengguna yang layak sahaja menerima manfaat subsidi LPG sekaligus mengurangkan ketirisan dan penyeludupan gas ke pasaran gelap. Kedua, mengelakkan manipulasi harga dan kegiatan penyelewengan yang selama ini merugikan negara dan pengguna akhir.

Mengenai Gas LPG Komersial Tong Ungu

  • Warna dan Tujuan Penggunaan
    Tong gas berwarna ungu disediakan khas untuk kegunaan komersial seperti restoran, kedai makan dan perniagaan makanan. Manakala tong gas subsidi digunakan untuk kegunaan domestik (isi rumah atau pengguna kediaman), membantu memastikan penggunaan yang berpatutan dan terkawal.
  • Harga dan Subsidi
    Tong gas berwarna biasa yang disubsidi kerajaan dijual dengan harga yang jauh lebih murah, memudahkan rakyat menikmati manfaat subsidi tersebut. Sebaliknya, tong gas ungu tidak menerima subsidi dan harganya ditentukan mengikut lokasi dan pasaran semasa. Perbezaan harga ini memberi impak langsung kepada kos operasi peniaga dan juga harga makanan di pasaran, mempengaruhi ekonomi perniagaan dan pengguna.
  • Peraturan Penggunaan
    Peniaga makanan yang menggunakan lebih daripada tiga tong LPG dalam satu masa tidak dibenarkan menggunakan tong gas subsidi untuk operasi harian mereka. Mereka diwajibkan beralih kepada tong ungu yang tidak menerima subsidi bagi memastikan manfaat subsidi LPG hanya dinikmati oleh pengguna domestik atau peniaga kecil yang menggunakan tong gas subsidi tidak melebihi 42kg pada satu-satu masa yang layak serta mengelakkan sebarang penyelewengan dan ketirisan subsidi yang boleh merugikan negara.

tong gas ungu hijau

Tong Gas Purple Petronas

Tong gas berwarna ungu (purple) yang diperkenalkan oleh Petronas merupakan silinder LPG 14kg yang direka khas untuk kegunaan komersial dan industri di Malaysia. Warna ungu ini bertujuan membezakan tong gas komersial daripada tong gas bersubsidi yang biasanya digunakan oleh pengguna domestik.

Rumusan: Siapa yang patut menggunakan Tong Gas Ungu?

  • Tong gas ungu wajib digunakan oleh
  1. Peniaga makanan seperti restoran, kedai makan, gerai dan perkhidmatan katering.
  2. Industri kecil dan sederhana (IKS), termasuk kilang makanan, dobi dan bengkel.
  3. Pengguna komersial lain seperti hotel, kantin dan sektor perniagaan yang memerlukan dan menggunakan bekalan gas berterusan.

Penggunaan tong gas berwarna ungu ini membantu memastikan pemisahan yang jelas antara penggunaan domestik dan komersial sekaligus memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa serta mengurangkan risiko penyalahgunaan.

peniaga kecil tong gas hijau

Isu Harga Tong Gas Ungu dan Kebimbangan Peniaga

Walau bagaimanapun, langkah ini tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan persoalan yang timbul di kalangan peniaga dan pengguna. Salah satu isu utama yang sering diperkatakan adalah kos permulaan yang tinggi. Sebagai contoh, modal sebanyak RM70 perlu dikeluarkan oleh pengusaha untuk mendapatkan satu tong LPG komersial berbanding dengan RM26.60 untuk LPG bersubsidi sebelum ini. Kebanyakan peniaga yang menggunakan tong gas bersubsidi sebelum ini akan merasa terbeban kerana kos operasi harian mereka berpotensi meningkat sehingga dua kali ganda yang tentunya memberi impak besar kepada margin keuntungan serta harga barangan dan perkhidmatan mereka.

Lebih membimbangkan, peningkatan kos ini berkemungkinan besar akan diterjemahkan ke dalam kenaikan harga makanan dan minuman kepada pengguna akhir dan menurut kajian awal, ia mungkin meningkat sehingga 20 peratus. Fenomena ini tentunya menimbulkan kekhawatiran dalam kalangan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah yang bergantung kepada harga barangan yang berpatutan.

tak perlu permit gas bawah 42kg

Cadangan dan Tindakan Saranan

Dalam menghadapi situasi ini, ada pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak. Antaranya, menangguhkan pelaksanaan penggunaan tong ungu sehingga keadaan ekonomi stabil dan pengguna dapat menyesuaikan diri. Ada juga yang mencadangkan agar harga gas dan kos penggayaan semula dikaji semula agar lebih munasabah dan tidak membebankan peniaga yang sebelum ini menggunakan gas bersubsidi.

Selain itu, penting juga untuk memperjelaskan kepada pengguna tentang sebab dan tujuan penggunaan tong ungu ini. Tidak semua orang memahami mengapa tong berwarna ungu diperkenalkan dan kekeliruan ini berpotensi menimbulkan ketidakpastian serta ketidakpuasan hati. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan perlu mengadakan kempen penerangan secara menyeluruh dan berterusan termasuk melalui media massa, media sosial dan bengkel penerangan di kawasan komuniti. Tujuannya adalah memastikan semua pihak faham bahawa tong ungu ini bukan sahaja sebagai langkah keselamatan tetapi juga sebagai langkah pengawalseliaan yang adil dan telus.

Peranan Pemantauan dan Pengawasan

Selain daripada aspek penerangan, pemantauan yang ketat perlu dilaksanakan untuk memastikan tidak berlaku manipulasi harga di peringkat pembekal atau peruncit. Penguatkuasaan undang-undang dan pengawasan berterusan akan membantu memastikan harga gas kekal stabil dan tidak berlaku kenaikan yang tidak munasabah. Ini penting bagi memastikan matlamat utama pelaksanaan iaitu keselamatan, keadilan dan pencegahan penyelewengan dapat dicapai tanpa menimbulkan beban berlebihan kepada rakyat.

Sebagai rakyat dan pengguna, kita semua perlu memberi sokongan dan faham terhadap inisiatif atau daya usaha ini kerana ia adalah langkah yang menyokong keadilan, keselamatan dan keberkesanan pengurusan sumber negara. Dengan kerjasama semua pihak, pelaksanaan ini diharapkan dapat berjalan lancar, memberi manfaat jangka panjang dan menjadikan pasaran LPG di Malaysia lebih telus, selamat dan berdaya saing.

kenyataan media kpdn tong gas ungu

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Kongsi Artikel